Hilang tak bermakna tiada

36 comments

p/s: kenangan itu cinta

Rasa nak melompat. Hanya itu yang dapat aku gambarkan apabila mendapat panggilan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk datang ke pejabat untuk menandatangani boring opsyen bersara 60 tahun. Pada mulanya, aku hanya menjawap sambil lewa, tetapi entah kenapa tiba tiba aku terfikir, kalau ,JPA masih mencari aku, maknanya jawatan lama aku masih ada dalam perkhidmatan. So, maknanya juga aku masih belum lagi lepas jawatan. Dan maknanya lagi, aku berada dalam zon selamat. Sama ada untuk kekal berkhidmat untuk JPA, atau memilih Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bukan aku tidak berminat dengan Jururawat Masyarakat ni, cumanya aku tidak larat kena maki, aku tak larat kena ugut, aku tak larat kena layan macam budak tadika, macam aku ni takde guna, aku tak larat dengan semua itu. Aku tak larat bila aku buat kerja sampai lebih dari had, aku dimaki, dimarah, dituduh tidak melakukan kerja. Sedih aku bila memikirkan semua benda yang aku buat tidak dihargai bahkan dipandang sebagai tidak ada apa apa. Aku khabarkan kepada mak, bahawa opis lama panggil aku balik, dia bertanya dengan sedih, adakah aku akan berhenti belajar. Aku jawap, tidak, cuti aku masih ada setahun setengah lagi.
Aku rindukan suasana pejabat, aku rindu dengan keypad computer, aku rindukan mesin fotostat kadang kadang aku rasa menyesal bila memasuki dunia perawatan ni. Tidak seindah yang aku bayangkan, banyak lara dari ketawa, banyak duka dari gembira. Bukan aku tidak berminat berkhidmat dengan masyarakat, tapi aku tidak mampu untuk menerima maki hamun, keji dan amarah. aku masih ada perasaan yang lemah dengan dugaan.

Jadi sekarang aku tidak kisah jika masih ada yang mengugut aku, ugutlah, makilah, hinalah.. kerana kamu semua tidak mengetahui bahawa aku sebenarnya tidak mengharap pada jawatan ini.. Ngeh ~




Continue Reading... Labels:


Kenangan Lama

2 comments

p/s : Hilang adalah sesuatu yang menyakitkan.

Aku terjumpa camera yang dah rosak, camera yang selama ini tidak dapat dipisahkan dengan William, dimana ada William, di situ ada dia. Tapi, kerana budi baik yang aku ada, aku pinjamkan camera itu kepada orang lain, dan kembali ke tanganku dalam keadaan nazak dan akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir. Nak marah? Benda dah jadi. Aku nak kata apa, aku diamkan saja. Malas nak kecoh, kalau orang lain, mahu nya tak minta ganti. Huhu~

Meja Opis

So, ceritanya begini, aku ambek memory card camera tu, aku sumbatkan dalam lappy. Dan terjumpa gambar gambar lama, gambar di Ipoh, gambar di Sibu, dan yang paling menikam jiwa dan raga sehingga aku menitiskan air mata, gambar gambar aku ketika aku di pejabat, gambar gambar PC dan meja kerja ku. Secara jujurnya, aku menyesal dengan pilihan yang aku buat, tapi, apa kan daya, kononnya ingin mengubah taraf kehidupan membuatkan aku berhijrah. Melalui gambar gambar itu, aku tersedar, aku sebenarnya telah hilang semua ‘sahabat baik’ aku. Yang tinggal hanya Encik Lappy dan Miss Hp saja. Yang lain, pergi meninggalkan aku satu persatu. Nasib baek Si Kechik dan Che VV ada lagi menemani malamku (selalu je kena tendang bear aku yang dua eko tu). Si Shah, Che Pooh dan Si Putih tinggal di rumah. Si Putih dah jadi hak milik orang lain rasanya. Si Shah semakin kurus kena lenyek.. wakakaka.. Che Pooh ada lagi dalam bilik tidur utama.

Anak Beruang Saya :)

Aku terpaksa menelan hakikat walaupun pahit, bukan meminta simpati, Cuma meluahkan rasa hati yang kehilangan. Takpelah, akan aku usahakan untuk mendapatkan pengganti pengganti sahabat baik aku. Insyallah. Mungkin tidak sebaik yang ada, tapi cukuplah sekadar peneman dikala aku duka.

William - ketuk bumper sebab da kemek :p




Continue Reading... Labels:


Kata bukan sekadar kata kata

4 comments

P/s : Diketahui buah melalui tampuknya, dikenal manusia melalui bahasanya

Salam sejahtera.

Sekadar berkongsi pengalaman selain dari merapu tak tentu hala, (itu biasa). Kata kata, lain tempat lain bahasanya, Contohnya, di Kelantan - Abe saye gewe abe, Negeri Sembilan, eden sayang kekasih den, Sarawak, kamek sayang gerek kamek, itu baru tiga, Tamil? Mandrin? Jawa? Bajau? Kadazan? Ok.. kita bukan nak cerita tentang bahasa yang berbeza. Disebabkan aku duduk di Semenanjung, maka secara rasminya aku menggunakan bahasa KL. Yeala, asal ko, takde, x caye ke? Hehehe.. dan yang seangkatan dengannya.. Dijadikan cerita, aku ada seorang kawan, budak Johor. Perbualannya begini.

“Kak.. akak pakai foundation ape eh?”

Aku pun dengan jujurnya menjawap “ Silkygirl. Asal?”

Dia jawap balik.. “Manalah sue tau asal mana kak” Aduh, aku tepuk dahi. Padahal aku ingin memaksudkan “Silkygirl. Kenapa?” atau ayat panjangnya apasal.Dengan jawapan yang serba jujur itu membuat aku sering tergelak sorang sorang bila teringat pada dia.

Satu lagi kisah, di mana aku keluar merayap dengan budak serumah di sekitar Bandar Seremban pada Mac 2011. Kami berpecah kepada dua kumpulan (kami ada lima orang) 2 orang pergi solat, aku dan 2 orang lagi menunggu di terminal bas, tak tahan menunggu, 2 orang rakan tadi berlalu meninggalkan aku keseorangan, dan tidak lama selepas itu, teman yang solat tadi balik dan bertanya mana lagi kawan yang lain. Aku menjawap “Mana tau”. Dorang diam, dan bermula dari situ dorang terus buat tak layan bila bersama aku, sehingga menyebabkan timbul perselisihan faham beberapa bulan selepas itu. Bila ditanya face to face, baru lah mereka mengaku bahawa mereka terasa hati dengan kata kata aku “mana tau” itu yang pada mereka aku seolah olah bertanya kepada mereka, mana mereka mendapat tahu bahawa dua orang rakan tadi tidak bersama dengan aku sedangkan salah seorang rakan telah sms mereka menyatakan bahawa mereka pergi ke toilet. Padahal, aku memaksudkan “mana tau” itu sebenarnya aku “tak tahu”. Sekali lagi aku tepuk dahi. Dan aku malas nak memanjangkan perkara tanpa menjelaskan perkara yang sebenarnya. Untuk pengetahuan, keempat empat mereka bukan berasal dari Selangor.

Jalan mudah, aku mula mengurung diri dalam bilik, sebaik saja tamat kelas, aku masuk bilik dan menghadap laptop. Bermain game, atau aku habiskan masa aku dengan tidur. Aku tidak mahu rapat dengan mana mana perempuan lagi. Menakutkan, sebabnya mereka boleh menuturkan apa saja tanpa memikirkan perasaan orang lain, tapi bila orang lain melakukan hal yang sama, mereka akan melenting. Itu membuatkan aku semakin fobia. Biarlah aku tetap sendiri. Muehehehe.






Continue Reading... Labels:


 

Sharing Is Caring

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors