Pemisah dua jiwa


26.02.2011 [Cerah] ; 4.50 pm ; Port Dickson

Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan sehingga aku tidak tahu di mana harus aku bermula. Oh.. pertama sekali aku terasa begitu penat sepanjang minggu ini. Sebabnya? Aku gatal gatal menyibukkan diri dengan game. LoL. Setelah hampir 6 tahun aku meninggalkan kehidupan yang aktif, kembali semula bermain, membuatkan semua urat dan otot aku terkejut. Hahahaha.. Main game apa agaknya aku sampai seksa begini. Alaa... FUTSAL. Jangan tak percaya, orang sekecik dan sependek aku ni menjadi GOL KEEPER. Wakakakaka... Sepanjang minggu ni diadakan pemilihan dan aku belum pasti sama ada aku terpilih atau tidak. Dan aku malas untuk memikirkan nya, bila ada pergolakkan dalaman dalam team angkara dari 'pendatang haram'. Maybe sifat pendatang haram memang begitu. Datang sesuka hati selepas itu menghuru hura kan kehidupan orang lain.

Selepas itu, aku sibuk menyiapkan proposal untuk kelab, sampai tengah malam lah aku berada di dalam makmal. Hurmm... bukan makmal bedah. Makmal komputer. Dengan tidak cukup tidur dan kesakitan yang amat sangat, memang aku rasa tidak larat sangat sangat. Exam mungkin dimulakan Isnin ini. Insyallah. Doakan yang terbaik untuk aku. Itu yang nyata kenapa aku nampak penat.

23/02/2011 - Sekali lagi emosi diuji. Teringin sangat aku balik ke tempat asal. Sakit. Aku bukan sakit kerana tindakan, tapi sakit dengan kata-kata. Dan, dek kerana kesakitan itu, terselit sedikit penyesalan kenapa aku harus meneruskan kehidupan. Malam, mak called. Seolah olah tahu yang aku sedang berdepan dengan bala. Tapi, bukannya ingin memahami, bahkan menambahkan beban perasaan aku. Dan sehingga kini aku tidak pernah called atau sms mak. Aku merajuk! Aku benar-benar merajuk. Aku cuma inginkan mereka mendengar, dan kadang kala fikirkan lah apa yang aku katakan. Bukan semua kata kata yang aku ucapkan tidak matang. Mungkin orang sedang berkata, ah.. persekitaran aku terlalu ramai kawan kawan.

Ya, benar. Memang ramai kawan kawan. Aku mula mempercayai mereka. Tapi ada kes di mana aku mengetahui mereka bukan rakan yang bagus. Kawan kawan zaman sekarang, adalah kawan kawan yang boleh dibeli dengan duit. Aku bukan anak orang kaya yang mampu membeli manusia.Akhirnya aku selesa bersendirian. Walaupun sejak akhir ini, ada beberapa orang cuba mendekati aku, aku tidak mahu. Aku semakin takut untuk disakiti dan menyakiti. Aku bukan seorang rakan yang baik, tapi aku tahu, aku mampu menjadi rakan yang dirindui. Dan, secara tidak langsung, aku kembali dengan dunia aku. BERANGAN. Berangan agar aku mempunyai seorang rakan yang setia bersama aku. Tak semua orang tahu, kenapa dan mengapa aku jadi sampai seteruk ini. Argh.. tak perlu nak tahu.

Well.. itu cerita sedih dan marah bersama kecewa. Jangan ingat aku seorang yang sentiasa dalam kesakitan, uniform aku dah sampai. Tetapi disebabkan seluar tetiba je mengecut bila sampai di kolej menyebabkan aku tidak dapat menayangkannya kepada kamu semua. LoL. Akhirnya, tercapai juga hajat aku untuk memakai seragam berwarna putih. Hehehehe..bimbang pun ada jugak. Aku bukan reti jaga barang berwarna putih ni. Kang ada lah tompok tompok taik unta dalam pakaian aku.

Entahlah, apa akan jadi dengan kehidupan aku selepas ini. Aku tidak lagi peduli. Buat apa berusaha untuk masa depan yang tidak nyata. Adios.


0 Responses to "Pemisah dua jiwa"
Comment with our Yahoo! Smiley :
  • :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

    Post a Comment

     

    Sharing Is Caring

    Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors