Tahun Baru

3 comments

Tahun Baru. Dengan biasanya maka ramailah yang mengucapkan selamat tahun baru, happy new year or whatever yang sewaktu dengannya. Masing masing mula memasang azam baru, renew segalanya yang baru. Tanpa menyedari, azam yang lepas tu masih belum diselesaikan lagi. Bercerita tentang azam, telah bertahun aku tidak mempunyai azam tahun baru. Aku malas nak fikirkan benda yang aku anggap remeh. So, sebelum jam dan masa menginjak kepada 2.1.2012, maka aku hendak berazam baru. Hehehe..


1. Hendak menduduki peperiksaan 14bulan dengan jayanya tanpa apa apa masalah.
2. Tidak mahu campur tangan dalam apa apa masalah yang ada dalam kolej, tidak mahu terlibat dengan apa apa bantahan (sebab aku tahu, kerja tetap menanti kepulangan aku).
3. Tidak akan menyibuk dengan rakan rakan sepelatih (malas nak layan masalah perempuan)

Ok.. cukup sekadar itu dahulu. Yang lain aku fikirkan kemudian.Tahun 2011 menyaksikan suka duka aku. Lebih lebih lagi aku hadapi 2011 dengan sendirian. Banyak air mata menghiasi kalendar 2011 aku sehingga aku hampir berputus asa untuk meneruskan segalanya. Banyak pergolakkan yang muncul dalam hidup, banyak situasi baru yang kena aku hadap terutamanya berkaitan dengan perempuan dan peraturan. Semuanya menyesakkan kepala aku. Huh. Pening lah pendek kata.

So... HAPPY NEW YEAR to all MY FOLLOWER ><



Continue Reading... Labels:


Hina Sarawak.. terpelajar atau kurang ajar?

6 comments

Lain yang aku nak post.. lain pulak yang aku jumpa.. Huhuhu.. Sebenarnya, aku tak berapa nak kisah tentang penghinaan or whateva korang katakan tentang sarawak ni. >< Lantakla.. Tapi masalahnya, bila dah duduk kat Sarawak, tinggal kat Sarawak tu.. Agak agak r kalau nak bercakap ke atau nak post entry. Jangan ingat itu blog kau yang punya, kau boleh tulis sesuka hati tanpa memikirkan akibat yang bakal kau dapat. Ok.. meh sini dengar lah wahai blogger blogger yang racist.

Aku duduk kat malaya ni belum lama lagi pun. Dari mana asal aku pun rasanya korang carilah sendiri. Aku kalau nak menghina ni, banyak yang boleh aku dapat. Pertama, dari segi kebersihan, aku rasa belum jumpa lagi tempat yang sebersih Sarawak. Sorry la ye.. Kalau nak dikira menipu.. erm... korang pikir lah sendiri.. kalau dah kat tempat sendiri.. memang berani lah nak menipu orang luar. Kalau Che Syaza bodoh sangat kena tipu sampai RM700 oleh orang sarawak, kau tak tau aku ni lagi bodoh sebab percaya orang semenanjung sampai menanggung hutang RM40 K.. ape cer? Mana lagi hebat, orang kau ke orang aku? ngokngek betul lah. Sendiri bodo, sendiri tanggung la.. Jangan kau libatkan semua orang macam kau tu pandai sangat. Baru Sem 1 dekat UNIMAS dah nak berlagak. Jangan sampai kau tak dapat DEGREE yang kau nak kan sangat tu dah le..

Berlagak sangat baru lepas MATRIK la kunun.. Tapi otak ada kat kepala, tapi akal letak dekat kepala lutut. Pastu tersilap, delete entry, pastu mohon maaf, pastu kata Sarawakian ni bersatu. (Bodek... kaki ampu je la kau ni lebih) Bila aku belek belek kau punye blog kan... memanglah blog kau tu dibuat hanya untuk populariti semata mata. Upload gambar sana sini, cam bagus sangat.. pergh... Kata menyampah sana sini..tapi bagus la jugak kan.. popular la terus.. So, kepada mana mana yang nak popular, tapi tak layak dari artis, cuba hina Sabah dan Sarawak.. penduduk borneo ramai.. memang traffik blog korang up la lepas ni kan..

Argh.. layan korang pun buang masa aku je di pagi hari raya. Teringat kat keluarga yang jauh di sebalik Laut China Selatan tu, keluarga yang menyambut Gawai Dayak dan Krimas.. aku sorang je lah yang sambut Hari Korban di negeri orang tapi NEGARA aku. Faham tak ayat tu? Tak fahamkan? Biarlah... tak perlu faham pun. Apa apa pun.. aku tabik hormat kat semua racist yang ada kat Malaysia ni. Kesian PM kita, tak tercapai hajat 1 malaysia disebabkan anak anak baru tak pandai nak menilai dan berkongsi. Yang dorang tau, kutuk orang, maki orang, tengok salah orang, tapi salah sendiri tak sedar sedar. Aku tertanya tanya berapa lah umur dia ni. Hurm,.. mesti masih budak lagi.. kalau tak takde lah keluar statement macam tu.

Pesan aku kepada orang yang menumpang kat negeri orang atau negara orang termasuk lah aku.. Kita yang kena ikut adat resam orang bukan orang kena ikut adat resam kita... tapi jangan sampai kita lupa diri dari mana asal usul kita. Sekian.

Continue Reading... Labels:


Tomakninah (Gilgamesh yang hilang)

nanges nanges buruk
3 comments

Memalukan. Itu yang mampu aku katakan. Selepas 3 tahun aku memilih Islam, aku masih lagi tidak tahu maksud tomakninah. Aku tercabar, tersedar dari lena yang panjang. Ceritanya begini, aku berdebat dengan seseorang tentang sesuatu perkara, akhirnya dia mengalah dan berkata :

“Malaslah nak layan orang yang tiada tomakninah seperti awak ni”

Aku buat tak reti kerana memang aku tidak faham. Dan akhirnya, disebabkan perasaan ingin tahu itu amat kuat, aku bertanya pada somebody tentang tomakninah. Jawapannya membuatkan aku terkesima.

Tak pernah baca buku sembahyang ke?” “Takkan solat selama ini tengok dan dengar saja”

Aku hampir menangis. Keadaannya sama ketika kali pertama aku melihat zikir munajat dalam tulisan arab yang Ustazah Zainah bagi semasa kelas agama di kolej aku pada 18 Januari 2011 yang lepas. Aku masih ingat lagi bila semua orang memandang aku yang sedang menangis memegang kertas tanpa mengetahui siapakah aku pada masa itu. Dan pada masa itu aku sangat rindukan para ustazah ustazah yang mengajar dan mendidik aku semasa berada di JAWI Putrajaya. Fahamkah mereka apa perasaan aku masa itu? Tidak, mereka tidak faham, kerana mereka diajar tentang Islam sejak lahir. Mereka dididik dengan cara Islam sejak kecil. Mereka tidak berada di tempat aku. Aku yang mencari sendiri kelebihan Islam itu apa, mencari sendiri makna Islam. Aku akui, aku bukannya sempurna seperti wanita Islam yang lain, dan itu membuatkan aku rasa sangat rendah diri. Aku terfikir pada satu nama saja yang boleh tolong aku pada masa itu. Cuma aku tidak pasti, adakah dia masih ingat pada aku. Dek kerana ingin tahu, aku gagahkan jua tanganku menaip bait bait pertanyaan. Tidak sampai lima minit, handphone aku berbunyi :

Berhenti seketika. Time ruku’ atau sujud awak baca subhanallah 1x kali da kira tomakninah da”

Jawapannya membuatkan mata ku bergenang. Dia masih lagi sama seperti  6 tahun yang lepas. Itu yang aku ingin. Jawapan. Bukannya satu pertanyaan yang mempersoalkan tentang ibadahku. Aku tahu dalam setiap ruku’ atau sujud kena berhenti seketika, tapi aku tak tahu itu yang dipanggil tomakninah. Seingat aku, buku buku yang aku baca (setakat ni dua termasuk dengan buku yang aku ceraikan untuk belajar solat buat kali pertama.) tiada pula menyebut perkataan tomakninah. Mungkin para ustazah ada menyebut, dan mungkin aku tidak pernah mendengarnya. Di atas kesempatan itu, aku bertanya tentang kehidupannya, studynya, masa lapangnya selepas ketiadaan aku. Jika dahulu, dia sanggup membawa motosikalnya dari Kuantan ke Putrajaya semata mata kerana tak inginkan aku keseorangan, sekarang dia penuhi masa masanya dengan keagamaan. Sesungguhnya dia memang orang yang sama. Lalu aku bertanya lagi, masih adakah namaku dalam setiap doanya?

ada.. kenapa pula tiada” “Awak adalah orang yang menghargai Islam, Jika tidak awak tidak akan masuk Islam. Mendoakan awak adalah yang terbaik yang boleh saya bagi kat awak”

Aku takut sebenarnya, aku takut bila disaat aku memerlukan tiada orang yang tahu apa yang aku perlukan. Doa dia selama ini yang selalu aku harapkan, dan dia masih lagi mengingati aku. Itu yang buat aku rasa sangat bersalah terhadapnya selama ini. Kalau masa boleh diundur dan diputarkan semula, aku tidak ingin menghantar email sebegitu. Tapi, bila dikenang balik, saat saat itu lah yang paling terindah yang aku ada. Online di McDonald sambil ditemani Hera. Membaca emailnya, menunggu balasan email yang berikutnya. Memang sangat membahagiakan. Tapi itu sekadar kenangan, aku masih belum cukup baik untuk berdampingan dengannya. Lalu aku mengambil keputusan yang sangat melukakannya. Aku tahu, mungkin sukar untuk aku dapatkan orang sepertinya nanti, tapi biarlah aku bertatih untuk mengenali dunia. Dia memangnya tiada ganti, sopan dan lemah lembut. Cuma aku perlukan orang yang mampu mengawal aku. Maafkan aku sahabat kerana hadir dalam hidup mu semata mata untuk melukakanmu. Semata mata datang untuk membawa khabar duka. Tapi, kadang kadang, aku hanya ada kamu yang memahami aku, terutamanya tentang kejahilan ku dalam mengenali agama baru ku ini.

Andai suatu hari nanti, kamu bertemu dengan teman hidupmu, dan tidak dapat melayan aku seperti sekarang, aku masih memohon, jangan lupa doakan aku agar aku mati dalam Islam. Ada jodoh, aku berharap kita akan bertemu lagi, mungkin sebagai seorang sahabat yang saling memerlukan. Di saat itu, aku berjanji, aku akan lakukan apa saja demi kebahagiaanmu, seperti mana yang kamu lakukan untukku. Jika semua orang menyatakan meyayangi aku, aku hanya akan percaya pada kamu dan mak saja yang benar benar memaksudkan menyayangi aku. Banyak yang ingin aku cerita tentang kehidupan aku sekarang, tapi ada yang terpaksa aku sembunyikan. Aku masih ingin menjadi budak baik di hadapan mu. Nanti akan ku kirimkan berita.

Sampai di sini. Walau apa pun yang akan terjadi pada masa yang akan datang, aku masih lagi c Snow yang mengharapkan bimbingan Gilgamesh. Terima kasih kerana mempertemukan aku dengan Islam terlebih dahulu sebelum aku berjumpa dengan muslim. Seandainya aku terjumpa muslim dahulu, nescaya sekarang aku tidak akan menyintai Islam. Tentang tomakninah, selepas aku bertanya pada mu, dan selepas aku mendapat jawapannya, aku ada bertanya kepada seseorang (yang pasti Islam) dan dia menjawap dia tidak tahu. Jadi, aku masih tidak bersalah kerana tidak mengetahui tomakninah itu apa. Dan tidak adil untuk bertanyakan soalan sama ada aku pernah atau tidak pernah membaca buku sembahyang kan?

Jika ditanya, siapa orang yang paling aku kasihi, aku akan jawap diriku sendiri, siapa orang yang paling aku hormati, mak ku, siapakah orang yang paling aku takut kehilangannya, sudah pasti aku akan menjawap kamu. Kita renggang, tapi aku tahu, setiap permasalahan aku, kamu cuba yang terbaik untuk selesaikannya. Terima kasih kerana tidak pernah membuangku dari hidupmu. ><



Continue Reading... Labels: , ,


Bingkisan 'silent reader' untuk Hero

0 comments

Aku 'kabur'. Pada mulanya aku nak tulis cerita berkenaan dengan kucing yang aku jumpa dalam Mastika hari ni. Kucing tu pernah aku jumpa secara tidak sengaja 2 tahun lepas. Masa tu memang tangkap leleh punye la. Dan aku adalah di antara orang yang mendoakan kesejahteraan insan mulia itu.

Hari ini.. aku kembali meniti hari hari mereka. Saudara mara Hero bertambah. Dan aku tidak sanggup nak copy paste cerita berkenaan dengannya. Biarlah orang tahu dari cerita yang asal dan bukan yang aku olah. Akhirnya, idea yang tadi nya bertimbun timbun hilang sebegitu saja dek kerana cerita dan penulisan tuan punye Hero. Huhu...

Aku tak pernah berniat nak kenal tuan punye dia.. Tapi hari ni aku sekali lagi secara tak sengaja terjumpa lagi cerita berkenaan dengannya. Hurmm.. satu je yang aku berani nak komen.. Orang rumah dia memang cantik...Heehe


Continue Reading... Labels:


Bila Jururawat menjadi pembunuh

4 comments

Sedih dan sakit hati. Macam macam perasaan lagi yang tidak dapat aku gambarkan. Pertama sekali ingin aku nyatakan aku masih ada perikemanusian. Eish.. rasa menyesal pulak bila aku beria ia ingin membantu. Sehingga sekarang keadaan petang tadi menghantui aku.

Ingatlah wahai jururawat dan bakal jururawat. Pertama, apakah niat anda bila anda berada dalam bidang perawatan? Anda bukan doktor ya. Anda hanya JURURAWAT yang saya amat pasti anda diajar tentang SOPAN, SABAR dan LEMBUT. Kedua, adakah anda bekerja hanya semata mata mengharapkan gaji hujung bulan?! Anda jangan lupa, Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya membayar gaji anda untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. Ni tak, anda sibuk inginkan kenaikan pangkat, kenaikan gaji, kenaikan elaun, tanpa anda sendiri MENAIKKAN MUTU KERJA anda.

Ee..pendek kata.. GERAM yang teramat sangat. Kenapa? Okay.. ceritanya begini... Hari ni aku adalah salah seorang menyaksikan kekejaman (?) seorang jururawat. Ibu yang sedang sarat mengandung, yang menanggung kesakitan yang teramat sangat, ditengking, diperlakukan ibarat patung, peut ditolak dengan kasar. Ish.. aku tak tahan. Sejahat jahat aku, aku masih boleh tersenyum bila pesakit marah aku. Sebab aku tahu keadaan mereka.

Jadi kepada yang baru nak mengisi borang SPA untuk pemohonan jururawat tu, pertimbangkan semula niat anda. Jangan menjadi seorang jururawat yang hanya mengharapkan gaji hujung bulan. Di tangan anda ada nyawa yang perlukan kasih sayang anda, kesabaran anda, keprihatinan anda. Jika anda rasa anda tidak mampu, better anda mohon menjadi Pembantu Tadbir.. Gaji lebih kurang je dengan jururawat. Selalu pergi outstation, seronok ape... jangan membahayakan nyawa orang lain dengan sikap anda yang tidak serupa manusia.



Kepada yang berkenaan, saya harapkan satu, semoga ada kesedaran pada suatu hari nanti. Jangan lupa, dunia ni bulat, bukannya segitiga atau segiempat. Ada masa anda akan merasa juga, saat itu anda jangan cuba menyalahkan orang lain, ingat apa yang anda telah lakukan. Kerjaya anda, membawa pahala yang sangat besar, namun beban dosa sentiasa menunggu jika niat anda tersasar, sabar anda terlantar.

Kepada yang teraniaya, maaf kupohonkan sebagai wakil rakan setugas dari bidang perawatan. Semoga anda diluar sana menjaga kesihatan dengan baik. Hargai masa sihat anda sebelum sakit. Maafkan kami, kerana kami jua manusia biasa yang selalunya silap dalam berperilaku dan berkata kata.

Sekian..

Salam sayang dari insan kejauhan


Continue Reading... Labels:


Maafkan aku ibu

3 comments

Alangkah sebaknya jiwa bila aku seorang anak yang tidak mampu mengesat air mata mu dikala dirimu bersedih. Meruntunnya jiwa untuk kembali ke tanah air semata mata untuk melihat wajah tuamu. Menenangkan hatimu walau seketika, memujuk laranya jiwamu di atas sengketa yang tidak pernah dirimu pinta. Ibu, aku anakmu yang lemah tidak berdaya, aku tidak mampu menyokong mu dikala dirimu lemah rebah tidak bermaya. Maafkan aku ibu. Semampu yang boleh aku cuba mencari jalan untuk menjenguk dirimu disana, tidak sanggup lagi aku mendengar dirimu dicaci dan dihina sebegitu rupa. Yang salah itu aku, yang jahat itu juga aku, kenapa mereka tega untuk terus menghukum mu.

Ibu yang tersayang,

Hanya disini saja tempat aku meluahkan rasa, tempat yang tiada siapa kenal diriku mahupun dirimu. Tiada siapa yang faham betapa hancurnya hati aku dikala ini diatas kedaifan diri. Sungguh tidak aku sangka, seorang saudara yang aku harapkan untuk menjaga dikala ibu kesusahan disaat aku dikejauhan, rupanya itulah racun yang memamah usia tuamu. Maafkan aku ibu. Maafkan aku kerana tidak berdaya mempertahankan kamu, maafkan aku kerana terlalu jauh darimu, maafkan aku kerana menjadi anak yang jahat, yang orang lain hina ke mana saja. Maafkan ketidakberdayaan aku ibu.

Ibu yang dikasihi,

Aku hanya mampu menahan pahitnya bila dirimu bercerita tentang betapa susahnya hidupmu di sana. Aku hanya mampu mendengar bila dirimu berkata bekalan makanan mu terputus sejak beberapa hari sehingga dirimu terpaksa berhutang dengan orang lain. Yang mana, hutang itu dicanang ke seluruh pelusuk alam. Aku faham betapa malu nya dirimu berhadapan dengan keadaan sebegitu. Kenapa tidak ibu minta saja kepada ku? Mungkin aku tidak mampu untuk memberi belanja yang secukupnya kepada ibu, tapi biarlah aku yang menahan derita dari aku mendengar segala cerita yang menyebakkan dada itu. Maafkan aku ibu.

Ibu yang tersayang,

Janganlah lagi sibuk dengan urusan orang lain. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Aku tidak sanggup untuk mendengar deritamu tanpa aku mampu menghulurkan walau sebelah tangan. Ibu, aku baru saja melihat harga tiket flight. Maafkan aku ibu, aku tengah mencari wang untuk aku menjengukmu walau seketika. Aku tidak tahu pada siapa harus aku minta tolong. Tapi, aku akan berusaha. Ibu, aku telah pun berjanji, disetiap helaian muka surat nota dan buku yang aku selak, adalah segenggam sijil yang akan aku bawa pulang untukmu. Setahun 10 bulan lagi, bersabarlah ibu. Setiap tangan yang melakukan kerja ini, aku iringkan dengan niat, pertolongan yang aku hulurkan kepada orang orang disini, semoga Allah sampaikannya kepadamu. Dan bila dirimu dalam kesusahan, semoga Allah menghadirkan insan lain untuk menolongmu sebagai ganti diriku yang dikejauhan. Maafkan aku ibu.

Ibu yang dirindui,

Maafkan aku jika suatu ketika dahulu aku mengeluh kerana tidak pernah merasa kasih sayang mu. Disaat dirimu keluar siang dan malam, mencari rezeki, aku keseorangan bertemankan nenek tanpa merasa kasih sayang seorang ibu, aku hanya mampu melihat apabila orang lain dihantar ke sekolah oleh ibu mereka, dan aku cemburu. Tapi ibu, semua itu menjadikan aku berdikari, menjadikan aku biasa hidup sendiri. Cuma sayangnya, aku meletakkan kepercayaan pada orang yang salah. Kepercayaan yang menyebabkan aku terlantar di dunia orang tanpa dapat membantumu disaat dirimu kesusahan. Maafkan aku ibu.

Ibu...

Aku tidak pernah menyatakannya didepanmu... tapi disini, aku ingin dirimu tahu, bahawa aku, Ceceliana Wann Jais @ Wann Nur Aliana Abdullah, sangat bangga dan berterima kasih kerana masih mempunyai seorang ibu sepertimu. Tidak mengapa jika aku dihina sedemikian rupa. Allah itu maha Adil ibu, suatu masa, mereka akan tahu betapa doa doa orang teraniaya ini sangat mudah diperkenankan.

Untuk kesekian kali, maafkan aku kerana gagal menjadi anakmu yang mampu untuk menyokongmu.
Continue Reading... Labels:


Cinta

0 comments

Cinta itu subjektif. Masing masing ada perspektif yang tersendiri tentang cinta. Bagi aku remaja yang yang berapa yang nak remaja ni... Cinta hanya layak untuk orang yang kenal cinta, tahu nilai cinta, tahu harga cinta.. Tahu nilai setia dan kejujuran. Kenapa lah aku merepek tentang cinta malam malam bute macam ni. Entah, aku semakin hari semakin tak centre. Otak semakin tak betul. Dan akhirnya ini lah yang terjadi. Bagi orang yang tak layak mendapat cinta seperti aku ni.. begitu lah.. aku hanya setia pada benda yang tidak bernyawa. Kenapa agaknya. Benda yang tak bernyawa tu takkan melukakan hati aku, takkan mengkhianati aku, jauh sekali meragui aku. Aku tahu benda yang tak bernyawa ni takkan buang aku selagi aku tak buang dia. Bestkan.

Hurm.. itu lah cinta.. sekarang ni aku cuma cintakan benda yang tak bernyawa.. hatta kaktus ngan kura kura pon aku malas nak jatuh cinta. Kang mati, aku pulak yang merana. Huhuhu.. baik aku dok dengan dunia aku yang tersendiri.. aman dan damai... peacefull.. muahahaha...

Continue Reading... Labels:


Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson BANJIR

7 comments

Untuk pertama kalinya setelah enam bulan aku berada di Kolej Jururawat Masyarakat, aku dikejutkan dengan kejadian banjir yang tidak seberapa teruk. Padahal, kampung halaman aku sendiri sedang mengalami kemarau. Pelikkan dunia ini. Kejadian yang tidak terduga itu hanya terjadi kerana 2 jam hujan tanpa henti. Agaknya kalau 1 hari, tenggelam kot kolej aku ni.

Begini lah keadaan banjir yang terjadi di Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson.
Continue Reading... Labels:


Aku dan Bola

1 comments

Aku dan bola. Aku tidak tahu dari mana harus bermula., cuma yang pasti, aku mula kenal bola sejak berumur 12 tahun. Main bola sepak dengan rakan sekelas dan posisi kegemaran aku adalah goal keeper. Sebab tak banyak bergerak. Haha.. Dan aku memang sukakan bola sejak dari saat itu.

Sekarang, aku baru terasa, sebagai seorang goal keeper, sebenarnya aku memikul tanggungjawap yang sangat besar. Harapan terakhir tergalas di bahu aku. Kalau aku tidak mampu mempertahankannya, maka kalah la pasukan. Nak buat macam mana. Kalau kalah, memang kesalahan akan terletak di bahu seorang goal keeper. Huhu.. Susah nak terima hakikat. Lebih lebih lagi bila berhadapan dengan pemain yang tidak serasi dengan corak permainan.


Team Futsal dari Zon Selatan, dan aku salah seorang daripadanya. Yang lain dari kolej yang berbeza. 


Aku dan rakan rakan dari negeri kelahiran aku. Sarawak Bumi Kenyalang. Siap ada maskot sekali. Sayangnya aku tidak berkesempatan untuk mengenali siapakah wajah di sebalik maskot itu.


Juga bersama skuad dari Sarawak. Kenangan yang paling indah yang pernah aku lakarkan sepanjang penglibatan aku dalam sukan.



Continue Reading... Labels:


Makna RIndu Erti Sayang

0 comments

 05.06.2011 [5.56pm] ; Cerah; Port Dickson

Jika semalam aku merasakan aku boleh hidup tanpa dia. Memang jawapannya YA. Tapi sebenarnya, semakin hari aku rasakan semakin kosong. Mungkin aku boleh bergembira, walau sebenarnya aku tercari bayangannya. Persahabatan dalam masa yang sangat lama tanpa sengketa menyebabkan aku semakin sukar untuk melupakan. Tambahan lagi bila aku semakin bermasalah sekarang ini. Maafkan aku sahabat kerana pernah melukakan mu.Maafkan jua kerana pernah memberi harapan palsu. Sungguh aku tidak menyangka semuanya akan berakhir begini. Sehingga hari ini, aku masih lagi menyesali.

Orang kata, tulisan aku skema. Hahaha.. Nak buat macam mana, aku memang begitu. Walau tuannya tunggang terbalik. Apa yang aku merepek ni? Sebenarnya kepala aku tengah kosong sekarang ni. Macam macam benda terjadi, yang aku buat tak peduli. Malas nak layan sebenarnya. Wat sakit pale otak je. Better aku tido. Hak hak hak.


Continue Reading... Labels:


Tanggungjawap Jururawat

3 comments


Sama ada anda seorang pelatih jururawat kerajaan atau swasta, anda kena perlu tahu kenapa tiba tiba artikel ini ada dalam blog saya pada hari ini.Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri, kenapa anda berada dalam bidang ini? Adakah kerana anda terdesak? Tak kira lah anda terdesak dengan keluarga ke atau dengan perkara lain. Yang mana paling tepat untuk pelatih kerajaan, kerana jawatan anda sekarang boleh dikatakan sebagai menjamin masa depan. Pernahkah anda terfikir yang anda tidak pernah ihklas melakukan tugas? Jika ya, sayang sekali. Anda sebagai insan yang terpilih untuk melakukan jasa menjadikan tugas anda tempat di mana anda mengumpul dosa. Bukankah itu sesuatu yang merugikan.

Kenapa saya bercerita tentang sesuatu yang selama ini tidak pernah saya ceritakan? Saya sakit hati. Ya. Sangat sakit hati, bukan kerana sakit hati kerana pertolongan yang saya minta dari rakan pelatih ditolak, tapi sakit hati mengenangkan sikap pelatih yang ambil sambil lewa tentang keadaan dan nyawa seorang pesakit. Dalam situasi saya, di mana pertukaran shift berlaku, saya yang cuba untuk tidak ditinggalkan bas, meminta seorang rakan yang bekerja di shift petang yang bermula pada pukul 2pm untuk menggantikan tempat saya. Senangnya jawapan dia "SAYA NAK Solat" Memang sudah masuk waktu zohor pada waktu itu. Tetapi pesakit yang saya minta tolong sedang mengalami Postpartum hemorrhage (PPH)atau dikenali sebagai pendarahan selepas melahirkan yang mana darah yang keluar melebihi 500 cc.Saya tak minta dia jaga pesakit tu 24 hours, yang saya nak dia assist doktor untuk beberapa minit. Saya menjawap "Awak boleh solat pukul 3pm" dan dalam hati menambah, nyawa pesakit belum tentu dapat sampai ke jam itu.Sayang, anda sebagai orang Islam yang dilahirkan secara Islam belum dapat mengenal agama anda yang indah itu. Sangat mendukacitakan. Saya masih teringat pada seorang kawan (Islam sejak lahir) dimana beliau mentertawakan saya apabila saya berkata seorang doktor boleh menjamakkan solatnya.Nah. Ini faktanya.

[3] - Jamak kerana hajat yang benar–benar mendesak

Contoh keadaan memerlukan solat dijamak kerana hajat adalah apabila berdepan dengan keadaan yang memaksa untuk tidak dapat melakukan solat pada waktunya seperti doktor yang perlu melakukan pembedahan berjam-jam lamanya, seandainya beliau berhenti walaupun sebentar akan memudaratkan pesakitnya. Pelajar di luar negara yang menduduki perperiksaan atau terpaksa menghadiri kelas yang meliputi waktu solat yang pendek. Pegawai-pegawai keselamatan yang terpaksa mengawal sesuatu tempat dan keadaan tidak mengizinkan beliau meninggalkan kawasan jagaannya kerana kritikalnya suasana tersebut dan pelbagai lagi situasi seumpamanya.

Dalilnya adalah:

عن عبدالله بن شقيق، قال: خطبنا ابن عباس يوما بعد العصر حتى غربت الشمس وبدت النجوم. وجعل الناس يقولون: الصلاة. الصلاة. قال فجاءه رجل من بني تميم، لا يفتر ولا ينثني: الصلاة. الصلاة. فقال ابن عباس: أتعلمني بالسنة؟ لا أم لك! ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء.
قال عبدالله بن شقيق: فحاك في صدري من ذلك شيء. فأتيت أبا هريرة، فسألته، فصدق مقالته.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato (memberikan kuliah/syarahan) kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahihnya – hadis no: 705]

Riwayat di atas menjelaskan bahawa Ibnu Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah menjamakkan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui pidatonya/syarahan/kuliahnya itu. Dia mengetahui jika syarahannya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya (kebaikan – pent.). Menurut perkiraannya meneruskan syarahan dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak. [Lihat Koleksi Hadis Hukum, Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Penerbitan Bulan Bintang, jil. 4, ms. 350]

Syaikh Athiyah Saqr rahimahullah berkata:

“...Maka sekumpulan ulamak dari kalangan para imam telah bertindak mengambil zahir hadis Ibnu Abbas. Maka mereka mengharuskan mengerjakan jamak ketika hadar, iaitu tidak dalam musafir, hanya kerana hajat semata-mata. Tetapi dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai adat (kebiasaan atau kelaziman –pen). Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari mengatakan: Dan orang-orang yang berpendapat demikian ialah Ibnu Sirin, Rabi'ah, Ibnul Munzir dan al-Qaffal al-Kabir. Dan telah diriwayatkan oleh al-Khitabi dari satu jamaah dari kalangan ahli Hadis. Hujah mereka (mengharuskan perbuatan jamak kerana hajat itu) ialah untuk menafikan kepayahan selama di sana terdapat suatu hajat/keperluan, antaranya ialah seperti kesibukan Ibnu Abbas terhadap pidato/khutbahnya." [Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam, jil. 13, ms. 424-425]

Sumber : as-sahih

Ketawalah sepuasnya. Dan saya hanya mampu tersenyum tanpa anda sedari anda tertinggal sesuatu yang sangat penting. Kenapa tidak anda meletakkan tempat anda di tempat pesakit. Adakah anda akan memaafkan seorang petugas perawatan jika ibu bapa anda, saudara mara anda, sahabat serta insan yang anda kasihi MENINGGAL dengan alasan petugas itu ingin bersolat. Saya bukan menyatakan bahawa solat itu wajib ditangguh, tetapi sebagai seorang insan yang mana tangan kita mampu menyelamatkan nyawa insan lain, maka berfikirlah secara rasional. Allah itu Maha Mengetahui. Dia tidak akan menghukum kita seperti mana kita dengan begitu mudah menghukum kesalahan orang lain. Dan kerana itu, saya selalu beringat, jika terkadang saya bersalah dengan Allah, saya masih boleh bertaubat dan dengan zatNya yang Maha Menyayangi, Insyaallah taubat saya diterima.Tapi jika saya bersalah dengan manusia, dan maaf saya tidak diterima, itu akan melambatkan urusan saya di Padang Masyhar kelak.

Dan sekarang, saya ingin bertanya dimanakah slogan KAMI SEDIA MEMBANTU yang selalu anda laungkan. Fikirkanlah sebelum kita menerima balasan. Allah itu Maha Adil.





Continue Reading... Labels: ,


Selamat Menyambut Hari Jururawat - 12/5

0 comments

Selamat Menyambut Hari Jururawat kepada seluruh Jururawat di Malaysia, sama ada Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat, Jururawat Terlatih, Jururawatan Kesihatan, Jururawat Masyarakat Kanan, Jururawat Masyarat, Jururawat Pelatih dan Jururawat Masyarakat Pelatih.

Sebagai insan yang memegang prinsip Kami Sedia Membantu, diharapkan agar kita semua menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Tempatkan pesakit dan klien kita di tempat yang teratas. Niatkan di dalam hati, setiap kali kaki melangkah kerja, kita menjalankan tugas kerana Allah Swt. Insyaallah.. perjuangan kita dipermudahkan.

Doa ku buat rakan sperjuangan, kita hanya korbankan masa, tenaga, perasaan untuk hari ini demi kejayaan kita di masa depan. Sekali melangkah, jangan sesekali untuk mengalah.

Pesanan iklhas, tajaan daripada : Wann Nur Aliana Abdullah, Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson


Continue Reading... Labels:


Surat Untuk Ummi

3 comments

Ummi...
Disaat ini, tiada yang mampu aku ingat dan kenang selain darimu. Deritamu sepanjang melahirkan dan membesarkan aku. Ummi, adakah sudah tertulis di suratan takdir bahawa aku akan menyaksikan kesengsaraan wanita wanita yang melahirkan. Adakah memang aku di antara insan yang terpilih untuk melihat keagungan tuhan.Ummi, disaat ini, ketahuilah bahawa anak mu ini sedang bergelut dengan diri sendiri. Cuba mencari keserasian di tempat baru, cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kadang kala kan ummi, anak mu ini menangis, meratapi. Bahkan, ada ketika anak mu ini menyesali keputusan yang dibuat suatu ketika dahulu. Tidak sanggaup rasanya meninggalkan ummi di kejauhan, tak sanggup rasanya memandang Laut China Selatan yang memisahkan kita.


Ummi...
Kalau ku tahu dari awal penderitaanmu, tidak aku sanggup untuk melawan kata kata mu, bahkan tidak akan ku tinggikan suara ku kepadamu. Ummi, aku selalu menyaksikan, kesakitan yang para ibu tanggung sebelum melahirkan. Aku juga seringkali melihat, senyuman mereka bila melihat bayi yang dilahirkan dengan susah payah berada di depan mereka. Ya ummi, beberapa hari lepas, aku hampir menangis melihat seorang ibu yang kehilangan anak pertamanya. Aku tidak dapat membayangkan betapa kecewanya dia. 7 bulan ummi, dia mengandungkan bayi itu, 7 bulan dia membawa hatinya itu kemana mana, tapi bila di lahirkan. Sudahpun tiada nyawa. Ummi, aku menangis. Tiba tiba aku teringat pada anak anak yang tidak berdosa dibuang merata rata. Tiba tiba aku teringat akan jasad bayi yang dimakan oleh semut. Ummi, mereka sanggup membunuh kerana tidak mahu dipandang hina oleh masyarakat. Tapi, aku tidak pernah salahkan mereka. Aku juga tidak menyalahkan masyarakat. Sudah menjadi lumrah dunia, inginkan yang terbaik, tapi tetap melakukan perkara yang buruk.


Ummi...
Tahun ini, tiada apa yang mampu aku berikan kepadamu seperti tahun tahun yang lepas. Aku harap ummi mengerti. Tahun ini, mungkin juga aku tidak mampu untuk balik untuk menjengukmu. Maafkan aku ummi. Ummi.. selamat hari ibu. Terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik aku menjadi seorang insan.


Continue Reading... Labels:


Selamat Tinggal Kuala Pilah

0 comments

01.05.2011 [11.43am]; Cerah; Port Dickson

Sudah 2 hari aku berada di PD. Balik semula ke kolej umpama balik ke rumah asal. Rindu nak bergolek di atas katil single. Hahaha.. Tapi, keseronokan berada di PD, tidak sama dengan kesedihan yang ada bila meninggalkan Kuala Pilah. Di Kuala Pilah, makan minum dijaga, pukul 7am sarapan pagi, 1pm lunch, 5pm dinner. Kat PD kena carik makan sendiri. Itu yang buat aku tidak betah. Wahahahaha...

Sepanjang aku ditempatkan di Unit Kesihatan Ibu dan Anak, Klinik Kesihatan Kuala Pilah,banyak pengalaman yang aku dapat. Bertemankan seorang pengajar yang baik hati, membuatkan aku selesa belajar di sana. Itu mungkin sesuatu yang aku tidak akan dapat jika aku berada di tempat lain. Oleh itu, Jutaan terima kasih diucapkan kepada Staff Nurse Lily Izwani (selaku tenaga pengajar), SN Zaini, SN Norzita, SN Nurul Huda, SN Asiah, SN Hayati, SN Azura, SN Roselaile, JM Nurhayati, JM NoorZaimah, JM Zurinal, JM Siti Aisyah, JM Zalina dan staff-staff Klinik Kesihatan Kuala Pilah (KKKP). 




Continue Reading... Labels:


Luka sekeping hati

1 comments

24.04.2011 [11.36 am]; Mendung ; Kuala Pilah

Cuaca semendung hati aku di kala ini. Hukhukhuk.. kesat air mata. Aku tak mampu nak mulakan dari mana.. Ceritanye bermula bila aku cuba menghubungi kawan lama, atas tiket yang aku gelar KAWAN. Aku mesej, bertanya kan khabar, tapi layanan yang aku terima sangat mengejutkan aku. Aku dikatakan punye sagalanya dan lupa diri dengan segala yang aku ada. Huh.. Sakit hati. Eh.. tak lah.. Aku terima dengan hati yang terbuka.


Aku hanya manusia biasa yang tidak mampu untuk sempurna. Banyak yang ingin aku sampaikan sehingga aku tidak tahu bagaimana. Dia tidak tahu apa yang aku korbankan, dia tidak tahu masa yang aku hilang. Mungkin, dia melihat aku ada kerjaya yang menjamin masa depan. Tapi dia tidak tahu, aku hanya seorang musafir yang terlantar keseorangan. Jauh dari ibu bapa, saudara mara. Memang, kerjaya yang ada sekarang ini nampak seolah olah berada dalam genggaman ku. Tapi, sayang dia tak tahu betapa aku berusaha untuk memastikan kerjaya yang aku impikan ini berada dalam tangan. Silap langkah, aku mungkin kecundang.

Mungkin dia mengenali masa silam ku. Tapi, sekarang, untuk menjadi yang terbaik belum lagi, tapi berubah untuk kebaikan, aku rasa aku sudahpun berada dilandasan yang betul. Terpulang lah kepada kamu untuk menilai aku siapa. Aku tak kisah. Sikit pun aku tak kisah. Benci lah aku sekiranya itu membahagiakan kamu, aku rela kamu benci aku.


Continue Reading... Labels:


Kenapa teh tarik dan Roti Canai?

1 comments

Aku suka. Itu saja jawapannye. Wakakakaka... Sakit ati tak? Sabar lah dulu.. Nasihat aku sebagai orang tua ni, kena lah diterima pakai walaupun sedikit. Dahulu, masa aku kecik kecik ( tingkatan lima), aku selalu dok lepak dengan ayah tiri aku dekat warung (masa tu aku kristian lagi). So, setiap kali melepak sesambil tengok tV, aku dan bapak aku order teh tarik dan roti canai. Sedap sampai kat semenanjung pun takda tau... Memanglah, bapak aku tertinggal kat seberang laut china selatan. Sebelum ni, aku memang banyak buat blog. Macam macam yang dah aku buat, tapi yang paling aku sayang adalah blog yang ini. Sekarang aku jauh ngan bapak aku. Aku tak pernah kol bapak aku sejak aku jauh ni. Dekat 4 tahun la. Bukan aku merajuk, tapi aku tak tahu nak cakap apa dengan dia. Huhu.. padahal dalam hati, aku sangat rindu kat dia. Aku cuma kol mak aku jew.

Orang kate, teh tarik menyebabkan kolestrol. Yeke? Entahlah, aku tak kisah.. Selagi aku boleh makan dan minum, aku akan minum sebelum Allah tarik balik nikmatnya itu. Heh heh hee...Meh, ape kate kita tengok macam mana buat teh tarik :p


Bahan-bahan ( 3 orang )

  • Serbuk wangi teh (cap istana atau apa2 pun boleh asalkan ada serbuk teh)
  • Susu cair
  • Condense milk
  • Air panas yg baru masak
  • Kain serbuk teh 

Cara-cara

  1. Letakkan 3 sudu besar serbuk teh dalam mangkuk dan tambahkan air dan masak sebentar.
  2. Tuangkan sedikit susu cair dan condense milk dlm tako air.
  3. Bila serbuk teh dah mengelegak, tuangkan ke dalam kain serbuk teh dan tuangkan kedalam teko yg dah diisi dengan susu.
  4. Tambahkan air panas dan kacau semua bahan ikut kemanisan masing2.
  5. Air panas yg digunakan mesti yg baru masak barulah rasa teh tarik nie sedap. Bila nak tuangkan dlm cawan tarik tinggi2 supaya dptkan buih. 


Continue Reading... Labels: ,


Persediaan Untuk Menjadi Jururawat Masyarakat

3 comments

17.04.2011 [Cerah] ; 12.58 pm ; Kuala Pilah

Untuk menghadiri sesuatu kursus terutamanya dalam bidang kejururawatan bukanlah sesuatu yang senang. Walaupun dibayar dengan elaun, langkah pada bulan pertama kena betul. Tak ramai yang menyeneraikan berapa duit mak bapak yang habis disaat tiga bulan pertama sebelum kemasukan elaun.

Antaranya ialah :
Duit makan (terpulang kepada kolej anda ditempatkan) : Rm 3.50 perday
Duit Kelas ( untuk potostat nota) : terpulang pada keperluan.
Duit peralatan : Rm45
Duit kiub (untuk komuniti) : Rm35
Uniform : Rm135
Buku : Rm340
Buku Agama : Rm12
Keperluan harian : Terpulang lah pada anda.

Jangan kata masuk kolej yang ditanggung kerajaan ni senang. Tidak. Masih sama, cuma dibayar elaun pada setiap bulan. (Setakat ini, aku tak dapat apa apa lagi duit) Malas aku nak cerita kenapa. Aku biarkan dulu. Aku takde masa nak dibuang untuk mencari punca kelambatan kemasukan elaun aku.

Kedua : Jangan sangka bila masuk ke kolej, anda bebas berkeliaran di sana sini. Owh.. tidak sama sekali. Peraturan yang sangat ketat dek gara gara suatu ketika dahulu, ada yang cuba mencemar maruah sebagai pelatih kejururawatan. Apa apa pun, setakat ini aku bersyukur dengan apa yang ada.

Continue Reading... Labels:


Contoh Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains Dan Muzium Kesenian Islam Malaysia

LOL Smiley
36 comments

LAPORAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS DAN MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA



ANJURAN:
GERAK KERJA KELAB
KOLEJ JURURAWAT MASYARAKAT PORT DICKSON



Pengenalan

Program lawatan sambil belajar ke Petrosains adalah  merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk melaksanakan aktiviti kokrikulum bagi sesi Januari 2011. Ahli - ahli Perpustakaan Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson sesi Januari 2011 diharapkan dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada setiap peserta di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab apabila dilantik sebagai penjawat awam kelak.

Bagi memastikan program yang dirancang berjalan lancar, Gerak kerja Kelab telah membentuk satu organisasi yang diketuai oleh saudari Nurul Fatehah Binti Abd Wahab. Organisasi ini telah dipantau oleh Puan Koh Bee Toh selaku penasihat dan pembimbing dalam pengurusan serta pembentukan program ini. Selain itu diharapkan program ini dapat menjadi satu program yang berjalan dengan baik dan lancar.


Objektif


Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelatih, pengajar dan pihak pengurusan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Meningkatkan pemikiran teknologi dan inovasi dalam bidang kesihatan di kalangan pelatih.

Mendedahkan hubung kait antara kesihatan dan teknologi kepada pelatih.

Meningkatkan pengetahuan sains dan teknologi di kalangan pelatih.

Menerapkan amalan gaya hidup sihat di kalangan pelatih.



Pengenalan program
Program: Lawatan Sambil Belajar ke Petrosains
Anjuran: Gerak Kerja Kelab, Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson
Penyertaan: Ahli Perpustakaan Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson

    Program ini diadakan untuk mendekatkan pelatih, pengajar dan pengurusan aktiviti. Selain itu, dengan adanya program ini, diharap dapat melahirkan bakal Jururawat Masyarakat yang sihat ,mempunyai permikiran yang berinovasi dan kreativiti yang tinggi.

KUMPULAN SASARAN
Pelatih Kursus Jururawat Masyarakat
Anggaran peserta : 35 orang

TEMA PROGRAM
Kesihatan Menjana  Kecemerlangan Pelatih

LOKASI DAN MASA PROGAM
Lokasi    : Petrosains Suria Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur
Tarikh    : 26.03.2011
Hari        : Sabtu
Masa        : 7.00 am – 7.00 pm




CARTA ORGANISASI

PENAUNG                                     : PUAN AISHAH BINTI SEMAN
PENYELARAS PROGRAM          : PUAN KOH BEE TOH
PENGERUSI                                  : NURUL FATEHAH BINTI ABD WAHAB
NAIB PENGERUSI                        : NOR SHAKIRA BINTI ISMAIL
SETIAUSAHA                               : WANN NUR ALIANA ABDULLAH
BENDAHARI                                : JENNIFER ANAK KIDOK
NAIB BENDAHARI                     : HARDAWATI BINTI MAT KAHAR
AHLI JAWATANKUASA          : i) AJK KECERIAAN
                                                          RANEY ANDREYNI BINTI ABD SUKOR (KETUA)
                                                          FAZLIA BINTI RAJAK
                                                          NOR AMALINA BINTI GHAZALI
                                                          NOR ASMALIHAN BINTI M JAFAR

                                                      ii)     AJK KERBERSIHAN
                                                          NURUL ASHIKIN BINTI ADALAN (KETUA)
                                                          NORFADZIAN BINTI MOHD FADZIR
                                                          NORFAIZANI BINTI SAARI
                                                         NUR AZIAH BINTI A JALIL
                                                         NUR ZARWANI BINTI ABDUL MALIK KARIM ALLAH


                                                    iii)    AJK KESELAMATAN
                                                            AZIHAN BINTI OSMAN (KETUA)
                                                            NUR ZILA BINTI HARUN
                                                           ROSMAWATI BINTI WAHAB
                                                           SITI NOORIZAITUL AKMAL BINTI ISMAIL
                                                          SITI NUR FARHAN BINTI SHAARI

                                                  iv)    AJK PERALATAN
                                                         NOR FADZILAH BINTI YUSOF (KETUA)
                                                         SITI SURIATI BINTI ISMAIL
                                                        SITI ZULAIKHA BINTI GEZALI
                                                        ZUDIANI BINTI ZULKIPELI

MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA






PETROSAINS, KLCC
 


Penutup.

          Semoga perancangan dan pelaksanaan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan projek ini amatlah dialukan dan diiringi dengan ucapan jutaan terima kasih.       

Continue Reading... Labels: ,


Puaskah?

0 comments

27.02.2011 [05.15 pm] ; Cerah ; Port Dickson

Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah hoo.. Sayangku
Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakanku
Setelah kau dapatkanku
Reff:
Mungkin hanya bila ku mati
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai
Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku

Mungkin hanya bila ku mati , kau akan berhenti untuk menyakiti. Untuk pertama kali aku terdengar lirik tersebut,  aku terpaku. Teringat pada kisah sendiri. Benarkah begitu, dan akhirnya, lagu Puaskah dari Wali Band menemani aku semenjak akhir akhir ini. Aku tension. Dalam masa yang sama aku sangat penat. Pelbagai perkara yang terpaksa aku harung sekaligus. Sehinggakan aku merasa, tiada masa untuk aku merehatkan diri. Sakit. Sangat sakit. Terutamanya bila tiada siapa tempat untuk aku meluahkan perasaan. Hanya, yang aku buat hanya menaip dan menaip.


Aku putus asa. Dengan semuanya. Aku ingin lepaskan semuanya, termasuk kehidupan aku sendiri. Masih segar di minda, di mana tahap aku memang boleh dikatakan give up 100 %. Hinggakan aku merasa, apa guna aku solat tak tinggal waktu, andai ini yang terjadi kepada aku. Aku tak pernah minta untuk hidup dengan semua kesempurnaan. Cukup saja untuk aku hidup tenang dan tenteram.

Balik dari padang Futsal, aku tidak mampu menahan air mata. Aku sangat kecewa. Memang kerap kali di panggil bodoh, tapi panggilan kali itu sangat menikam hati dan jantung aku. Aku bulatkan tekad, selepas ini, dahi aku takkan lagi menyentuh sejadah. Tapi, lain pula yang berlaku. Aku tidak terus balik ke asrama. Tanpa aku sedari, kaki aku membawa aku ke surau. Dengan Asar yang hampir habis, aku menangis lagi. Muhasabah diri.

Malam, mummy called. Macam tau tau yang aku sedang menghadapi masalah, tapi, bukannya boleh mendengar, bahkan bergaduh lagi dengan dia malam itu. Lagi lah aku bertambah sakit. Aku mula terfikir, kenapa dari awal lagi malaikat maut tidak menjemput aku? Aku dah tak tahan untuk menghadapi semuanya. Aku bukanlah seteguh karang yang mampu berdiri menongkah arus. Aku hanya dedalu yang menumpang kasih.

Kawan kawan? Mungkin persekitaran aku mempunyai ramai kawan. Aku mula ingin mempercayai. Tapi akhirnya aku tersedar, mereka bukanlah rakan yang akan melindungi aku. Mereka bukan rakan yang amanah. Akhirnya, aku menjarakkan diri, dan aku tidak pernah sesekali memberitahu sesiapa kenapa aku berkata sedemikian. Ada kisahnya. Cuma, aku tidak mampu nak berkongsi cerita. Ada yang kata aku kebudakkan. Banyak komplen. So, aku diamkan sehingga memakan diri aku sendiri. Aku terlalu memikirkan semua itu dan dalam masa yang sama membuatkan aku rindu pada sahabat sahabat aku pada suatu ketika dahulu. Sahabat yang sentiasa ada di sisi aku, saat susah dan senang aku, tawa dan tangis aku. Bukannya kawan yang hanya ingin mengambil kesempatan ke atas diri aku. Setakat ini, aku masih lagi seorang, tidak punya sesiapa.
Aku lebih selesa begitu dari aku berhadapan yang topeng topeng boneka yang berpura pura. Setakat mana orang mampu faham betapa sakitnya aku kala ini. Kalau diikutkan, bergerak pun aku tidak mampu. Penat. Exam ditunda sehingga Isnin, setakat ini, aku belum belajar apa apa. Yang mungkin boleh aku skor dengan baik hanya topik Widwife A&P, topik kegemaran aku. Bersama dengan pengajarnya sekali aku suka. Lembut dan baik orangnya. Yang lain, aku blur. Aku memang tidak mampu untuk belajar sekarang ni. Air mata terlalu murah. Ahh… biarlah.

Aku pernah idamkan rama-rama dan bunga, tapi Allah berikan ulat beluncas dan kaktus. Aku pernah jaga ulat dan kaktus itu, tapi sayangnya mereka memilih jalannya tersendiri tanpa sempat aku menghalang. Apa yang aku ada? Bukan niat mengata sesiapa, bukan niat untuk menagih simpati. Aku hanya meluahkan rasa hati yang terpendam, kerana tiada siapa yang mampu memahami. Terpulanglah pada masing masing untuk menilai aku orang yang bagaimana. Kamu semua tidak pernah kenal aku pun, jadi aku tak kisah dengan pandangan semua. Orang yang mengenali aku, tahu bagaimana sikap aku, tahu kesetiaan aku pada tahap mana. Bukan setakat setia pada lelaki, aku setia pada semuanya. Aku bukan nak paksa untuk percaya. Aku bukan hendak memualkan anak tekak korang semua. Aku cuma tulis apa yang terlintas di kepala hotak aku yang tengah serabut ni, agar kosong sedikit. Haaah.. Lega. Adios.

P/s : Ini kisah aku beberapa minggu lepas, yang aku tidak post kerana PC tak boleh buka, Microsoft Word 2007. Jangan dirisaukan keadaan aku, aku lebih bersedia di masa yang akan datang, untuk menghadapi segalanya.




Continue Reading... Labels:


Kembalikan CInta Ku

2 comments

01.03.2011 [10.29 PM]; Cerah; Port Dickson

Rasullah SAW bersabda : ‘ Tiadak ada balasan bagi hamba-KU yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia dan kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya’

Adakah aku orang cukup bersabar dalam dunia ini? Tidak. Aku mudah berasa penat dan jemu dengan karenah manusia. Hari ini aku membaca novel, ‘Kembalikan Cintaku’. Mengisahkan kehidupan seorang perempuan yang ditinggalkan oleh suaminya selama 10 tahun. Dalam masa itu, dia menutup pintu hatinya kepada semua lelaki. Lelaki yang menjadi suaminya itu, adalah lelaki pertama mengajar dia erti cinta, dan lelaki yang mengajarnya tentang kesengsaraan hidup. Lelaki yang serba serbi mewah dengan harta dunia, tapi miskin dengan bekalan akhirat. Lelaki yang sanggup mengejarnya ke mana saja, kemudian meninggalkan dia keseorangan tanpa khabar berita. Dia, perempuan yang sempurna, penuh ilmu di dada, bijak, sabar, penyayang, lemah lembut. Sehingga aku, membandingkan diri dengannya. Aku kalah. Dan mungkin kerana itu tiada lelaki yang mengejar aku seperti lelaki yang mengejar dia. Aku tiada ilmu berkenaan dengan dunia akhirat.


Aku terfikir, adakah aku tidak cukup menarik? Entahlah… mungkin kot. Hahahaha… Jangan salah sangka, aku tidak minta untuk dikejar lelaki. Tidak untuk kali ini, dan pada masa yang akan datang. Aku seperti dia, telah menutup pintu hati kerana seorang lelaki. Walau aku tahu, beza aku dan dia terlalu jauh. Wardina, bijak pandai, belajar jauh jauh, walau sekadar novel, aku pasti lelaki sekarang inginkan isteri yang bijak. Sekurangnya lulusan university. Malu mungkin dengan taraf SPM. LoL. Mungkin. Dalam dunia ini, hanya seorang saja yang mengatakan aku tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Aku tidak tahu dia berkata sebegitu adalah untuk menyedapkan hati atau sebenarnya aku begitu. Tabahkah aku? Entahlah.. Hati dah jadi lali. Pada mulanya, aku memang cengeng, mudah menangis.. tapi disebabkan aku terlalu biasa disakiti, membuatkan aku biasa dengan persekitaran baru.

Puas. Itu yang dapat aku rasakan. Tersangat puas. Kenapa? Pertama, aku dapat mewakili kolej dalam perlawanan Futsal yang bakal diadakan di Johor, sekaligus mematikan senyuman riak pemain pemain yang mengganggu ketenteraman hidup aku selama ini. Walaupun aku nampak tenang, seolah olah tiada yang berlaku, namun, jauh di sudut hati, aku memang bersorak gembira. Bukan gembira kerana aku dapat mewakili kolej, tapi gembira kerana dapat melihat kekecewaan mereka. Hahahaha.. jahatkan aku. Alaaah.. aku bukan main tipu pun, sapa suruh gatal gatal nak masuk main futsal, lepas itu menghuru harakan kehidupan aku. Padan muka! Tuhan bayar CASH! Dah ada tanggungjawap kat permainan lain, hang pi la main jauh jauh kat tempat hang. Cewah.

Kedua, aku baru habis exam. Tak rasa apa apa sebenarnya. Penat? Tak tau, aku mengantuk. Nak tidur. Ermm.. tetiba aku teringat pada novel yang aku baca tadi.

Entahlah kak…. Kita yang perempuan ini selalu memikirkan perasaan orang lain terutamanya suami kita. Tapi suami kita tak pernah memikirkan perasaan kita. Mungkin bagi mereka, perempuan senang dicari…’

Suami aku tak macam tu tau, Cuma aku terasa sedih dengan Wardina. Dan kagum dengan ketabahan nya menunggu kepulangan suami tercinta. Adakah aku sebegitu jika ditakdirkan jalan kehidupan aku seperti itu? Insyallah.









Continue Reading... Labels:


 

Sharing Is Caring

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors