Pemandu bas Nadi Putra, Putrajaya kurang ajar!

Bole bla la Geram ni

Panas! Geram! Sakit hati! Segalanyalah. Ceritanya begini, aku berada di lorong paling kanan, bersedia untuk membelok simpang ke kanan untuk balik ke puchong. Entah dari mana, si pemandu Nadi Putra yang sangat BERTAMADUN cuba mencelah aku. Ape, dia ingat dia tu Perodua Kancil ke apa. Betapa benggangnya aku. Kalau aku berada jauh di belakang, aku tak kisah, ni dia 'lipat' aku macamlah kenderaan dia tu yang paling kecik kat dunia ini. Aku follow terus bas tu, aku lipat jugak. (tak nak kalah). Huhu.. aku berhenti di hadapan bas, aku tak kisah dia nak langgar aku ke, ape nak jadi, jadi lah.

Berdecit bunyik brek bas. Padan muke, Aku keluar, tanpa salam, aku terus 'fire' bas tu, meletup dengan pemandu nya sekali, aku tak puas hati, aku keluarkan kuku tajam ala ala wolfverine. Aku 'zing zing'kan, terputus dua bas itu. Tak cukup dengan itu, aku keluarkan spiderweb aku, aku sangkutkan bas yang kurang ajar itu dalam spiderweb yang aku buat. Aku blah sambil kepuasan.

Itu sekadar ilusi aku sepanjang aku bunyikan hon terhadap bas itu. Nasib baik aku tak langgar divider lagi. Satu kes yang terdahulu, tayar kereta aku yang comel lote pecah dek kerana mengelakkan pemandu bas NADI PUTRA. Geramnya aku!






 

Sharing Is Caring

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors