Jika semalam aku merasakan aku boleh hidup tanpa dia. Memang jawapannya YA. Tapi sebenarnya, semakin hari aku rasakan semakin kosong. Mungkin aku boleh bergembira, walau sebenarnya aku tercari bayangannya. Persahabatan dalam masa yang sangat lama tanpa sengketa menyebabkan aku semakin sukar untuk melupakan. Tambahan lagi bila aku semakin bermasalah sekarang ini. Maafkan aku sahabat kerana pernah melukakan mu.Maafkan jua kerana pernah memberi harapan palsu. Sungguh aku tidak menyangka semuanya akan berakhir begini. Sehingga hari ini, aku masih lagi menyesali.
Orang kata, tulisan aku skema. Hahaha.. Nak buat macam mana, aku memang begitu. Walau tuannya tunggang terbalik.

Post a Comment