Air mata

Geram ni
0 comments

13.02.2011 [06.00 pm] ; Cerah ; Port Dickson

Air mata itu biasa dalam kehidupan. Dan tiada sesiapa yang menyukainya. Waima orang yang mengeluarkan air mata atau orang yang melihat air mata. Air mata mempamerkan banyak emosi, sama ada gembira, marah, ataupun sedih. Yang nyata, air mata seringkali ada ketika terluka. Lelaki dan wanita sama saja, ada masa mengeluarkan air mata. Orang kata, air mata penghapus dosa. Yakah? Allahua'alam. Aku tak berani komen.Aku tak sedar sejak bila aku menjadi seorang manusia yang mudah mengeluarkan air mata. Aku menjadi sangat sensitif, apa jua emosi, air mata pasti ada. Aku benci keadaan yang sebegitu.

Aku bukannya tidak sedar, sememangnya dari dahulu aku ni kekurangan kasih sayang, merempat menagih simpati, ada yang kasihan. Ada yang sekadar mengambil kesempatan. Biarlah, adat manusia memang begitu. Aku cuba untuk hidup sendiri. Melakukan perkara sendiri. Tapi aku tetap dibayangi kasih sayang yang aku inginkan. Sakit. Aku cuba untuk melepaskan orang yang aku sayang secara perlahan lahan, semakin aku ingin lakukan, semakin ia menghantui lantas menyakiti hati.

Aku bukan lah seorang manusia yang baik dalam serba serbi. Aku cuma insan biasa yang berteleku di sudut dunia. Kadang kala aku ingin mereka mereka di luar sana melihat ke arah ku. Tapi, yang ada hanya jelingan sinis yang melukakan hati. Kesetiaan yang ada tidak cukup untuk membuktikan kasih sayang. Aku keliru dalam dunia yang aku cipta.

Dengan menyatakan sedih mungkin tidak cukup untuk orang lain memahami kita. Aku tak minta pun. Cuma terfikir, apakah janji aku ketika di alam roh dahulu? Dan apakah terampun dosa dosa sehingga aku merasa begitu sukar untuk bernafas dalam dunia pinjaman Allah. Sakit!


Continue Reading... Labels: ,


Pemandu bas Nadi Putra, Putrajaya kurang ajar!

Bole bla la Geram ni
1 comments

Panas! Geram! Sakit hati! Segalanyalah. Ceritanya begini, aku berada di lorong paling kanan, bersedia untuk membelok simpang ke kanan untuk balik ke puchong. Entah dari mana, si pemandu Nadi Putra yang sangat BERTAMADUN cuba mencelah aku. Ape, dia ingat dia tu Perodua Kancil ke apa. Betapa benggangnya aku. Kalau aku berada jauh di belakang, aku tak kisah, ni dia 'lipat' aku macamlah kenderaan dia tu yang paling kecik kat dunia ini. Aku follow terus bas tu, aku lipat jugak. (tak nak kalah). Huhu.. aku berhenti di hadapan bas, aku tak kisah dia nak langgar aku ke, ape nak jadi, jadi lah.

Berdecit bunyik brek bas. Padan muke, Aku keluar, tanpa salam, aku terus 'fire' bas tu, meletup dengan pemandu nya sekali, aku tak puas hati, aku keluarkan kuku tajam ala ala wolfverine. Aku 'zing zing'kan, terputus dua bas itu. Tak cukup dengan itu, aku keluarkan spiderweb aku, aku sangkutkan bas yang kurang ajar itu dalam spiderweb yang aku buat. Aku blah sambil kepuasan.

Itu sekadar ilusi aku sepanjang aku bunyikan hon terhadap bas itu. Nasib baik aku tak langgar divider lagi. Satu kes yang terdahulu, tayar kereta aku yang comel lote pecah dek kerana mengelakkan pemandu bas NADI PUTRA. Geramnya aku!




Continue Reading... Labels: , ,


Test page part 2

Aduuhh Air Bat3 comel Demam kritikal Geram ni Great Job jatuh Cinta Mate duitan Nak mati suda ni mode samseng Hehehehe Surrender la beb Thumbs Up
0 comments

Memandangkan label pun ada hadnya, ini sambungannya. Aku tak tau pula selama ni tag ade had. Huhuhu.soal


Continue Reading... Labels: , , , , , , , , , , , , ,


08.12.2010

Geram ni
0 comments

08.12.2010 [7.42am] ; Mendung ; Putrajaya

Grrr... Aku tengah bengang ngan seorang pemandu proton satria buruk pagi tadi. Nak dijadikan cerita, di saat aku berangan nak jadi kaya dalam perjalanan dari rumah ke pejabat, ada seorang hamba Allah tu, tetiba melintas di depan aku. Dengan penuh keselambaan dia terus masuk simpang di sebelah kiri, padahal aku berada di lorong tengah sebuah lebuhraya. Bayangkan betapa kurang ajar nye dia. Kalau tahu dah nak masuk simpang, apa salahnya memandu di lorong kiri. Bukan mati pon. Ceh. Dan setelah itu, boleh pulak dia berhenti di hadapan traffic light yang berwarna merah. Dalam hati aku berkata "Laju laju ko bawak keta, di hadapan lampu merah berhenti jugak ko. Aku ingat ko terror sangat." Aku juga salah seorang pemandu yang sering menggunakan lorong paling kanan dengan kelajuan minima 110km/h. Tapi aku tau batas aku bila aku nak masuk mana mana tempat kan, kecuali aku tak tau, atau aku terleka. Jadi, mamat / minah (pemandu zaman sekarang susah nak beza laki ke pompuan) tadi tu aku takrifkan sebagai tak tahu jalan atau apa apa sahaja yang menyenangkan hati.


Itu kisah sebelum pergi kerja. Bila dah sampai opis. Macam biasa, aku buka laman Rogue Vampires, Travian sy4, Torn City dan Harian Metro. Itu rutin setiap kali aku sampai di pejabat. Indahkan. Hahaha. Selepas siap semua kerja tak rasmi, aku melepak dalam cafe bersama Kak Mai dan Kak Tim. Borak borak (dalam erti kata lain mengumpat). Hari ini (pada masa ini) sepatutnya aku berada dalam dewan untuk menghadiri perhimpunan, tetapi memandangkan aku sudah berhadapan dengan komputer, lupakan saja lah niat baik aku untuk memunculkan diri dalam dewan. Kalau aku pergi pun bukannya aku buat apa, tidur lagi ada.
Continue Reading... Labels: ,


 

Sharing Is Caring

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors