Menhadapi detik Kematian

nanges Nak mati suda ni
9 comments

P/s: Mati itu pasti.




Salam sejahtera. Hari ini (17/12/11) aku menyaksikan satu kematian, menyaksikan seorang insan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Menyaksikan pada Dr dan perawat bertungkus lumus untuk menyelamatkannya tapi kuasa Tuhan melebihi segalanya. Sebak, kerana tidak menduga bahawa dia akan pergi begitu saja, tambah menyedihkan bila sang anak di sisi ibunya saat yang terakhir itu.

Aku pasti, suaminya masih ada. Betapa mereka cuba untuk berlagak setenang yang mungkin, lantas, kami memberi ruang untuk ahli keluarganya menatap wajah nya buat kali akhir setelah selesai mayatnya kami bersihkan. Sayunya ketika kesemua mereka berteleku menghadap jasad yang terbujur kaku sambil diiringi dengan esak tangis. Keadaan itu, terus membawa aku kepada peristiwa 14 februari 2004, Jumaat malam Sabtu dimana aku kehilangan mendiang nenek yang tercinta. Aku terpaksa melihat dari jauh jasadnya yang kaku, tanpa dapat menyentuh atau menciumnya. Aku dipersalahkan atas kematian dia, padahal hidup mati semuanya kuasa Tuhan. Masing masing menuding jari, mencari salah. Tanpa mereka ketahui, aku dan mak lah yang sangat terasa kehilangan. Aku membesar dengan mendiang nenek, banyak masaku dihabiskan bersamanya, dan kehilangan itu masih menghantui aku walau 7 tahun telah berlalu. Mereka tidak pernah menemani nenek berhuma, mereka tidak pernah tidur sekatil dengan nenek, mereka tidak pernah mencuci berak kencing nenek seperti mana yang aku lakukan. Dek kerana sifat pemalas aku suatu ketika dahulu, nenek lah yang selalunya membantu dalam kerja rumah dan atas alasan itu lah aku dipersalahkan di atas kematiannya.

Dalam sebak yang melanda, dalam kenangan yang menerpa jiwa, aku gagahkan jua kaki melangkah untuk meneruskan tugas aku yang tergendala. Mengharapkan teman teman lain tidak menyedari bahawa aku sedang berduka, terkesan dengan kematian yang baru saja berlaku di depan mata. Walhal itu bukanlah kes yang pertama aku hadap, mungkin kes yang sebelum ini, ahli keluarganya tidak begitu endah membuatkan aku juga turut tidak endah. Siapalah kita untuk menghalang kematian, cepat atau lambat, kematian tetap akan mengunjungi kita. Doaku, semoga kematian kita adalah kematian yang dirahmati hendaknya. Dan semoga terampun dosa dosa mendiang nenek dan datukku walaupun ku tahu kemungkinan itu tiada, namun aku percaya Allah itu Maha Pengasih, walau sudah berlainan agama, kasih dan sayangku pada mereka tetap sama.




Continue Reading... Labels: , ,


Ibu dan anak

0 comments

P/s : Wajah kesayangan hamba….


Salam sejahtera…
Entry yang pertama untuk Dunia itu Bulat adalah berkenaan dengan ibu dan anak. Seorang ibu pernah menjadi anak, dan seorang anak mungkin akan menjadi ibu. Sebenarnya, saya agak bertuah kerana keadaan saya sekarang membolehkan saya melihat dunia dengan sudut yang berbeza. Jika orang lain melihat pokok hanya sekadar pokok, saya pula melihat pokok itu sebagai sesuatu yang sangat menarik. Kadang kadang saya melihat pokok seolah olah ingin mencapai awan, tapi apakan daya, tangan tidak sampai. Heh heh..ok, berbalik pada ibu dan anak. Seorang ibu akan mengandungkan anaknya dalam masa 40minggu. Tidak kira bagaimana status ibu tersebut, jika dia melahirkan, dia tetap dipanggil ibu, syurga tetap di bawah tapak kakinya atas pengorbanannya membawa dan melahirkan kita. Semua orang sayang pada ibu. Siapa tak sayang? Angkat tangan. Ada tak? Siapa yang rasa ibunya sangat membingitkan, membebel sepanjang masa, siapa yang rasa ibunya membebankan? Siapa yang rasa, fuh.. alangkah bagus kalau ibu tiada. Jangan bimbang, saya pasti ada yang diluar sana merasakan hal yang serupa. Ibu, dialah orang yang paling gembira bila melahirkan kita, biarpun sebelum kita dia sudah ada anak anak yang lain. Tapi perasaan sayang dan kasih itu, sudah memang tertanam sejak azali. Disaat kita demam, ibulah yang bersengkang mata. Disaat kita bermasalah, dia yang akan meminjamkan telinga untuk mendengar, meminjamkan mulut untuk mencari jalan penyelesaianya. Tiada seorang pun ibu dalam dunia ini inginkan anaknya gagal. Gagal untuk menjadi seorang manusia.

Bila kita melihat anak anak remaja yang berpeleseran, yang hinggap di tepian jalan, bukankah amat menyedihkan. Ditanya mengapa boleh jadi begitu, jawapannya senang “kak, saya tidak mendapat ketenangan dirumah, mak ayah tidak pedulikan saya” atau “Kak, saya boring lah duduk kat rumah, mak asyik membebel je, tak bebas lah”. Semuanya serba tak kena. Anak anak… begitulah. Apa yang mereka tahu tentang kehidupan. Bila umur sudah menginjak belasan tahun mula lah berfikir “Ahh.. aku sudah dewasa, ibu dan ayah tidak sepatutnya mengatur hidup aku, biar aku dengan cara aku yang tersendiri, mak ayah sudah lapuk”. Padahal, dalam kacamata ibu kita, kita masih lagi anak kecil yang dia bedung, yang dia belai setiap hari.

Saya selalu menyaksikan, seorang ibu tua yang terlantar kesakitan di katil hospital, memandang sayu pada perawat yang bertugas, melihat sepi pada rakan pesakit yang lain, pesakit yang mana ditemani, yang dijaga, sedangkan dirinya keseorangan. Kadang kadang, bila ingin ke tandas, pada siapa dia mahu meminta pertolongan, melihat sang perawat sibuk dengan tugas masing masing, lantas, dengan rasa yang penuh segan, dia memohon untuk menghantarnya ke tandas. Sambil itu, dia berkata, dia meminta anaknya tinggal untuk menemaninya pada waktu malam, tapi anaknya tidak dapat menemaninya, lalu dia meminta maaf kerana menyusahkan anggota perawat. Alangkah sedihnya bila melihat keadaan yang sebegitu. Bukankah sang ibu yang menjaga kita siang malam sejak kita dilahirkan? Kenapa hanya menemaninya semalaman tidak mampu kita lakukan? Tugaskah yang menghambat kita? Sejauh mana tugas itu memberi kebahagiaan kepada kita? Pernahkah kita ingat, yang kita selalu merengek inginkan sesuatu, sehingga ada yang menangis berguling guling depan kedai runcit? (Sejujurnya saya tidak ingat, tapi saya ingat saya inginkan buku doraemon pada usia saya 5 tahun).

Ramai lagi yang saya lihat anak anak membiarkan ibunya terlantar terbiar. Bahkan, ada yang sanggup tidak mengaku bahawa itu adalah ibunya. Begitu kejam dan kerasnya hati kamu wahai insan yang pernah bergelar anak. Jika kita masih punya ibu, ketahuilah belum terlambat untuk menyayanginya, biar apa pun yang pernah dia lakukan telah menyakitkan hati kita, jangan lupa redhanya adalah salah satu kunci untuk kita mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Belum ada satu agama pun yang membenarkan kita mengabaikan ibu kita, kecuali pada zaman Arab jahiliyah yang mana martabat wanita begitu rendah. Saya percaya, kita bukan lagi hidup di zaman itu. Sekian, salam sayang.



Continue Reading... Labels:


Sang Cenderawasih

1 comments

P/s: Langit dan lautan itu biru.

Kononnya ingin mencari sesuatu, tanpa disesdari sesuatu itu memang ada di situ.. Jum lah jengah ayat tak tak berapa nak cantik... sang burung pipit ingin menjadi cenderawasih.. huhu~




Salam sejahtera pada semua. Saya bukan baru dalam bidang blogger, bukan juga orang lama. Kiranya sekadar suam suam kuku untuk memeriahkan suasana di alam maya. Saya menulis sekadar suka suka. Menulis sekadar melepas apa yang terbeban di minda. Saya cuba mencari kelainan, tapi kelainan itu masih lagi malu malu untuk memunculkan diri di depan saya. Saya pernah ada beberapa blog sebelum ini, dan tidaklah berapa nak aktif. Hidup segan mati tidak mahu.

Kali ini, blog yang saya cipta - Dunia itu Bulat - (walaupun sebenarnya dunia itu sfera, tapi istilah bulat tu lagi sedap didengar.. Heh heh) tidak mengkhususkan pada sesuatu benda. Pendek kata, semua akan saya sumbat dalam blog ini. (Rasanya mungkin lebih kepada pemikiran saya tentang dunia dan persekitarannya).

Bagi orang lama, yakni sahabat sahabat lama, tak perlulah diperkenalkan siapa saya, nama pena lain tapi orangnya tetap serupa. Dalam blog kali ini memilih nama pena sebagai Cenderawasih atau nama lainnya phoenix, burung legenda yang seringkali dikaitkan dengan kebijaksanaan dan keupayaan untuk hidup kekal abadi. Sesuatu yang manusia sangat inginkan. Hidup kekal abadi dan bijaksana (selain daripada harta kekayaan). Untuk tidak berpura pura, saya juga inginkan kebijaksanaan, tapi untuk hidup kekal abadi, saya tidak berminat. Saya tidak mahu melihat dunia kian mereput, saya tidak mahu melihat orang kesayangan saya meninggalkan saya silih berganti, paling penting, saya tidak mahu hidup keseorangan.

Usia semakin hari semakin meningkat, sejajar dengan kematangan yang peratusnya semakin meninggi. Pada awal penglibatan saya dalam blog, saya menulis apa saja yang terlintas dalam fikiran tanpa memikirkan kesan dan akibat. Sekarang, saya terpaksa tapis agar semua yang membaca tidak tersinggung jauh sekali meluat. Huhuhu~

Status biarlah rahsia. Muahahahaha~ Pekerjaan = merapu. Itulah paling popular. Takpe, masa masih muda, biarlah kita berkenalan sesame kita. 




Continue Reading... Labels:


Thank You Mr. J

Thumbs Up
3 comments

Last but not least. Kedatangan seorang blogger lama telah meninggalkan jejak di blog aku yang terkadang nampak sarang labah labah. Huhuhu... Terima kasih Mr, J kerana sudi melawat teratak buruk saya. :p Kedatangan anda amat dialu alukan.. cewah.. tak leh nak sediakan red carpet la bro.. tak sempat.. bajet pun lari sebab tengah sekolah :P

Continue Reading... Labels:


Cuba untuk Curang

Tongue
2 comments

P/s : Hati itu milik saya.


Cuba untuk curang. Bukan mencurangi manusia, tetapi cuba untuk mewujudkan satu lagi laman blog yang baru. Tetapi, bila menyedari terlalu sukar dengan keadaan aku yang serba tak cukup, maka kecurangan itu dilupakan serta merta, lalu blog ini aku madukan dengan Dunia itu Bulat.

Mungkin jodoh aku dengan blog ini agak kuat, dan mungkin juga kerana janji aku yang menjanjikan blog ini sebagai yang terakhir. Huhu.. Susah juga untuk berlaku curang eh. Sebenarnya, aku ingin mewujudkan satu lagi blog khas untuk aku merapu, (walaupun teh tarik ini juga tempat aku merapu) tapi nak design blog bukanlah sesenang yang aku sangkakan setelah hampir setahun aku tinggalkan bab design ini.

Akhirnya terpaksa akur dengan keadaan, yang lama masih lagi terbaek. Muahahaha.. itulah, jangan lah bila habis madu sepah dibuang. Kadang sepah tu lagi berguna dari madu. Ya dak? (eh.. kecek klate doh). Takpe la.. di sini aku bermula, makan disinilah penghabisannya.

Moral of da story - Jangan curang - ekekeke


Continue Reading... Labels: ,


 

Sharing Is Caring

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors