laptop kesayanganku

0 comments

Cuba publish melalui ipad... And i prefer laptop. Huhu.. Cuti tanpa laptop memang sangat menyeksakan. Laptop aku ada problem.. Ntah macam mana apek kedai tu format aku punye nyawa tu aku tak tau... Tension gak kadang kadang kalau nak menaip ngan touchscreen ni.. Sensitive sangat. Tapi yang bestnye... Aku leh maen game di hari raya ni.. Wakakaka.. Kalau orang lain berhari raye, aku pulak dok melepak sambil mengenangkan nasib laptop aku yang hampir menjadi jenazah tak lama lagi (arghh.. Tension sebab dua tiga kali terpaksa menekan backspace ni)... Hadoi..

Cuti tak lama... Seminggu jew pun. Tak puas nak tido. Heh heh.. Pasni kena posting ke tempat praktikal, entah apa yang menanti aku di wad pasni. Aku tak kisah yang penting, aku nak kejar 'cross' aku. Antara 179 pelatih, aku la yang paling sedikit dapat cross memandangkan aku selalu 'hilang' dari wad. Bola punye pasal... Sekarang ni aku terpaksa bekerja keras, tapi sebelum tu... Aku nak menikmati cuti aku.. Heh heh.








Continue Reading...


Believe

0 comments

 
 
 
How can I believe when "lie" just lies in the center of "believe"?
How can I Love when there is "over" in "Lover"?
How can I be friends with anyone when we know "end" is there in "friend"?
How can I trust anyone when there is "rust" in "Trust"?
How can I live a life when there is "if" in "life"?
........ALLAH has "ALL" in Him, therefore,
I trust, love & believe in ALLAH being the best of ALL"Allah is sufficient for us and He is the Best Guardian"




Continue Reading...


Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson BANJIR

7 comments

Untuk pertama kalinya setelah enam bulan aku berada di Kolej Jururawat Masyarakat, aku dikejutkan dengan kejadian banjir yang tidak seberapa teruk. Padahal, kampung halaman aku sendiri sedang mengalami kemarau. Pelikkan dunia ini. Kejadian yang tidak terduga itu hanya terjadi kerana 2 jam hujan tanpa henti. Agaknya kalau 1 hari, tenggelam kot kolej aku ni.

Begini lah keadaan banjir yang terjadi di Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson.
Continue Reading... Labels:


Facebook Manager

2 comments

Mempunyai dua atau lebih akaun FB? Ingin melihat gambar hanya dengan meletakkan mouse di atas gambar? Atau sekadar ingin mencuba sesuatu yang baru?

Step 1 : Download Greasemonkey di sini.

Step 2 : Kemudian download dan install Facebook Manager disini.

Step 3 : Restart browser anda. Selamat berjaya.

Continue Reading... Labels:


Aku dan Bola

1 comments

Aku dan bola. Aku tidak tahu dari mana harus bermula., cuma yang pasti, aku mula kenal bola sejak berumur 12 tahun. Main bola sepak dengan rakan sekelas dan posisi kegemaran aku adalah goal keeper. Sebab tak banyak bergerak. Haha.. Dan aku memang sukakan bola sejak dari saat itu.

Sekarang, aku baru terasa, sebagai seorang goal keeper, sebenarnya aku memikul tanggungjawap yang sangat besar. Harapan terakhir tergalas di bahu aku. Kalau aku tidak mampu mempertahankannya, maka kalah la pasukan. Nak buat macam mana. Kalau kalah, memang kesalahan akan terletak di bahu seorang goal keeper. Huhu.. Susah nak terima hakikat. Lebih lebih lagi bila berhadapan dengan pemain yang tidak serasi dengan corak permainan.


Team Futsal dari Zon Selatan, dan aku salah seorang daripadanya. Yang lain dari kolej yang berbeza. 


Aku dan rakan rakan dari negeri kelahiran aku. Sarawak Bumi Kenyalang. Siap ada maskot sekali. Sayangnya aku tidak berkesempatan untuk mengenali siapakah wajah di sebalik maskot itu.


Juga bersama skuad dari Sarawak. Kenangan yang paling indah yang pernah aku lakarkan sepanjang penglibatan aku dalam sukan.



Continue Reading... Labels:


Makna RIndu Erti Sayang

0 comments

 05.06.2011 [5.56pm] ; Cerah; Port Dickson

Jika semalam aku merasakan aku boleh hidup tanpa dia. Memang jawapannya YA. Tapi sebenarnya, semakin hari aku rasakan semakin kosong. Mungkin aku boleh bergembira, walau sebenarnya aku tercari bayangannya. Persahabatan dalam masa yang sangat lama tanpa sengketa menyebabkan aku semakin sukar untuk melupakan. Tambahan lagi bila aku semakin bermasalah sekarang ini. Maafkan aku sahabat kerana pernah melukakan mu.Maafkan jua kerana pernah memberi harapan palsu. Sungguh aku tidak menyangka semuanya akan berakhir begini. Sehingga hari ini, aku masih lagi menyesali.

Orang kata, tulisan aku skema. Hahaha.. Nak buat macam mana, aku memang begitu. Walau tuannya tunggang terbalik. Apa yang aku merepek ni? Sebenarnya kepala aku tengah kosong sekarang ni. Macam macam benda terjadi, yang aku buat tak peduli. Malas nak layan sebenarnya. Wat sakit pale otak je. Better aku tido. Hak hak hak.


Continue Reading... Labels:


Contoh Surat Permohonan

2 comments

Nur Anis Binti Mahamad Pazin,
Setiausaha Biro Sukan,
Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson,
KM. 11, Jalan Pantai,
71050 Si Rusa, Port Dickson,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS



Puan Aishah Bt Seman,
Timbalan Pengarah Akademik,
Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson,
KM.11, JalanPantai,
71050 Si Rusa,Port Dickson,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Puan ,                                                                                                           24 Januari 2011
MEMOHON PERALATAN DAN VIDEO/CAMERA UTK KEGUNAAN PROGRAM PENDAKIAN GUNUNG DATOK REMBAU,NEGERI SEMBILAN.

Merujuk perkara di atas, Saya jururawat masyarakat pelatih yang bernama Nur Anis Binti Mahamad Pazin selaku setiausaha bagi Biro Sukan ingin memohon peralatan yang diperlukan untuk  program ini daripada pihak puan bagi memudahkan perjalanan aktiviti pendakian.Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :
1.      Kamera / video 
2.      Peralatan perkhemahan
3.      Payung

2.          Untuk makluman pihak puan, aktiviti ini akan dijalankan pada 29 Januari 2011 iaitu pada hari Sabtu. Aktiviti ini akan disertai oleh seramai 151 orang pelatih daripada Kumpulan Januari 2011 dengan diiringi oleh 10 orang fasilitator. Aktiviti ini akan bermula pada jam 6.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.

3.          Oleh yang demikian, saya sebagai wakil dari Kumpulan Januari 2011 amatlah berharap agar pihak puan dapat meluluskan permohonan ini. Kerjasama daripada pihak puan amatlah  kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,terimakasih.

Yang Benar,

……………………………………………..
(JMP NUR ANIS BINTI MAHAMAD PAZIN)
Setiausaha Biro Sukan,
Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson.
Continue Reading... Labels:


Tanggungjawap Jururawat

3 comments


Sama ada anda seorang pelatih jururawat kerajaan atau swasta, anda kena perlu tahu kenapa tiba tiba artikel ini ada dalam blog saya pada hari ini.Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri, kenapa anda berada dalam bidang ini? Adakah kerana anda terdesak? Tak kira lah anda terdesak dengan keluarga ke atau dengan perkara lain. Yang mana paling tepat untuk pelatih kerajaan, kerana jawatan anda sekarang boleh dikatakan sebagai menjamin masa depan. Pernahkah anda terfikir yang anda tidak pernah ihklas melakukan tugas? Jika ya, sayang sekali. Anda sebagai insan yang terpilih untuk melakukan jasa menjadikan tugas anda tempat di mana anda mengumpul dosa. Bukankah itu sesuatu yang merugikan.

Kenapa saya bercerita tentang sesuatu yang selama ini tidak pernah saya ceritakan? Saya sakit hati. Ya. Sangat sakit hati, bukan kerana sakit hati kerana pertolongan yang saya minta dari rakan pelatih ditolak, tapi sakit hati mengenangkan sikap pelatih yang ambil sambil lewa tentang keadaan dan nyawa seorang pesakit. Dalam situasi saya, di mana pertukaran shift berlaku, saya yang cuba untuk tidak ditinggalkan bas, meminta seorang rakan yang bekerja di shift petang yang bermula pada pukul 2pm untuk menggantikan tempat saya. Senangnya jawapan dia "SAYA NAK Solat" Memang sudah masuk waktu zohor pada waktu itu. Tetapi pesakit yang saya minta tolong sedang mengalami Postpartum hemorrhage (PPH)atau dikenali sebagai pendarahan selepas melahirkan yang mana darah yang keluar melebihi 500 cc.Saya tak minta dia jaga pesakit tu 24 hours, yang saya nak dia assist doktor untuk beberapa minit. Saya menjawap "Awak boleh solat pukul 3pm" dan dalam hati menambah, nyawa pesakit belum tentu dapat sampai ke jam itu.Sayang, anda sebagai orang Islam yang dilahirkan secara Islam belum dapat mengenal agama anda yang indah itu. Sangat mendukacitakan. Saya masih teringat pada seorang kawan (Islam sejak lahir) dimana beliau mentertawakan saya apabila saya berkata seorang doktor boleh menjamakkan solatnya.Nah. Ini faktanya.

[3] - Jamak kerana hajat yang benar–benar mendesak

Contoh keadaan memerlukan solat dijamak kerana hajat adalah apabila berdepan dengan keadaan yang memaksa untuk tidak dapat melakukan solat pada waktunya seperti doktor yang perlu melakukan pembedahan berjam-jam lamanya, seandainya beliau berhenti walaupun sebentar akan memudaratkan pesakitnya. Pelajar di luar negara yang menduduki perperiksaan atau terpaksa menghadiri kelas yang meliputi waktu solat yang pendek. Pegawai-pegawai keselamatan yang terpaksa mengawal sesuatu tempat dan keadaan tidak mengizinkan beliau meninggalkan kawasan jagaannya kerana kritikalnya suasana tersebut dan pelbagai lagi situasi seumpamanya.

Dalilnya adalah:

عن عبدالله بن شقيق، قال: خطبنا ابن عباس يوما بعد العصر حتى غربت الشمس وبدت النجوم. وجعل الناس يقولون: الصلاة. الصلاة. قال فجاءه رجل من بني تميم، لا يفتر ولا ينثني: الصلاة. الصلاة. فقال ابن عباس: أتعلمني بالسنة؟ لا أم لك! ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء.
قال عبدالله بن شقيق: فحاك في صدري من ذلك شيء. فأتيت أبا هريرة، فسألته، فصدق مقالته.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato (memberikan kuliah/syarahan) kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahihnya – hadis no: 705]

Riwayat di atas menjelaskan bahawa Ibnu Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah menjamakkan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui pidatonya/syarahan/kuliahnya itu. Dia mengetahui jika syarahannya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya (kebaikan – pent.). Menurut perkiraannya meneruskan syarahan dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak. [Lihat Koleksi Hadis Hukum, Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Penerbitan Bulan Bintang, jil. 4, ms. 350]

Syaikh Athiyah Saqr rahimahullah berkata:

“...Maka sekumpulan ulamak dari kalangan para imam telah bertindak mengambil zahir hadis Ibnu Abbas. Maka mereka mengharuskan mengerjakan jamak ketika hadar, iaitu tidak dalam musafir, hanya kerana hajat semata-mata. Tetapi dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai adat (kebiasaan atau kelaziman –pen). Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari mengatakan: Dan orang-orang yang berpendapat demikian ialah Ibnu Sirin, Rabi'ah, Ibnul Munzir dan al-Qaffal al-Kabir. Dan telah diriwayatkan oleh al-Khitabi dari satu jamaah dari kalangan ahli Hadis. Hujah mereka (mengharuskan perbuatan jamak kerana hajat itu) ialah untuk menafikan kepayahan selama di sana terdapat suatu hajat/keperluan, antaranya ialah seperti kesibukan Ibnu Abbas terhadap pidato/khutbahnya." [Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam, jil. 13, ms. 424-425]

Sumber : as-sahih

Ketawalah sepuasnya. Dan saya hanya mampu tersenyum tanpa anda sedari anda tertinggal sesuatu yang sangat penting. Kenapa tidak anda meletakkan tempat anda di tempat pesakit. Adakah anda akan memaafkan seorang petugas perawatan jika ibu bapa anda, saudara mara anda, sahabat serta insan yang anda kasihi MENINGGAL dengan alasan petugas itu ingin bersolat. Saya bukan menyatakan bahawa solat itu wajib ditangguh, tetapi sebagai seorang insan yang mana tangan kita mampu menyelamatkan nyawa insan lain, maka berfikirlah secara rasional. Allah itu Maha Mengetahui. Dia tidak akan menghukum kita seperti mana kita dengan begitu mudah menghukum kesalahan orang lain. Dan kerana itu, saya selalu beringat, jika terkadang saya bersalah dengan Allah, saya masih boleh bertaubat dan dengan zatNya yang Maha Menyayangi, Insyaallah taubat saya diterima.Tapi jika saya bersalah dengan manusia, dan maaf saya tidak diterima, itu akan melambatkan urusan saya di Padang Masyhar kelak.

Dan sekarang, saya ingin bertanya dimanakah slogan KAMI SEDIA MEMBANTU yang selalu anda laungkan. Fikirkanlah sebelum kita menerima balasan. Allah itu Maha Adil.





Continue Reading... Labels: ,


Logo Kolej Jururawat Masyarakat

4 comments

Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson


Sebagai panduan untuk diri sendiri dan orang lain yang memerlukan. Kerana setiap kali aku mencari logo kolej jururawat masyarakat port dickson, memang tidak akan dijumpai di mana mana laman web.




Continue Reading... Labels:


Selamat Menyambut Hari Jururawat - 12/5

0 comments

Selamat Menyambut Hari Jururawat kepada seluruh Jururawat di Malaysia, sama ada Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat, Jururawat Terlatih, Jururawatan Kesihatan, Jururawat Masyarakat Kanan, Jururawat Masyarat, Jururawat Pelatih dan Jururawat Masyarakat Pelatih.

Sebagai insan yang memegang prinsip Kami Sedia Membantu, diharapkan agar kita semua menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Tempatkan pesakit dan klien kita di tempat yang teratas. Niatkan di dalam hati, setiap kali kaki melangkah kerja, kita menjalankan tugas kerana Allah Swt. Insyaallah.. perjuangan kita dipermudahkan.

Doa ku buat rakan sperjuangan, kita hanya korbankan masa, tenaga, perasaan untuk hari ini demi kejayaan kita di masa depan. Sekali melangkah, jangan sesekali untuk mengalah.

Pesanan iklhas, tajaan daripada : Wann Nur Aliana Abdullah, Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson


Continue Reading... Labels:


Surat Untuk Ummi

3 comments

Ummi...
Disaat ini, tiada yang mampu aku ingat dan kenang selain darimu. Deritamu sepanjang melahirkan dan membesarkan aku. Ummi, adakah sudah tertulis di suratan takdir bahawa aku akan menyaksikan kesengsaraan wanita wanita yang melahirkan. Adakah memang aku di antara insan yang terpilih untuk melihat keagungan tuhan.Ummi, disaat ini, ketahuilah bahawa anak mu ini sedang bergelut dengan diri sendiri. Cuba mencari keserasian di tempat baru, cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kadang kala kan ummi, anak mu ini menangis, meratapi. Bahkan, ada ketika anak mu ini menyesali keputusan yang dibuat suatu ketika dahulu. Tidak sanggaup rasanya meninggalkan ummi di kejauhan, tak sanggup rasanya memandang Laut China Selatan yang memisahkan kita.


Ummi...
Kalau ku tahu dari awal penderitaanmu, tidak aku sanggup untuk melawan kata kata mu, bahkan tidak akan ku tinggikan suara ku kepadamu. Ummi, aku selalu menyaksikan, kesakitan yang para ibu tanggung sebelum melahirkan. Aku juga seringkali melihat, senyuman mereka bila melihat bayi yang dilahirkan dengan susah payah berada di depan mereka. Ya ummi, beberapa hari lepas, aku hampir menangis melihat seorang ibu yang kehilangan anak pertamanya. Aku tidak dapat membayangkan betapa kecewanya dia. 7 bulan ummi, dia mengandungkan bayi itu, 7 bulan dia membawa hatinya itu kemana mana, tapi bila di lahirkan. Sudahpun tiada nyawa. Ummi, aku menangis. Tiba tiba aku teringat pada anak anak yang tidak berdosa dibuang merata rata. Tiba tiba aku teringat akan jasad bayi yang dimakan oleh semut. Ummi, mereka sanggup membunuh kerana tidak mahu dipandang hina oleh masyarakat. Tapi, aku tidak pernah salahkan mereka. Aku juga tidak menyalahkan masyarakat. Sudah menjadi lumrah dunia, inginkan yang terbaik, tapi tetap melakukan perkara yang buruk.


Ummi...
Tahun ini, tiada apa yang mampu aku berikan kepadamu seperti tahun tahun yang lepas. Aku harap ummi mengerti. Tahun ini, mungkin juga aku tidak mampu untuk balik untuk menjengukmu. Maafkan aku ummi. Ummi.. selamat hari ibu. Terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik aku menjadi seorang insan.


Continue Reading... Labels:


Bagaimana untuk memadamkan border dalam imej. [How to delete image border]

0 comments

Border yang mengelilingi imej kadang kadang merimaskan dan mencacatkan pandangan. Apa kata, kita cuba untuk memadamkan border atau garis yang mengeliling imej tersebut.

Step 1. Pergi ke Dashboard, klik 'Design' > 'Edit Html' > Tandakan kotak 'Expand Widget Templates'.

Step 2. Cari kod dibawah ini dalam HTML anda : (Tekan Ctrl+F untuk memudahkan carian anda).


post img. {
padding: 4px;
}

atau ini:

img {
padding: 4px;
}

Step 3. Untuk memadamkan sempadan atau border yang mengelilingi imej, anda harus menambahkan kod ini di bawah kod hasil carian anda tadi :

border:0px;

Step 4. Klik Save Template

Jika, cara di atas tidak menjadi, anda boleh mencuba cara ini :


<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR-iZr_watR-AAdJyfR-fS_Np7CdJ5pabKM4gRE5lK0VIU_Bu9kzwbzGlEBbqZ3y15kYZBolmZF6aikXr4wY6CVbu93JBSSmmpH5kYWuR8Ao99h7wZKWOpDZSQEBjZZF-ybc22CV5B7-U/s1600/Love-2.gif" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR-iZr_watR-AAdJyfR-fS_Np7CdJ5pabKM4gRE5lK0VIU_Bu9kzwbzGlEBbqZ3y15kYZBolmZF6aikXr4wY6CVbu93JBSSmmpH5kYWuR8Ao99h7wZKWOpDZSQEBjZZF-ybc22CV5B7-U/s1600/Love-2.gif" /></a>



<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR-iZr_watR-AAdJyfR-fS_Np7CdJ5pabKM4gRE5lK0VIU_Bu9kzwbzGlEBbqZ3y15kYZBolmZF6aikXr4wY6CVbu93JBSSmmpH5kYWuR8Ao99h7wZKWOpDZSQEBjZZF-ybc22CV5B7-U/s1600/Love-2.gif" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR-iZr_watR-AAdJyfR-fS_Np7CdJ5pabKM4gRE5lK0VIU_Bu9kzwbzGlEBbqZ3y15kYZBolmZF6aikXr4wY6CVbu93JBSSmmpH5kYWuR8Ao99h7wZKWOpDZSQEBjZZF-ybc22CV5B7-U/s1600/Love-2.gif" / style="border: medium none;"></a>



Continue Reading... Labels:


Selamat Hari Guru!

1 comments


SaaT PeRtama kuJejaKkan Kaki..
MelangkaH lonGLai..
TanPa ku Tahu, kamu Ada di Situ untuKku..
kiNi BertaHUn telah BeRLalu...
Tapi, kaMU masIh dalam ingaTan ku...
KesaBaran dan KegigiHan mu dalam melayaN karenaH ku..
KemesRaanmu dalaM menaMbaT hati Ku..
TaNpa mu... beluM tenTu aku berdiRi meGah mendePani dunia..
Tanpa mu.. pasTi hidup Ku gelap gelita..
daRi ABC hingga ke suku kata,
123 hingga ke formula kuasa TigA..
haRi ini, aku MeliHat semakiN beraT dugaaNmu..
Di sana sini aKu melihat, anak didikMu semakin hilang arah tuju..
Aku Tahu, kamu pasti keCewa..
Tapi, Guru Ku.. aku pasti, masih Ada yang MengHargaimu..
dan orang itu Pasti Aku..
PeSan ku padaMu kesayanganku..
teRuskan perjuangaMu..
Kerana..
Tanpa Guru
Takkan ada seorang hakiM yang adil saksama
Takkan Ada seorang pemimpiN di atas singahsana
Takkan ada seorang saintis yang BijaKsana
Takkan ada juga seorang ulama 
Aku HanYa insaN biasa..
Melahirkan rasa Gembira
KeRana Kita PerNah berjumPa..
Terima kasiH CikGu..

Buat tatapan khas, Guru guru yang pernah mengajar Ceceliana Wann anak Jais di SK Batu 36 tahun 1995 hingga 2000, dan di SMK Luar Bandar Sibu dari tahun 2001 hingga 2005. Tidak lupa, khas Buat tenaga pengajar di Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson.
Continue Reading...


Jadi novelis?

0 comments

15.05.2011 [1.47pm]; Cerah; Port Dickson

Entah la kenapa. Tetiba hati ingin kembali menjadi penulis. Idea tu ada, cuma mahu mencuri masa untuk melakukan semuanya. Dah banyak tahun berhenti menulis. Aku masih belum pasti sama ada aku perlu atau tidak untuk meneruskannya. Hidup yang aman, kini mula berantakan balik. Gara gara kepulangan seorang member serumah dari Kuala Pilah. Aku rasa sangat sangat la tidak tenteram. Sakit ati pun ada. Grrrr..

Setakat nak berlagak baik, aku masih tak kisah. Tapi jangan sampai menganggu kehidupan aku. Tak kisah aku nak kawan dengan sapa ke, perangai aku macam mana ke. Sebab aku masih punya akal yang boleh membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.so,tak yah lah wat aku sakit ati ek. Coz aku memang tak suka ko dari awal lagi.ToLong La jauH daRi aKu.. NgAAA..
Continue Reading...


Selamat Tinggal Kuala Pilah

0 comments

01.05.2011 [11.43am]; Cerah; Port Dickson

Sudah 2 hari aku berada di PD. Balik semula ke kolej umpama balik ke rumah asal. Rindu nak bergolek di atas katil single. Hahaha.. Tapi, keseronokan berada di PD, tidak sama dengan kesedihan yang ada bila meninggalkan Kuala Pilah. Di Kuala Pilah, makan minum dijaga, pukul 7am sarapan pagi, 1pm lunch, 5pm dinner. Kat PD kena carik makan sendiri. Itu yang buat aku tidak betah. Wahahahaha...

Sepanjang aku ditempatkan di Unit Kesihatan Ibu dan Anak, Klinik Kesihatan Kuala Pilah,banyak pengalaman yang aku dapat. Bertemankan seorang pengajar yang baik hati, membuatkan aku selesa belajar di sana. Itu mungkin sesuatu yang aku tidak akan dapat jika aku berada di tempat lain. Oleh itu, Jutaan terima kasih diucapkan kepada Staff Nurse Lily Izwani (selaku tenaga pengajar), SN Zaini, SN Norzita, SN Nurul Huda, SN Asiah, SN Hayati, SN Azura, SN Roselaile, JM Nurhayati, JM NoorZaimah, JM Zurinal, JM Siti Aisyah, JM Zalina dan staff-staff Klinik Kesihatan Kuala Pilah (KKKP). 




Continue Reading... Labels:


IMUNISASI KANAK‐KANAK

comel
1 comments

Pengenalan

Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah
penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan.
Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut.
Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan
tidak membahayakan.

Berikut adalah jadual imunisasi yang disarankan oelh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk menjaminkan kesihatan anak anda, adalah lebih baik anda membawa mereka ke klinik mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Continue Reading... Labels: ,


Luka sekeping hati

1 comments

24.04.2011 [11.36 am]; Mendung ; Kuala Pilah

Cuaca semendung hati aku di kala ini. Hukhukhuk.. kesat air mata. Aku tak mampu nak mulakan dari mana.. Ceritanye bermula bila aku cuba menghubungi kawan lama, atas tiket yang aku gelar KAWAN. Aku mesej, bertanya kan khabar, tapi layanan yang aku terima sangat mengejutkan aku. Aku dikatakan punye sagalanya dan lupa diri dengan segala yang aku ada. Huh.. Sakit hati. Eh.. tak lah.. Aku terima dengan hati yang terbuka.


Aku hanya manusia biasa yang tidak mampu untuk sempurna. Banyak yang ingin aku sampaikan sehingga aku tidak tahu bagaimana. Dia tidak tahu apa yang aku korbankan, dia tidak tahu masa yang aku hilang. Mungkin, dia melihat aku ada kerjaya yang menjamin masa depan. Tapi dia tidak tahu, aku hanya seorang musafir yang terlantar keseorangan. Jauh dari ibu bapa, saudara mara. Memang, kerjaya yang ada sekarang ini nampak seolah olah berada dalam genggaman ku. Tapi, sayang dia tak tahu betapa aku berusaha untuk memastikan kerjaya yang aku impikan ini berada dalam tangan. Silap langkah, aku mungkin kecundang.

Mungkin dia mengenali masa silam ku. Tapi, sekarang, untuk menjadi yang terbaik belum lagi, tapi berubah untuk kebaikan, aku rasa aku sudahpun berada dilandasan yang betul. Terpulang lah kepada kamu untuk menilai aku siapa. Aku tak kisah. Sikit pun aku tak kisah. Benci lah aku sekiranya itu membahagiakan kamu, aku rela kamu benci aku.


Continue Reading... Labels:


Kenapa teh tarik dan Roti Canai?

1 comments

Aku suka. Itu saja jawapannye. Wakakakaka... Sakit ati tak? Sabar lah dulu.. Nasihat aku sebagai orang tua ni, kena lah diterima pakai walaupun sedikit. Dahulu, masa aku kecik kecik ( tingkatan lima), aku selalu dok lepak dengan ayah tiri aku dekat warung (masa tu aku kristian lagi). So, setiap kali melepak sesambil tengok tV, aku dan bapak aku order teh tarik dan roti canai. Sedap sampai kat semenanjung pun takda tau... Memanglah, bapak aku tertinggal kat seberang laut china selatan. Sebelum ni, aku memang banyak buat blog. Macam macam yang dah aku buat, tapi yang paling aku sayang adalah blog yang ini. Sekarang aku jauh ngan bapak aku. Aku tak pernah kol bapak aku sejak aku jauh ni. Dekat 4 tahun la. Bukan aku merajuk, tapi aku tak tahu nak cakap apa dengan dia. Huhu.. padahal dalam hati, aku sangat rindu kat dia. Aku cuma kol mak aku jew.

Orang kate, teh tarik menyebabkan kolestrol. Yeke? Entahlah, aku tak kisah.. Selagi aku boleh makan dan minum, aku akan minum sebelum Allah tarik balik nikmatnya itu. Heh heh hee...Meh, ape kate kita tengok macam mana buat teh tarik :p


Bahan-bahan ( 3 orang )

  • Serbuk wangi teh (cap istana atau apa2 pun boleh asalkan ada serbuk teh)
  • Susu cair
  • Condense milk
  • Air panas yg baru masak
  • Kain serbuk teh 

Cara-cara

  1. Letakkan 3 sudu besar serbuk teh dalam mangkuk dan tambahkan air dan masak sebentar.
  2. Tuangkan sedikit susu cair dan condense milk dlm tako air.
  3. Bila serbuk teh dah mengelegak, tuangkan ke dalam kain serbuk teh dan tuangkan kedalam teko yg dah diisi dengan susu.
  4. Tambahkan air panas dan kacau semua bahan ikut kemanisan masing2.
  5. Air panas yg digunakan mesti yg baru masak barulah rasa teh tarik nie sedap. Bila nak tuangkan dlm cawan tarik tinggi2 supaya dptkan buih. 


Continue Reading... Labels: ,


Persediaan Untuk Menjadi Jururawat Masyarakat

3 comments

17.04.2011 [Cerah] ; 12.58 pm ; Kuala Pilah

Untuk menghadiri sesuatu kursus terutamanya dalam bidang kejururawatan bukanlah sesuatu yang senang. Walaupun dibayar dengan elaun, langkah pada bulan pertama kena betul. Tak ramai yang menyeneraikan berapa duit mak bapak yang habis disaat tiga bulan pertama sebelum kemasukan elaun.

Antaranya ialah :
Duit makan (terpulang kepada kolej anda ditempatkan) : Rm 3.50 perday
Duit Kelas ( untuk potostat nota) : terpulang pada keperluan.
Duit peralatan : Rm45
Duit kiub (untuk komuniti) : Rm35
Uniform : Rm135
Buku : Rm340
Buku Agama : Rm12
Keperluan harian : Terpulang lah pada anda.

Jangan kata masuk kolej yang ditanggung kerajaan ni senang. Tidak. Masih sama, cuma dibayar elaun pada setiap bulan. (Setakat ini, aku tak dapat apa apa lagi duit) Malas aku nak cerita kenapa. Aku biarkan dulu. Aku takde masa nak dibuang untuk mencari punca kelambatan kemasukan elaun aku.

Kedua : Jangan sangka bila masuk ke kolej, anda bebas berkeliaran di sana sini. Owh.. tidak sama sekali. Peraturan yang sangat ketat dek gara gara suatu ketika dahulu, ada yang cuba mencemar maruah sebagai pelatih kejururawatan. Apa apa pun, setakat ini aku bersyukur dengan apa yang ada.

Continue Reading... Labels:


Wali Band Berhantu atau bela hantu?

0 comments


Opsss.. tajuk berani mati.. baik aku lari dulu sebelum kena tibai dengan fanatik Wali band. Wakakakaka.. Ada kesah?  Sebenarnya aku pun dah tangkap jatuh cinta dengan wali band. Bila aku dengar apa apa saja lagu yang dinyanyikan oleh Wali Band ni, memang aku terus jatuh minat. Walaupun sebenarnya aku cuba untuk menghindari dari meminati artis indonesia ni. Takde fekdah langsung. Masalahnya aku minat. Adui.

Senarai lagu wali band

Adinda
Aku Bukan Bang Toyib
Aku Bukan Taruhan
Aku Cinta Allah
Aku Sakit
Baik Baik Sayang
Cari Jodoh
Dik
Egokah Aku
Emang Dasar
Harga Diriku
Jangan Tuduh Aku
Jatuh Cinta
Jodi (Jomblo Ditinggal Mati)
Kekasih Halal
Ku Bangga
Kubangga
M.A.T.S.
Maafkan Aku Tak Setia
Mari Sholawat
Orang Bilang
Puaskah
Sahabat Aku Cinta
Sahabat...aku Cinta
Suka Atau Tidak
Tetap Bertahan
Tomat (Tobat Maksiat)
Tuhan
Ya Allah
Yank





Continue Reading... Labels:


Contoh Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains Dan Muzium Kesenian Islam Malaysia

LOL Smiley
36 comments

LAPORAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS DAN MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA



ANJURAN:
GERAK KERJA KELAB
KOLEJ JURURAWAT MASYARAKAT PORT DICKSON



Pengenalan

Program lawatan sambil belajar ke Petrosains adalah  merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk melaksanakan aktiviti kokrikulum bagi sesi Januari 2011. Ahli - ahli Perpustakaan Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson sesi Januari 2011 diharapkan dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada setiap peserta di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab apabila dilantik sebagai penjawat awam kelak.

Bagi memastikan program yang dirancang berjalan lancar, Gerak kerja Kelab telah membentuk satu organisasi yang diketuai oleh saudari Nurul Fatehah Binti Abd Wahab. Organisasi ini telah dipantau oleh Puan Koh Bee Toh selaku penasihat dan pembimbing dalam pengurusan serta pembentukan program ini. Selain itu diharapkan program ini dapat menjadi satu program yang berjalan dengan baik dan lancar.


Objektif


Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelatih, pengajar dan pihak pengurusan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Meningkatkan pemikiran teknologi dan inovasi dalam bidang kesihatan di kalangan pelatih.

Mendedahkan hubung kait antara kesihatan dan teknologi kepada pelatih.

Meningkatkan pengetahuan sains dan teknologi di kalangan pelatih.

Menerapkan amalan gaya hidup sihat di kalangan pelatih.



Pengenalan program
Program: Lawatan Sambil Belajar ke Petrosains
Anjuran: Gerak Kerja Kelab, Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson
Penyertaan: Ahli Perpustakaan Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson

    Program ini diadakan untuk mendekatkan pelatih, pengajar dan pengurusan aktiviti. Selain itu, dengan adanya program ini, diharap dapat melahirkan bakal Jururawat Masyarakat yang sihat ,mempunyai permikiran yang berinovasi dan kreativiti yang tinggi.

KUMPULAN SASARAN
Pelatih Kursus Jururawat Masyarakat
Anggaran peserta : 35 orang

TEMA PROGRAM
Kesihatan Menjana  Kecemerlangan Pelatih

LOKASI DAN MASA PROGAM
Lokasi    : Petrosains Suria Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur
Tarikh    : 26.03.2011
Hari        : Sabtu
Masa        : 7.00 am – 7.00 pm




CARTA ORGANISASI

PENAUNG                                     : PUAN AISHAH BINTI SEMAN
PENYELARAS PROGRAM          : PUAN KOH BEE TOH
PENGERUSI                                  : NURUL FATEHAH BINTI ABD WAHAB
NAIB PENGERUSI                        : NOR SHAKIRA BINTI ISMAIL
SETIAUSAHA                               : WANN NUR ALIANA ABDULLAH
BENDAHARI                                : JENNIFER ANAK KIDOK
NAIB BENDAHARI                     : HARDAWATI BINTI MAT KAHAR
AHLI JAWATANKUASA          : i) AJK KECERIAAN
                                                          RANEY ANDREYNI BINTI ABD SUKOR (KETUA)
                                                          FAZLIA BINTI RAJAK
                                                          NOR AMALINA BINTI GHAZALI
                                                          NOR ASMALIHAN BINTI M JAFAR

                                                      ii)     AJK KERBERSIHAN
                                                          NURUL ASHIKIN BINTI ADALAN (KETUA)
                                                          NORFADZIAN BINTI MOHD FADZIR
                                                          NORFAIZANI BINTI SAARI
                                                         NUR AZIAH BINTI A JALIL
                                                         NUR ZARWANI BINTI ABDUL MALIK KARIM ALLAH


                                                    iii)    AJK KESELAMATAN
                                                            AZIHAN BINTI OSMAN (KETUA)
                                                            NUR ZILA BINTI HARUN
                                                           ROSMAWATI BINTI WAHAB
                                                           SITI NOORIZAITUL AKMAL BINTI ISMAIL
                                                          SITI NUR FARHAN BINTI SHAARI

                                                  iv)    AJK PERALATAN
                                                         NOR FADZILAH BINTI YUSOF (KETUA)
                                                         SITI SURIATI BINTI ISMAIL
                                                        SITI ZULAIKHA BINTI GEZALI
                                                        ZUDIANI BINTI ZULKIPELI

MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA






PETROSAINS, KLCC
 


Penutup.

          Semoga perancangan dan pelaksanaan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan projek ini amatlah dialukan dan diiringi dengan ucapan jutaan terima kasih.       

Continue Reading... Labels: ,


 

Sharing Is Caring

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors