Kembalikan CInta Ku


01.03.2011 [10.29 PM]; Cerah; Port Dickson

Rasullah SAW bersabda : ‘ Tiadak ada balasan bagi hamba-KU yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia dan kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya’

Adakah aku orang cukup bersabar dalam dunia ini? Tidak. Aku mudah berasa penat dan jemu dengan karenah manusia. Hari ini aku membaca novel, ‘Kembalikan Cintaku’. Mengisahkan kehidupan seorang perempuan yang ditinggalkan oleh suaminya selama 10 tahun. Dalam masa itu, dia menutup pintu hatinya kepada semua lelaki. Lelaki yang menjadi suaminya itu, adalah lelaki pertama mengajar dia erti cinta, dan lelaki yang mengajarnya tentang kesengsaraan hidup. Lelaki yang serba serbi mewah dengan harta dunia, tapi miskin dengan bekalan akhirat. Lelaki yang sanggup mengejarnya ke mana saja, kemudian meninggalkan dia keseorangan tanpa khabar berita. Dia, perempuan yang sempurna, penuh ilmu di dada, bijak, sabar, penyayang, lemah lembut. Sehingga aku, membandingkan diri dengannya. Aku kalah. Dan mungkin kerana itu tiada lelaki yang mengejar aku seperti lelaki yang mengejar dia. Aku tiada ilmu berkenaan dengan dunia akhirat.


Aku terfikir, adakah aku tidak cukup menarik? Entahlah… mungkin kot. Hahahaha… Jangan salah sangka, aku tidak minta untuk dikejar lelaki. Tidak untuk kali ini, dan pada masa yang akan datang. Aku seperti dia, telah menutup pintu hati kerana seorang lelaki. Walau aku tahu, beza aku dan dia terlalu jauh. Wardina, bijak pandai, belajar jauh jauh, walau sekadar novel, aku pasti lelaki sekarang inginkan isteri yang bijak. Sekurangnya lulusan university. Malu mungkin dengan taraf SPM. LoL. Mungkin. Dalam dunia ini, hanya seorang saja yang mengatakan aku tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Aku tidak tahu dia berkata sebegitu adalah untuk menyedapkan hati atau sebenarnya aku begitu. Tabahkah aku? Entahlah.. Hati dah jadi lali. Pada mulanya, aku memang cengeng, mudah menangis.. tapi disebabkan aku terlalu biasa disakiti, membuatkan aku biasa dengan persekitaran baru.

Puas. Itu yang dapat aku rasakan. Tersangat puas. Kenapa? Pertama, aku dapat mewakili kolej dalam perlawanan Futsal yang bakal diadakan di Johor, sekaligus mematikan senyuman riak pemain pemain yang mengganggu ketenteraman hidup aku selama ini. Walaupun aku nampak tenang, seolah olah tiada yang berlaku, namun, jauh di sudut hati, aku memang bersorak gembira. Bukan gembira kerana aku dapat mewakili kolej, tapi gembira kerana dapat melihat kekecewaan mereka. Hahahaha.. jahatkan aku. Alaaah.. aku bukan main tipu pun, sapa suruh gatal gatal nak masuk main futsal, lepas itu menghuru harakan kehidupan aku. Padan muka! Tuhan bayar CASH! Dah ada tanggungjawap kat permainan lain, hang pi la main jauh jauh kat tempat hang. Cewah.

Kedua, aku baru habis exam. Tak rasa apa apa sebenarnya. Penat? Tak tau, aku mengantuk. Nak tidur. Ermm.. tetiba aku teringat pada novel yang aku baca tadi.

Entahlah kak…. Kita yang perempuan ini selalu memikirkan perasaan orang lain terutamanya suami kita. Tapi suami kita tak pernah memikirkan perasaan kita. Mungkin bagi mereka, perempuan senang dicari…’

Suami aku tak macam tu tau, Cuma aku terasa sedih dengan Wardina. Dan kagum dengan ketabahan nya menunggu kepulangan suami tercinta. Adakah aku sebegitu jika ditakdirkan jalan kehidupan aku seperti itu? Insyallah.











 

Sharing Is Caring

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors