Lelaki yang ditolak


26.02.2011 [4.43pm]; Cerah ; Port Dickson

Lelaki dambaan wanita? Opss.. silap, wanita pilihan lelaki semestinya. Mungkin ada di antara lelaki yang diluar sana inginkan wanita yang :

1. yang pandai masak
2. yang pandai kemas rumah
3. yang pandai hias diri
4. pandai jaga anak anak

Kalau perempuan pula :

1. nak yang berharta
2. ada rupa
3. yang romantis
4. yang pandai memujuk
5. yang ada segalanya.

Adakah kita berada di golongan itu? Pernah kah kita terfikir untuk memilih suami yang boleh menjadi imam. Tak yah la cerita pasal tok imam masjid. Cukuplah sekadar mengimamkan solat di rumah.Pernahkah terfikir untuk mencari lelaki yang hanya menyintai kita? 

Aku? Aku pernah terfikir untuk mencari lelaki yang berkerja dengan kerajaan. Bagiku, pekerja kerajaan ni masa depan terjamin. Status kewangan kukuh. Kononnya lah. Tapi, kebanyakkan pekerja kerajaan ni lagi miskin dari pekerja swasta. Itu terpulang pada individu itu sendiri untuk mengatur kedudukan kewangannya. Tambahan pula, pekerja kerajaan ni sangat senang berhutang. Malah, baru 2 3 bulan bekerja, 'pemberi dan peminta duit' ni akan datang sendiri mencari mereka. Dengan madah yang penuh berhelah.Aku pernah dapat lelaki dari golongan ini, tapi aku tolak.

Aku pernah minta lelaki yang menyayangi aku dan keluarga aku. Aku dapat, dan memang tidak dinafikan keluarga aku sangat menyenanginya. Aku tolak juga akhirnya. Tak tahu lah kenapa. Aku jemu. Mungkin memang salah aku. Entahlah. Selepas itu, aku minta lelaki yang memperkenalkan aku kepada semua ahli keluarganya, dan aku dapat. Aku minta sebegitu kerana lelaki yang terdahulu tidak pernah memperkenalkan aku kepada keluarganya. Tapi, aku tolak juga. Aku tidak tahan dengan panas barannya. 
Dan akhirnya, aku minta lelaki yang beriman, yang menyayangi aku dan keluarga ku, yang setia hanya kepada aku, yang menerima segala kekurangan aku. Aku dapat. Allah Maha Pengasih. Tapi, bukan aku tolak. Cuma belum sempat aku menyulam kasih. Aku terjerumus ke dalam masalah yang aku cari. Akirnya aku tersedar, aku terlalu banyak meminta. Tapi aku tidak pernah bersyukur, aku tidak pernah cuba untuk menjaga benda yang aku dapat. Dan, aku memutuskan aku ingin menjaga apa yang aku dapat dengan baik. Ingin mengubah cara penampilan dan sikap aku. Tapi, aku ditolak. Hahaha.. nak buat macam mana.Itu pembalasan dunia. Perlukah aku merungut? Entah lah. Terima je la.. dah nasib badan. Wakakaka. 

Cuma kadang kala, aku terlupa. Aku sering kali bertanya. Apakah taubat dan solatku tak diterima? Tiada jawapan. Dan aku tidak mampu meneka jawapannya.Adakah aku masih berani untuk meminta? Entah. Mungkin ya. Dan jika ya.. aku tetap inginkan lelaki yang beriman, yang menerima segala kekurangan ku, yang menyayangi aku dan keluargaku, yang hanya menyintai aku sepenuhnya dan yang paling utama, aku juga turut menyintai lelaki itu. Kalau boleh,aku tidak mahu bercinta dengan suami orang. Hahaha.. Ok lah.. adios.




















 

Sharing Is Caring

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors