Tomakninah (Gilgamesh yang hilang)

nanges nanges buruk
3 comments

Memalukan. Itu yang mampu aku katakan. Selepas 3 tahun aku memilih Islam, aku masih lagi tidak tahu maksud tomakninah. Aku tercabar, tersedar dari lena yang panjang. Ceritanya begini, aku berdebat dengan seseorang tentang sesuatu perkara, akhirnya dia mengalah dan berkata :

“Malaslah nak layan orang yang tiada tomakninah seperti awak ni”

Aku buat tak reti kerana memang aku tidak faham. Dan akhirnya, disebabkan perasaan ingin tahu itu amat kuat, aku bertanya pada somebody tentang tomakninah. Jawapannya membuatkan aku terkesima.

Tak pernah baca buku sembahyang ke?” “Takkan solat selama ini tengok dan dengar saja”

Aku hampir menangis. Keadaannya sama ketika kali pertama aku melihat zikir munajat dalam tulisan arab yang Ustazah Zainah bagi semasa kelas agama di kolej aku pada 18 Januari 2011 yang lepas. Aku masih ingat lagi bila semua orang memandang aku yang sedang menangis memegang kertas tanpa mengetahui siapakah aku pada masa itu. Dan pada masa itu aku sangat rindukan para ustazah ustazah yang mengajar dan mendidik aku semasa berada di JAWI Putrajaya. Fahamkah mereka apa perasaan aku masa itu? Tidak, mereka tidak faham, kerana mereka diajar tentang Islam sejak lahir. Mereka dididik dengan cara Islam sejak kecil. Mereka tidak berada di tempat aku. Aku yang mencari sendiri kelebihan Islam itu apa, mencari sendiri makna Islam. Aku akui, aku bukannya sempurna seperti wanita Islam yang lain, dan itu membuatkan aku rasa sangat rendah diri. Aku terfikir pada satu nama saja yang boleh tolong aku pada masa itu. Cuma aku tidak pasti, adakah dia masih ingat pada aku. Dek kerana ingin tahu, aku gagahkan jua tanganku menaip bait bait pertanyaan. Tidak sampai lima minit, handphone aku berbunyi :

Berhenti seketika. Time ruku’ atau sujud awak baca subhanallah 1x kali da kira tomakninah da”

Jawapannya membuatkan mata ku bergenang. Dia masih lagi sama seperti  6 tahun yang lepas. Itu yang aku ingin. Jawapan. Bukannya satu pertanyaan yang mempersoalkan tentang ibadahku. Aku tahu dalam setiap ruku’ atau sujud kena berhenti seketika, tapi aku tak tahu itu yang dipanggil tomakninah. Seingat aku, buku buku yang aku baca (setakat ni dua termasuk dengan buku yang aku ceraikan untuk belajar solat buat kali pertama.) tiada pula menyebut perkataan tomakninah. Mungkin para ustazah ada menyebut, dan mungkin aku tidak pernah mendengarnya. Di atas kesempatan itu, aku bertanya tentang kehidupannya, studynya, masa lapangnya selepas ketiadaan aku. Jika dahulu, dia sanggup membawa motosikalnya dari Kuantan ke Putrajaya semata mata kerana tak inginkan aku keseorangan, sekarang dia penuhi masa masanya dengan keagamaan. Sesungguhnya dia memang orang yang sama. Lalu aku bertanya lagi, masih adakah namaku dalam setiap doanya?

ada.. kenapa pula tiada” “Awak adalah orang yang menghargai Islam, Jika tidak awak tidak akan masuk Islam. Mendoakan awak adalah yang terbaik yang boleh saya bagi kat awak”

Aku takut sebenarnya, aku takut bila disaat aku memerlukan tiada orang yang tahu apa yang aku perlukan. Doa dia selama ini yang selalu aku harapkan, dan dia masih lagi mengingati aku. Itu yang buat aku rasa sangat bersalah terhadapnya selama ini. Kalau masa boleh diundur dan diputarkan semula, aku tidak ingin menghantar email sebegitu. Tapi, bila dikenang balik, saat saat itu lah yang paling terindah yang aku ada. Online di McDonald sambil ditemani Hera. Membaca emailnya, menunggu balasan email yang berikutnya. Memang sangat membahagiakan. Tapi itu sekadar kenangan, aku masih belum cukup baik untuk berdampingan dengannya. Lalu aku mengambil keputusan yang sangat melukakannya. Aku tahu, mungkin sukar untuk aku dapatkan orang sepertinya nanti, tapi biarlah aku bertatih untuk mengenali dunia. Dia memangnya tiada ganti, sopan dan lemah lembut. Cuma aku perlukan orang yang mampu mengawal aku. Maafkan aku sahabat kerana hadir dalam hidup mu semata mata untuk melukakanmu. Semata mata datang untuk membawa khabar duka. Tapi, kadang kadang, aku hanya ada kamu yang memahami aku, terutamanya tentang kejahilan ku dalam mengenali agama baru ku ini.

Andai suatu hari nanti, kamu bertemu dengan teman hidupmu, dan tidak dapat melayan aku seperti sekarang, aku masih memohon, jangan lupa doakan aku agar aku mati dalam Islam. Ada jodoh, aku berharap kita akan bertemu lagi, mungkin sebagai seorang sahabat yang saling memerlukan. Di saat itu, aku berjanji, aku akan lakukan apa saja demi kebahagiaanmu, seperti mana yang kamu lakukan untukku. Jika semua orang menyatakan meyayangi aku, aku hanya akan percaya pada kamu dan mak saja yang benar benar memaksudkan menyayangi aku. Banyak yang ingin aku cerita tentang kehidupan aku sekarang, tapi ada yang terpaksa aku sembunyikan. Aku masih ingin menjadi budak baik di hadapan mu. Nanti akan ku kirimkan berita.

Sampai di sini. Walau apa pun yang akan terjadi pada masa yang akan datang, aku masih lagi c Snow yang mengharapkan bimbingan Gilgamesh. Terima kasih kerana mempertemukan aku dengan Islam terlebih dahulu sebelum aku berjumpa dengan muslim. Seandainya aku terjumpa muslim dahulu, nescaya sekarang aku tidak akan menyintai Islam. Tentang tomakninah, selepas aku bertanya pada mu, dan selepas aku mendapat jawapannya, aku ada bertanya kepada seseorang (yang pasti Islam) dan dia menjawap dia tidak tahu. Jadi, aku masih tidak bersalah kerana tidak mengetahui tomakninah itu apa. Dan tidak adil untuk bertanyakan soalan sama ada aku pernah atau tidak pernah membaca buku sembahyang kan?

Jika ditanya, siapa orang yang paling aku kasihi, aku akan jawap diriku sendiri, siapa orang yang paling aku hormati, mak ku, siapakah orang yang paling aku takut kehilangannya, sudah pasti aku akan menjawap kamu. Kita renggang, tapi aku tahu, setiap permasalahan aku, kamu cuba yang terbaik untuk selesaikannya. Terima kasih kerana tidak pernah membuangku dari hidupmu. ><



Continue Reading... Labels: , ,


Suami Orang

confiusla
5 comments

Suami orang. 

Entah dari mana aku punya kekuatan untuk menulis segala yang agak merapu. Ada kisahnya kenapa tiba tiba keluar entry yang sebegini rupa. Pertama sekali, aku ingin bertanya, apa yang tidak kita kongsikan bersama orang lain? Mungkin baju, tuala, teddy bear atau barangan yang kita labelkan sebagai peribadi. Berapa banyak benda yang kita tidak kongsikan daripada benda yang kita kongsi? Kita berkongsi mak dan ayah dengan adik beradik kita, kita berkongsi udara, cahaya, air dengan orang luar, kita berkongsi perhentian bas, kita berkongsi lift pejabat. Dalam dalam kebanyakkan keadaan, kita ditakdirkan berkongsi, jadi persoalannya, kenapakah ramai wanita yang tidak sanggup berkongsi suami dengan wanita lain? Adakah suami itu hak peribadi? Bukankah suami itu juga dikongsi dengan bos suami, atau mak ayah suami. Mereka (para isteri) lebih rela menyerang (?) atau memberi amaran kepada wanita lain agar tidak menganggu suami mereka, tanpa mereka sedar, sang suami yang menagih kasih. Tapi bak kata pepatah orang dulu dulu, kalau tiada angin, manakan pokok nak bergoyang. Ya tak? Heh heh… Kenapa dibiarkan suami dikalungi noda? Dek kerana hendak menjaga hati isteri, sang suami sanggup bertemu dengan kekasih hati secara curi curi. Dosa maksiat satu, tambah lagi satu dosa kerana menipu. Sanggupkah kita menjawap jika ditanya Mungkar dan Nangkir tentang kewajipan kita?

Orang kata, menyebut tentang sesuatu perkara memang senang. Kalau kena batang hidung sendiri, tanggunglah. Bagaimana kalau aku dalam keadaan yang sebegitu? ~~~~~ (terdiam agak lama) Aku cemburu. Aku akui aku cemburu dan sakit hati, tapi sejauh mana cemburu dan sakit hati itu membawa dan memandu kehidupan aku. Aku akan tanya, benarkah suami ku menyintai aku, menyintai perempuan itu, atas dasar apa suami aku jatuh cinta, adakah aku tidak cukup baik, tidak cukup sempurna untuknya sehingga ruang hati nya masih kosong. Dan jika suami masih mempertahankan dia inginkan perempuan itu, maka pergilah. Aku tidak sanggup untuk menjawab di akhirat nanti. Biarlah aku mengalah di dunia yang fana ini. Biarlah cinta dan kasih sayang ku dikongsi dengan orang lain, asalkan kehidupan aku di akhirat nanti terjamin.

Biasanya, bila bercinta dengan suami orang, kita akan dituduh sebagai perosak rumah tangga orang. Ehem.. aku tidak nafikan memang ada perempuan yang sebegitu. Tapi pernahkah kita teliti dan perhatikan diri sendiri kenapa suami kita beralih arah kepada orang lain. Cukup sempurnakah kita? Atau sekadar merimaskan? Cukup kah kita memahami suami, atau sekadar beban? Layakkah kita menghukum dan menuduh orang lain tanpa kita memandang diri kita sendiri? Layakkah kita menuding jari menyalahkan orang lain sedang terang dan nyata diri kita yang patut diperbetulkan terlebih dahulu?

Cinta datang tanpa mengenal usia, pangkat, darjat atau status. Kadang kadang itu yang kita tidak faham. Ada orang yang bercerai berai kerana gagal memahami cinta. Ego mempertahankan maruah masing masing kononnya. Sudahnya, anak ke mana, isteri ke mana. Wahai lelaki, sebelum memberi harapan, cermin diri sendiri, mampukah berkongsi hati dan perasaan? Mampukah berlaku adil dari segi zahir dan batin? Mampukah belikan setiap isteri yang ada tu kereta seorang satu? Rumah seorang satu? Mampukah menangani sikap sikap isteri? Perempuan, walaupun berbeza, cemburunya tetap sama. Cuma sama ada mereka tunjuk atau tidak.

Jadi sebelum terlambat, fikirkanlah. Kadang kadang perilaku kita tidak dapat ditarik kembali. Perbuatan kita tidak akan dilupakan hanya dengan perkataan maaf.

Salam sayang dari kejauhan.



Continue Reading... Labels: ,


Siapakah aku dihati seorang manusia?

0 comments

Hanya itu saja yang mampu aku katakan. kadang kala aku tidak mampu untuk memahami sesiapa. kadang kala aku terpaksa melukai hati sendiri demi menjaga hati orang lain. kadang kala aku terpaksa berpura demi orang sekeliling. Kenapa aku tidak boleh menjadi diri sendiri? Kenapa harus aku menjadi seperti yang orang lain inginkan.Aku sentiasa mengalah dan salah dalam semua hal. Tak pe. Biar saja

Continue Reading...


Bingkisan 'silent reader' untuk Hero

0 comments

Aku 'kabur'. Pada mulanya aku nak tulis cerita berkenaan dengan kucing yang aku jumpa dalam Mastika hari ni. Kucing tu pernah aku jumpa secara tidak sengaja 2 tahun lepas. Masa tu memang tangkap leleh punye la. Dan aku adalah di antara orang yang mendoakan kesejahteraan insan mulia itu.

Hari ini.. aku kembali meniti hari hari mereka. Saudara mara Hero bertambah. Dan aku tidak sanggup nak copy paste cerita berkenaan dengannya. Biarlah orang tahu dari cerita yang asal dan bukan yang aku olah. Akhirnya, idea yang tadi nya bertimbun timbun hilang sebegitu saja dek kerana cerita dan penulisan tuan punye Hero. Huhu...

Aku tak pernah berniat nak kenal tuan punye dia.. Tapi hari ni aku sekali lagi secara tak sengaja terjumpa lagi cerita berkenaan dengannya. Hurmm.. satu je yang aku berani nak komen.. Orang rumah dia memang cantik...Heehe


Continue Reading... Labels:


Bila Jururawat menjadi pembunuh

4 comments

Sedih dan sakit hati. Macam macam perasaan lagi yang tidak dapat aku gambarkan. Pertama sekali ingin aku nyatakan aku masih ada perikemanusian. Eish.. rasa menyesal pulak bila aku beria ia ingin membantu. Sehingga sekarang keadaan petang tadi menghantui aku.

Ingatlah wahai jururawat dan bakal jururawat. Pertama, apakah niat anda bila anda berada dalam bidang perawatan? Anda bukan doktor ya. Anda hanya JURURAWAT yang saya amat pasti anda diajar tentang SOPAN, SABAR dan LEMBUT. Kedua, adakah anda bekerja hanya semata mata mengharapkan gaji hujung bulan?! Anda jangan lupa, Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya membayar gaji anda untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. Ni tak, anda sibuk inginkan kenaikan pangkat, kenaikan gaji, kenaikan elaun, tanpa anda sendiri MENAIKKAN MUTU KERJA anda.

Ee..pendek kata.. GERAM yang teramat sangat. Kenapa? Okay.. ceritanya begini... Hari ni aku adalah salah seorang menyaksikan kekejaman (?) seorang jururawat. Ibu yang sedang sarat mengandung, yang menanggung kesakitan yang teramat sangat, ditengking, diperlakukan ibarat patung, peut ditolak dengan kasar. Ish.. aku tak tahan. Sejahat jahat aku, aku masih boleh tersenyum bila pesakit marah aku. Sebab aku tahu keadaan mereka.

Jadi kepada yang baru nak mengisi borang SPA untuk pemohonan jururawat tu, pertimbangkan semula niat anda. Jangan menjadi seorang jururawat yang hanya mengharapkan gaji hujung bulan. Di tangan anda ada nyawa yang perlukan kasih sayang anda, kesabaran anda, keprihatinan anda. Jika anda rasa anda tidak mampu, better anda mohon menjadi Pembantu Tadbir.. Gaji lebih kurang je dengan jururawat. Selalu pergi outstation, seronok ape... jangan membahayakan nyawa orang lain dengan sikap anda yang tidak serupa manusia.



Kepada yang berkenaan, saya harapkan satu, semoga ada kesedaran pada suatu hari nanti. Jangan lupa, dunia ni bulat, bukannya segitiga atau segiempat. Ada masa anda akan merasa juga, saat itu anda jangan cuba menyalahkan orang lain, ingat apa yang anda telah lakukan. Kerjaya anda, membawa pahala yang sangat besar, namun beban dosa sentiasa menunggu jika niat anda tersasar, sabar anda terlantar.

Kepada yang teraniaya, maaf kupohonkan sebagai wakil rakan setugas dari bidang perawatan. Semoga anda diluar sana menjaga kesihatan dengan baik. Hargai masa sihat anda sebelum sakit. Maafkan kami, kerana kami jua manusia biasa yang selalunya silap dalam berperilaku dan berkata kata.

Sekian..

Salam sayang dari insan kejauhan


Continue Reading... Labels:


Maafkan aku ibu

3 comments

Alangkah sebaknya jiwa bila aku seorang anak yang tidak mampu mengesat air mata mu dikala dirimu bersedih. Meruntunnya jiwa untuk kembali ke tanah air semata mata untuk melihat wajah tuamu. Menenangkan hatimu walau seketika, memujuk laranya jiwamu di atas sengketa yang tidak pernah dirimu pinta. Ibu, aku anakmu yang lemah tidak berdaya, aku tidak mampu menyokong mu dikala dirimu lemah rebah tidak bermaya. Maafkan aku ibu. Semampu yang boleh aku cuba mencari jalan untuk menjenguk dirimu disana, tidak sanggup lagi aku mendengar dirimu dicaci dan dihina sebegitu rupa. Yang salah itu aku, yang jahat itu juga aku, kenapa mereka tega untuk terus menghukum mu.

Ibu yang tersayang,

Hanya disini saja tempat aku meluahkan rasa, tempat yang tiada siapa kenal diriku mahupun dirimu. Tiada siapa yang faham betapa hancurnya hati aku dikala ini diatas kedaifan diri. Sungguh tidak aku sangka, seorang saudara yang aku harapkan untuk menjaga dikala ibu kesusahan disaat aku dikejauhan, rupanya itulah racun yang memamah usia tuamu. Maafkan aku ibu. Maafkan aku kerana tidak berdaya mempertahankan kamu, maafkan aku kerana terlalu jauh darimu, maafkan aku kerana menjadi anak yang jahat, yang orang lain hina ke mana saja. Maafkan ketidakberdayaan aku ibu.

Ibu yang dikasihi,

Aku hanya mampu menahan pahitnya bila dirimu bercerita tentang betapa susahnya hidupmu di sana. Aku hanya mampu mendengar bila dirimu berkata bekalan makanan mu terputus sejak beberapa hari sehingga dirimu terpaksa berhutang dengan orang lain. Yang mana, hutang itu dicanang ke seluruh pelusuk alam. Aku faham betapa malu nya dirimu berhadapan dengan keadaan sebegitu. Kenapa tidak ibu minta saja kepada ku? Mungkin aku tidak mampu untuk memberi belanja yang secukupnya kepada ibu, tapi biarlah aku yang menahan derita dari aku mendengar segala cerita yang menyebakkan dada itu. Maafkan aku ibu.

Ibu yang tersayang,

Janganlah lagi sibuk dengan urusan orang lain. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Aku tidak sanggup untuk mendengar deritamu tanpa aku mampu menghulurkan walau sebelah tangan. Ibu, aku baru saja melihat harga tiket flight. Maafkan aku ibu, aku tengah mencari wang untuk aku menjengukmu walau seketika. Aku tidak tahu pada siapa harus aku minta tolong. Tapi, aku akan berusaha. Ibu, aku telah pun berjanji, disetiap helaian muka surat nota dan buku yang aku selak, adalah segenggam sijil yang akan aku bawa pulang untukmu. Setahun 10 bulan lagi, bersabarlah ibu. Setiap tangan yang melakukan kerja ini, aku iringkan dengan niat, pertolongan yang aku hulurkan kepada orang orang disini, semoga Allah sampaikannya kepadamu. Dan bila dirimu dalam kesusahan, semoga Allah menghadirkan insan lain untuk menolongmu sebagai ganti diriku yang dikejauhan. Maafkan aku ibu.

Ibu yang dirindui,

Maafkan aku jika suatu ketika dahulu aku mengeluh kerana tidak pernah merasa kasih sayang mu. Disaat dirimu keluar siang dan malam, mencari rezeki, aku keseorangan bertemankan nenek tanpa merasa kasih sayang seorang ibu, aku hanya mampu melihat apabila orang lain dihantar ke sekolah oleh ibu mereka, dan aku cemburu. Tapi ibu, semua itu menjadikan aku berdikari, menjadikan aku biasa hidup sendiri. Cuma sayangnya, aku meletakkan kepercayaan pada orang yang salah. Kepercayaan yang menyebabkan aku terlantar di dunia orang tanpa dapat membantumu disaat dirimu kesusahan. Maafkan aku ibu.

Ibu...

Aku tidak pernah menyatakannya didepanmu... tapi disini, aku ingin dirimu tahu, bahawa aku, Ceceliana Wann Jais @ Wann Nur Aliana Abdullah, sangat bangga dan berterima kasih kerana masih mempunyai seorang ibu sepertimu. Tidak mengapa jika aku dihina sedemikian rupa. Allah itu maha Adil ibu, suatu masa, mereka akan tahu betapa doa doa orang teraniaya ini sangat mudah diperkenankan.

Untuk kesekian kali, maafkan aku kerana gagal menjadi anakmu yang mampu untuk menyokongmu.
Continue Reading... Labels:


Spammer.. yahoo mail kena ceroboh

3 comments

Dek kerana gatal tangan reply mesej spammer, tak sedar pulak aku selama ni yahoo mail aku digunakan oleh spammer yang tak reti bahasa nak hormat privasi orang lain. Nasib baik lah jugak email tu hanya digunakan untuk benda yang mengarut je.. aku ada berpuluh email.. yang mana sampai aku lupe address nye... huhuhu...

Yang aku buka selalu gmail. Sebab aku nak tengok status blog aku. Yahoo hanya untuk FB je pun. GERAMNYE
Continue Reading...


Semalam

3 comments

Andai semalam adalah cinta..
masih adakah kau berada di sana...
Andai semalam adalah rindu..
Masih adakah serpihan untukku..
Tidak mengapa jika semuanya tiada..
Aku telah pun terbiasa dengan keadaan yang sama
Biarlah...
Biar Luncai dengan labunya
Biar Mat Jenin dengan pokok kelapanya...
Aku cuma manusia biasa...
Adakala silap meneka..
Adakala salah menduga....

Continue Reading... Labels: ,


Cinta

0 comments

Cinta itu subjektif. Masing masing ada perspektif yang tersendiri tentang cinta. Bagi aku remaja yang yang berapa yang nak remaja ni... Cinta hanya layak untuk orang yang kenal cinta, tahu nilai cinta, tahu harga cinta.. Tahu nilai setia dan kejujuran. Kenapa lah aku merepek tentang cinta malam malam bute macam ni. Entah, aku semakin hari semakin tak centre. Otak semakin tak betul. Dan akhirnya ini lah yang terjadi. Bagi orang yang tak layak mendapat cinta seperti aku ni.. begitu lah.. aku hanya setia pada benda yang tidak bernyawa. Kenapa agaknya. Benda yang tak bernyawa tu takkan melukakan hati aku, takkan mengkhianati aku, jauh sekali meragui aku. Aku tahu benda yang tak bernyawa ni takkan buang aku selagi aku tak buang dia. Bestkan.

Hurm.. itu lah cinta.. sekarang ni aku cuma cintakan benda yang tak bernyawa.. hatta kaktus ngan kura kura pon aku malas nak jatuh cinta. Kang mati, aku pulak yang merana. Huhuhu.. baik aku dok dengan dunia aku yang tersendiri.. aman dan damai... peacefull.. muahahaha...

Continue Reading... Labels:


laptop kesayanganku

0 comments

Cuba publish melalui ipad... And i prefer laptop. Huhu.. Cuti tanpa laptop memang sangat menyeksakan. Laptop aku ada problem.. Ntah macam mana apek kedai tu format aku punye nyawa tu aku tak tau... Tension gak kadang kadang kalau nak menaip ngan touchscreen ni.. Sensitive sangat. Tapi yang bestnye... Aku leh maen game di hari raya ni.. Wakakaka.. Kalau orang lain berhari raye, aku pulak dok melepak sambil mengenangkan nasib laptop aku yang hampir menjadi jenazah tak lama lagi (arghh.. Tension sebab dua tiga kali terpaksa menekan backspace ni)... Hadoi..

Cuti tak lama... Seminggu jew pun. Tak puas nak tido. Heh heh.. Pasni kena posting ke tempat praktikal, entah apa yang menanti aku di wad pasni. Aku tak kisah yang penting, aku nak kejar 'cross' aku. Antara 179 pelatih, aku la yang paling sedikit dapat cross memandangkan aku selalu 'hilang' dari wad. Bola punye pasal... Sekarang ni aku terpaksa bekerja keras, tapi sebelum tu... Aku nak menikmati cuti aku.. Heh heh.








Continue Reading...


Believe

0 comments

 
 
 
How can I believe when "lie" just lies in the center of "believe"?
How can I Love when there is "over" in "Lover"?
How can I be friends with anyone when we know "end" is there in "friend"?
How can I trust anyone when there is "rust" in "Trust"?
How can I live a life when there is "if" in "life"?
........ALLAH has "ALL" in Him, therefore,
I trust, love & believe in ALLAH being the best of ALL"Allah is sufficient for us and He is the Best Guardian"




Continue Reading...


Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson BANJIR

7 comments

Untuk pertama kalinya setelah enam bulan aku berada di Kolej Jururawat Masyarakat, aku dikejutkan dengan kejadian banjir yang tidak seberapa teruk. Padahal, kampung halaman aku sendiri sedang mengalami kemarau. Pelikkan dunia ini. Kejadian yang tidak terduga itu hanya terjadi kerana 2 jam hujan tanpa henti. Agaknya kalau 1 hari, tenggelam kot kolej aku ni.

Begini lah keadaan banjir yang terjadi di Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson.
Continue Reading... Labels:


Facebook Manager

2 comments

Mempunyai dua atau lebih akaun FB? Ingin melihat gambar hanya dengan meletakkan mouse di atas gambar? Atau sekadar ingin mencuba sesuatu yang baru?

Step 1 : Download Greasemonkey di sini.

Step 2 : Kemudian download dan install Facebook Manager disini.

Step 3 : Restart browser anda. Selamat berjaya.

Continue Reading... Labels:


Aku dan Bola

1 comments

Aku dan bola. Aku tidak tahu dari mana harus bermula., cuma yang pasti, aku mula kenal bola sejak berumur 12 tahun. Main bola sepak dengan rakan sekelas dan posisi kegemaran aku adalah goal keeper. Sebab tak banyak bergerak. Haha.. Dan aku memang sukakan bola sejak dari saat itu.

Sekarang, aku baru terasa, sebagai seorang goal keeper, sebenarnya aku memikul tanggungjawap yang sangat besar. Harapan terakhir tergalas di bahu aku. Kalau aku tidak mampu mempertahankannya, maka kalah la pasukan. Nak buat macam mana. Kalau kalah, memang kesalahan akan terletak di bahu seorang goal keeper. Huhu.. Susah nak terima hakikat. Lebih lebih lagi bila berhadapan dengan pemain yang tidak serasi dengan corak permainan.


Team Futsal dari Zon Selatan, dan aku salah seorang daripadanya. Yang lain dari kolej yang berbeza. 


Aku dan rakan rakan dari negeri kelahiran aku. Sarawak Bumi Kenyalang. Siap ada maskot sekali. Sayangnya aku tidak berkesempatan untuk mengenali siapakah wajah di sebalik maskot itu.


Juga bersama skuad dari Sarawak. Kenangan yang paling indah yang pernah aku lakarkan sepanjang penglibatan aku dalam sukan.



Continue Reading... Labels:


Makna RIndu Erti Sayang

0 comments

 05.06.2011 [5.56pm] ; Cerah; Port Dickson

Jika semalam aku merasakan aku boleh hidup tanpa dia. Memang jawapannya YA. Tapi sebenarnya, semakin hari aku rasakan semakin kosong. Mungkin aku boleh bergembira, walau sebenarnya aku tercari bayangannya. Persahabatan dalam masa yang sangat lama tanpa sengketa menyebabkan aku semakin sukar untuk melupakan. Tambahan lagi bila aku semakin bermasalah sekarang ini. Maafkan aku sahabat kerana pernah melukakan mu.Maafkan jua kerana pernah memberi harapan palsu. Sungguh aku tidak menyangka semuanya akan berakhir begini. Sehingga hari ini, aku masih lagi menyesali.

Orang kata, tulisan aku skema. Hahaha.. Nak buat macam mana, aku memang begitu. Walau tuannya tunggang terbalik. Apa yang aku merepek ni? Sebenarnya kepala aku tengah kosong sekarang ni. Macam macam benda terjadi, yang aku buat tak peduli. Malas nak layan sebenarnya. Wat sakit pale otak je. Better aku tido. Hak hak hak.


Continue Reading... Labels:


Contoh Surat Permohonan

2 comments

Nur Anis Binti Mahamad Pazin,
Setiausaha Biro Sukan,
Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson,
KM. 11, Jalan Pantai,
71050 Si Rusa, Port Dickson,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS



Puan Aishah Bt Seman,
Timbalan Pengarah Akademik,
Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson,
KM.11, JalanPantai,
71050 Si Rusa,Port Dickson,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Puan ,                                                                                                           24 Januari 2011
MEMOHON PERALATAN DAN VIDEO/CAMERA UTK KEGUNAAN PROGRAM PENDAKIAN GUNUNG DATOK REMBAU,NEGERI SEMBILAN.

Merujuk perkara di atas, Saya jururawat masyarakat pelatih yang bernama Nur Anis Binti Mahamad Pazin selaku setiausaha bagi Biro Sukan ingin memohon peralatan yang diperlukan untuk  program ini daripada pihak puan bagi memudahkan perjalanan aktiviti pendakian.Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :
1.      Kamera / video 
2.      Peralatan perkhemahan
3.      Payung

2.          Untuk makluman pihak puan, aktiviti ini akan dijalankan pada 29 Januari 2011 iaitu pada hari Sabtu. Aktiviti ini akan disertai oleh seramai 151 orang pelatih daripada Kumpulan Januari 2011 dengan diiringi oleh 10 orang fasilitator. Aktiviti ini akan bermula pada jam 6.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.

3.          Oleh yang demikian, saya sebagai wakil dari Kumpulan Januari 2011 amatlah berharap agar pihak puan dapat meluluskan permohonan ini. Kerjasama daripada pihak puan amatlah  kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,terimakasih.

Yang Benar,

……………………………………………..
(JMP NUR ANIS BINTI MAHAMAD PAZIN)
Setiausaha Biro Sukan,
Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson.
Continue Reading... Labels:


Tanggungjawap Jururawat

3 comments


Sama ada anda seorang pelatih jururawat kerajaan atau swasta, anda kena perlu tahu kenapa tiba tiba artikel ini ada dalam blog saya pada hari ini.Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri, kenapa anda berada dalam bidang ini? Adakah kerana anda terdesak? Tak kira lah anda terdesak dengan keluarga ke atau dengan perkara lain. Yang mana paling tepat untuk pelatih kerajaan, kerana jawatan anda sekarang boleh dikatakan sebagai menjamin masa depan. Pernahkah anda terfikir yang anda tidak pernah ihklas melakukan tugas? Jika ya, sayang sekali. Anda sebagai insan yang terpilih untuk melakukan jasa menjadikan tugas anda tempat di mana anda mengumpul dosa. Bukankah itu sesuatu yang merugikan.

Kenapa saya bercerita tentang sesuatu yang selama ini tidak pernah saya ceritakan? Saya sakit hati. Ya. Sangat sakit hati, bukan kerana sakit hati kerana pertolongan yang saya minta dari rakan pelatih ditolak, tapi sakit hati mengenangkan sikap pelatih yang ambil sambil lewa tentang keadaan dan nyawa seorang pesakit. Dalam situasi saya, di mana pertukaran shift berlaku, saya yang cuba untuk tidak ditinggalkan bas, meminta seorang rakan yang bekerja di shift petang yang bermula pada pukul 2pm untuk menggantikan tempat saya. Senangnya jawapan dia "SAYA NAK Solat" Memang sudah masuk waktu zohor pada waktu itu. Tetapi pesakit yang saya minta tolong sedang mengalami Postpartum hemorrhage (PPH)atau dikenali sebagai pendarahan selepas melahirkan yang mana darah yang keluar melebihi 500 cc.Saya tak minta dia jaga pesakit tu 24 hours, yang saya nak dia assist doktor untuk beberapa minit. Saya menjawap "Awak boleh solat pukul 3pm" dan dalam hati menambah, nyawa pesakit belum tentu dapat sampai ke jam itu.Sayang, anda sebagai orang Islam yang dilahirkan secara Islam belum dapat mengenal agama anda yang indah itu. Sangat mendukacitakan. Saya masih teringat pada seorang kawan (Islam sejak lahir) dimana beliau mentertawakan saya apabila saya berkata seorang doktor boleh menjamakkan solatnya.Nah. Ini faktanya.

[3] - Jamak kerana hajat yang benar–benar mendesak

Contoh keadaan memerlukan solat dijamak kerana hajat adalah apabila berdepan dengan keadaan yang memaksa untuk tidak dapat melakukan solat pada waktunya seperti doktor yang perlu melakukan pembedahan berjam-jam lamanya, seandainya beliau berhenti walaupun sebentar akan memudaratkan pesakitnya. Pelajar di luar negara yang menduduki perperiksaan atau terpaksa menghadiri kelas yang meliputi waktu solat yang pendek. Pegawai-pegawai keselamatan yang terpaksa mengawal sesuatu tempat dan keadaan tidak mengizinkan beliau meninggalkan kawasan jagaannya kerana kritikalnya suasana tersebut dan pelbagai lagi situasi seumpamanya.

Dalilnya adalah:

عن عبدالله بن شقيق، قال: خطبنا ابن عباس يوما بعد العصر حتى غربت الشمس وبدت النجوم. وجعل الناس يقولون: الصلاة. الصلاة. قال فجاءه رجل من بني تميم، لا يفتر ولا ينثني: الصلاة. الصلاة. فقال ابن عباس: أتعلمني بالسنة؟ لا أم لك! ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء.
قال عبدالله بن شقيق: فحاك في صدري من ذلك شيء. فأتيت أبا هريرة، فسألته، فصدق مقالته.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato (memberikan kuliah/syarahan) kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahihnya – hadis no: 705]

Riwayat di atas menjelaskan bahawa Ibnu Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah menjamakkan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui pidatonya/syarahan/kuliahnya itu. Dia mengetahui jika syarahannya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya (kebaikan – pent.). Menurut perkiraannya meneruskan syarahan dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak. [Lihat Koleksi Hadis Hukum, Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Penerbitan Bulan Bintang, jil. 4, ms. 350]

Syaikh Athiyah Saqr rahimahullah berkata:

“...Maka sekumpulan ulamak dari kalangan para imam telah bertindak mengambil zahir hadis Ibnu Abbas. Maka mereka mengharuskan mengerjakan jamak ketika hadar, iaitu tidak dalam musafir, hanya kerana hajat semata-mata. Tetapi dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai adat (kebiasaan atau kelaziman –pen). Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari mengatakan: Dan orang-orang yang berpendapat demikian ialah Ibnu Sirin, Rabi'ah, Ibnul Munzir dan al-Qaffal al-Kabir. Dan telah diriwayatkan oleh al-Khitabi dari satu jamaah dari kalangan ahli Hadis. Hujah mereka (mengharuskan perbuatan jamak kerana hajat itu) ialah untuk menafikan kepayahan selama di sana terdapat suatu hajat/keperluan, antaranya ialah seperti kesibukan Ibnu Abbas terhadap pidato/khutbahnya." [Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam, jil. 13, ms. 424-425]

Sumber : as-sahih

Ketawalah sepuasnya. Dan saya hanya mampu tersenyum tanpa anda sedari anda tertinggal sesuatu yang sangat penting. Kenapa tidak anda meletakkan tempat anda di tempat pesakit. Adakah anda akan memaafkan seorang petugas perawatan jika ibu bapa anda, saudara mara anda, sahabat serta insan yang anda kasihi MENINGGAL dengan alasan petugas itu ingin bersolat. Saya bukan menyatakan bahawa solat itu wajib ditangguh, tetapi sebagai seorang insan yang mana tangan kita mampu menyelamatkan nyawa insan lain, maka berfikirlah secara rasional. Allah itu Maha Mengetahui. Dia tidak akan menghukum kita seperti mana kita dengan begitu mudah menghukum kesalahan orang lain. Dan kerana itu, saya selalu beringat, jika terkadang saya bersalah dengan Allah, saya masih boleh bertaubat dan dengan zatNya yang Maha Menyayangi, Insyaallah taubat saya diterima.Tapi jika saya bersalah dengan manusia, dan maaf saya tidak diterima, itu akan melambatkan urusan saya di Padang Masyhar kelak.

Dan sekarang, saya ingin bertanya dimanakah slogan KAMI SEDIA MEMBANTU yang selalu anda laungkan. Fikirkanlah sebelum kita menerima balasan. Allah itu Maha Adil.





Continue Reading... Labels: ,


Logo Kolej Jururawat Masyarakat

4 comments

Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson


Sebagai panduan untuk diri sendiri dan orang lain yang memerlukan. Kerana setiap kali aku mencari logo kolej jururawat masyarakat port dickson, memang tidak akan dijumpai di mana mana laman web.




Continue Reading... Labels:


Selamat Menyambut Hari Jururawat - 12/5

0 comments

Selamat Menyambut Hari Jururawat kepada seluruh Jururawat di Malaysia, sama ada Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat, Jururawat Terlatih, Jururawatan Kesihatan, Jururawat Masyarakat Kanan, Jururawat Masyarat, Jururawat Pelatih dan Jururawat Masyarakat Pelatih.

Sebagai insan yang memegang prinsip Kami Sedia Membantu, diharapkan agar kita semua menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Tempatkan pesakit dan klien kita di tempat yang teratas. Niatkan di dalam hati, setiap kali kaki melangkah kerja, kita menjalankan tugas kerana Allah Swt. Insyaallah.. perjuangan kita dipermudahkan.

Doa ku buat rakan sperjuangan, kita hanya korbankan masa, tenaga, perasaan untuk hari ini demi kejayaan kita di masa depan. Sekali melangkah, jangan sesekali untuk mengalah.

Pesanan iklhas, tajaan daripada : Wann Nur Aliana Abdullah, Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson


Continue Reading... Labels:


Surat Untuk Ummi

3 comments

Ummi...
Disaat ini, tiada yang mampu aku ingat dan kenang selain darimu. Deritamu sepanjang melahirkan dan membesarkan aku. Ummi, adakah sudah tertulis di suratan takdir bahawa aku akan menyaksikan kesengsaraan wanita wanita yang melahirkan. Adakah memang aku di antara insan yang terpilih untuk melihat keagungan tuhan.Ummi, disaat ini, ketahuilah bahawa anak mu ini sedang bergelut dengan diri sendiri. Cuba mencari keserasian di tempat baru, cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kadang kala kan ummi, anak mu ini menangis, meratapi. Bahkan, ada ketika anak mu ini menyesali keputusan yang dibuat suatu ketika dahulu. Tidak sanggaup rasanya meninggalkan ummi di kejauhan, tak sanggup rasanya memandang Laut China Selatan yang memisahkan kita.


Ummi...
Kalau ku tahu dari awal penderitaanmu, tidak aku sanggup untuk melawan kata kata mu, bahkan tidak akan ku tinggikan suara ku kepadamu. Ummi, aku selalu menyaksikan, kesakitan yang para ibu tanggung sebelum melahirkan. Aku juga seringkali melihat, senyuman mereka bila melihat bayi yang dilahirkan dengan susah payah berada di depan mereka. Ya ummi, beberapa hari lepas, aku hampir menangis melihat seorang ibu yang kehilangan anak pertamanya. Aku tidak dapat membayangkan betapa kecewanya dia. 7 bulan ummi, dia mengandungkan bayi itu, 7 bulan dia membawa hatinya itu kemana mana, tapi bila di lahirkan. Sudahpun tiada nyawa. Ummi, aku menangis. Tiba tiba aku teringat pada anak anak yang tidak berdosa dibuang merata rata. Tiba tiba aku teringat akan jasad bayi yang dimakan oleh semut. Ummi, mereka sanggup membunuh kerana tidak mahu dipandang hina oleh masyarakat. Tapi, aku tidak pernah salahkan mereka. Aku juga tidak menyalahkan masyarakat. Sudah menjadi lumrah dunia, inginkan yang terbaik, tapi tetap melakukan perkara yang buruk.


Ummi...
Tahun ini, tiada apa yang mampu aku berikan kepadamu seperti tahun tahun yang lepas. Aku harap ummi mengerti. Tahun ini, mungkin juga aku tidak mampu untuk balik untuk menjengukmu. Maafkan aku ummi. Ummi.. selamat hari ibu. Terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik aku menjadi seorang insan.


Continue Reading... Labels:


Bagaimana untuk memadamkan border dalam imej. [How to delete image border]

0 comments

Border yang mengelilingi imej kadang kadang merimaskan dan mencacatkan pandangan. Apa kata, kita cuba untuk memadamkan border atau garis yang mengeliling imej tersebut.

Step 1. Pergi ke Dashboard, klik 'Design' > 'Edit Html' > Tandakan kotak 'Expand Widget Templates'.

Step 2. Cari kod dibawah ini dalam HTML anda : (Tekan Ctrl+F untuk memudahkan carian anda).


post img. {
padding: 4px;
}

atau ini:

img {
padding: 4px;
}

Step 3. Untuk memadamkan sempadan atau border yang mengelilingi imej, anda harus menambahkan kod ini di bawah kod hasil carian anda tadi :

border:0px;

Step 4. Klik Save Template

Jika, cara di atas tidak menjadi, anda boleh mencuba cara ini :


<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR-iZr_watR-AAdJyfR-fS_Np7CdJ5pabKM4gRE5lK0VIU_Bu9kzwbzGlEBbqZ3y15kYZBolmZF6aikXr4wY6CVbu93JBSSmmpH5kYWuR8Ao99h7wZKWOpDZSQEBjZZF-ybc22CV5B7-U/s1600/Love-2.gif" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR-iZr_watR-AAdJyfR-fS_Np7CdJ5pabKM4gRE5lK0VIU_Bu9kzwbzGlEBbqZ3y15kYZBolmZF6aikXr4wY6CVbu93JBSSmmpH5kYWuR8Ao99h7wZKWOpDZSQEBjZZF-ybc22CV5B7-U/s1600/Love-2.gif" /></a>



<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR-iZr_watR-AAdJyfR-fS_Np7CdJ5pabKM4gRE5lK0VIU_Bu9kzwbzGlEBbqZ3y15kYZBolmZF6aikXr4wY6CVbu93JBSSmmpH5kYWuR8Ao99h7wZKWOpDZSQEBjZZF-ybc22CV5B7-U/s1600/Love-2.gif" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR-iZr_watR-AAdJyfR-fS_Np7CdJ5pabKM4gRE5lK0VIU_Bu9kzwbzGlEBbqZ3y15kYZBolmZF6aikXr4wY6CVbu93JBSSmmpH5kYWuR8Ao99h7wZKWOpDZSQEBjZZF-ybc22CV5B7-U/s1600/Love-2.gif" / style="border: medium none;"></a>



Continue Reading... Labels:


Selamat Hari Guru!

1 comments


SaaT PeRtama kuJejaKkan Kaki..
MelangkaH lonGLai..
TanPa ku Tahu, kamu Ada di Situ untuKku..
kiNi BertaHUn telah BeRLalu...
Tapi, kaMU masIh dalam ingaTan ku...
KesaBaran dan KegigiHan mu dalam melayaN karenaH ku..
KemesRaanmu dalaM menaMbaT hati Ku..
TaNpa mu... beluM tenTu aku berdiRi meGah mendePani dunia..
Tanpa mu.. pasTi hidup Ku gelap gelita..
daRi ABC hingga ke suku kata,
123 hingga ke formula kuasa TigA..
haRi ini, aku MeliHat semakiN beraT dugaaNmu..
Di sana sini aKu melihat, anak didikMu semakin hilang arah tuju..
Aku Tahu, kamu pasti keCewa..
Tapi, Guru Ku.. aku pasti, masih Ada yang MengHargaimu..
dan orang itu Pasti Aku..
PeSan ku padaMu kesayanganku..
teRuskan perjuangaMu..
Kerana..
Tanpa Guru
Takkan ada seorang hakiM yang adil saksama
Takkan Ada seorang pemimpiN di atas singahsana
Takkan ada seorang saintis yang BijaKsana
Takkan ada juga seorang ulama 
Aku HanYa insaN biasa..
Melahirkan rasa Gembira
KeRana Kita PerNah berjumPa..
Terima kasiH CikGu..

Buat tatapan khas, Guru guru yang pernah mengajar Ceceliana Wann anak Jais di SK Batu 36 tahun 1995 hingga 2000, dan di SMK Luar Bandar Sibu dari tahun 2001 hingga 2005. Tidak lupa, khas Buat tenaga pengajar di Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson.
Continue Reading...


Jadi novelis?

0 comments

15.05.2011 [1.47pm]; Cerah; Port Dickson

Entah la kenapa. Tetiba hati ingin kembali menjadi penulis. Idea tu ada, cuma mahu mencuri masa untuk melakukan semuanya. Dah banyak tahun berhenti menulis. Aku masih belum pasti sama ada aku perlu atau tidak untuk meneruskannya. Hidup yang aman, kini mula berantakan balik. Gara gara kepulangan seorang member serumah dari Kuala Pilah. Aku rasa sangat sangat la tidak tenteram. Sakit ati pun ada. Grrrr..

Setakat nak berlagak baik, aku masih tak kisah. Tapi jangan sampai menganggu kehidupan aku. Tak kisah aku nak kawan dengan sapa ke, perangai aku macam mana ke. Sebab aku masih punya akal yang boleh membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.so,tak yah lah wat aku sakit ati ek. Coz aku memang tak suka ko dari awal lagi.ToLong La jauH daRi aKu.. NgAAA..
Continue Reading...


Selamat Tinggal Kuala Pilah

0 comments

01.05.2011 [11.43am]; Cerah; Port Dickson

Sudah 2 hari aku berada di PD. Balik semula ke kolej umpama balik ke rumah asal. Rindu nak bergolek di atas katil single. Hahaha.. Tapi, keseronokan berada di PD, tidak sama dengan kesedihan yang ada bila meninggalkan Kuala Pilah. Di Kuala Pilah, makan minum dijaga, pukul 7am sarapan pagi, 1pm lunch, 5pm dinner. Kat PD kena carik makan sendiri. Itu yang buat aku tidak betah. Wahahahaha...

Sepanjang aku ditempatkan di Unit Kesihatan Ibu dan Anak, Klinik Kesihatan Kuala Pilah,banyak pengalaman yang aku dapat. Bertemankan seorang pengajar yang baik hati, membuatkan aku selesa belajar di sana. Itu mungkin sesuatu yang aku tidak akan dapat jika aku berada di tempat lain. Oleh itu, Jutaan terima kasih diucapkan kepada Staff Nurse Lily Izwani (selaku tenaga pengajar), SN Zaini, SN Norzita, SN Nurul Huda, SN Asiah, SN Hayati, SN Azura, SN Roselaile, JM Nurhayati, JM NoorZaimah, JM Zurinal, JM Siti Aisyah, JM Zalina dan staff-staff Klinik Kesihatan Kuala Pilah (KKKP). 




Continue Reading... Labels:


IMUNISASI KANAK‐KANAK

comel
1 comments

Pengenalan

Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah
penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan.
Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut.
Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan
tidak membahayakan.

Berikut adalah jadual imunisasi yang disarankan oelh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk menjaminkan kesihatan anak anda, adalah lebih baik anda membawa mereka ke klinik mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Continue Reading... Labels: ,


 

Sharing Is Caring

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors