Nak tunggu balasan dari Allah itu, sama ada kau sedar atau tidak. Itu lah yang terjadi kat aku hari ini. (13/3/2018). Semalam, aku terlepas cakap, hanya disebabkan satu mesej yang menyatakan bahawa aku tak payah fikir apa apa tentang anak anak yang aku tinggalkan, hati aku merajuk lalu aku menyebut sesuatu yang tidak sepatutnya seorang ibu cakapkan. Aku xnak amek tahu, aku tak nak amek peduli!
Petang selepas habis shift pagi, bergolek golek dan aku tertidur. Di dalam tidur itu, aku rasa aku kembali ke alam nyata. Aku balik ke rumah kelamin aku, bertemu dengan anak anak yang aku rindui. Tapi, aku merasakan pembesaran anak aku yang bongsu itu terhenti, aku bertanyakan perihal tersebut pada suami, dan dia nyatakan bahawa Dr telah mendiagnosiskan anak itu sebagai brain tumor, aku melihat CPR dilakukan terhadap tubuh kecil itu.
Dalam mimpi, aku meraung!
Dalam mimpi, aku menangis!
Dalam mimpi, aku meminta maaf!
Dalam mimpi, aku meminta dia kembali!
Dan, ketika Dr hendak pronounce death, aku melihat anak itu bergerak. Aku meluru ke arahnya, aku rempuh sesiapa saja, dunia aku ketika itu sempit, jarak aku dan dia tiba tiba jauh, dan aku tersedar.
Air mata aku jatuh tiba tiba. Jauh di sudut hati aku, rupanya dalam redha aku dengan kehadirannya yang penuh misteri itu terselit cinta dan kasih yang mendalam. Aku menyayangi dia tanpa syarat!
Wanita ini, mendoakan agar kamu sentiasa membesar dengan sihat, kuat fizikal mentalnya, tajam akal fikirannya. Agar mampu membelas agama an bangsa mu kelak.