Lelaki yang ditolak

1 comments

26.02.2011 [4.43pm]; Cerah ; Port Dickson

Lelaki dambaan wanita? Opss.. silap, wanita pilihan lelaki semestinya. Mungkin ada di antara lelaki yang diluar sana inginkan wanita yang :

1. yang pandai masak
2. yang pandai kemas rumah
3. yang pandai hias diri
4. pandai jaga anak anak

Kalau perempuan pula :

1. nak yang berharta
2. ada rupa
3. yang romantis
4. yang pandai memujuk
5. yang ada segalanya.

Adakah kita berada di golongan itu? Pernah kah kita terfikir untuk memilih suami yang boleh menjadi imam. Tak yah la cerita pasal tok imam masjid. Cukuplah sekadar mengimamkan solat di rumah.Pernahkah terfikir untuk mencari lelaki yang hanya menyintai kita? 

Aku? Aku pernah terfikir untuk mencari lelaki yang berkerja dengan kerajaan. Bagiku, pekerja kerajaan ni masa depan terjamin. Status kewangan kukuh. Kononnya lah. Tapi, kebanyakkan pekerja kerajaan ni lagi miskin dari pekerja swasta. Itu terpulang pada individu itu sendiri untuk mengatur kedudukan kewangannya. Tambahan pula, pekerja kerajaan ni sangat senang berhutang. Malah, baru 2 3 bulan bekerja, 'pemberi dan peminta duit' ni akan datang sendiri mencari mereka. Dengan madah yang penuh berhelah.Aku pernah dapat lelaki dari golongan ini, tapi aku tolak.

Aku pernah minta lelaki yang menyayangi aku dan keluarga aku. Aku dapat, dan memang tidak dinafikan keluarga aku sangat menyenanginya. Aku tolak juga akhirnya. Tak tahu lah kenapa. Aku jemu. Mungkin memang salah aku. Entahlah. Selepas itu, aku minta lelaki yang memperkenalkan aku kepada semua ahli keluarganya, dan aku dapat. Aku minta sebegitu kerana lelaki yang terdahulu tidak pernah memperkenalkan aku kepada keluarganya. Tapi, aku tolak juga. Aku tidak tahan dengan panas barannya. 
Dan akhirnya, aku minta lelaki yang beriman, yang menyayangi aku dan keluarga ku, yang setia hanya kepada aku, yang menerima segala kekurangan aku. Aku dapat. Allah Maha Pengasih. Tapi, bukan aku tolak. Cuma belum sempat aku menyulam kasih. Aku terjerumus ke dalam masalah yang aku cari. Akirnya aku tersedar, aku terlalu banyak meminta. Tapi aku tidak pernah bersyukur, aku tidak pernah cuba untuk menjaga benda yang aku dapat. Dan, aku memutuskan aku ingin menjaga apa yang aku dapat dengan baik. Ingin mengubah cara penampilan dan sikap aku. Tapi, aku ditolak. Hahaha.. nak buat macam mana.Itu pembalasan dunia. Perlukah aku merungut? Entah lah. Terima je la.. dah nasib badan. Wakakaka. 

Cuma kadang kala, aku terlupa. Aku sering kali bertanya. Apakah taubat dan solatku tak diterima? Tiada jawapan. Dan aku tidak mampu meneka jawapannya.Adakah aku masih berani untuk meminta? Entah. Mungkin ya. Dan jika ya.. aku tetap inginkan lelaki yang beriman, yang menerima segala kekurangan ku, yang menyayangi aku dan keluargaku, yang hanya menyintai aku sepenuhnya dan yang paling utama, aku juga turut menyintai lelaki itu. Kalau boleh,aku tidak mahu bercinta dengan suami orang. Hahaha.. Ok lah.. adios.


















Continue Reading... Labels:


Stress - Langkah - langkah untuk mengatasi

0 comments

Apakah itu STRESS?


Stress boleh dikategorikan sebagai satu ketakutan. Atau dengan kata lain, sterss adalah tekanan atau kerisauan disebabkan oleh masalah dalam kehidupan seseorang ataupun suatu keadaan yang tidak boleh dielakkan dalam kehidupan seharian.

Stress juga penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan.

JENIS -JENIS STRESS.


Stres dibahagikan kepada dua jenis iaitu EUSTRESS dan DISTRESS.

EUSTRESS - dilihat sebagai stress yang baik dan mendatangkan manfaat kepada daya motivasi, kesihatan dan aktiviti fizikal.

DISTRESS - stress negatif yang boleh mengancam kesihatan fizikal dan mental. Ia berpunca daripada ketidakseimbangan di antara tuntutan tekanan dengan sumber yang mengatasinya.

FAKTOR FAKTOR STRESS.

Fizikal

- beban kerja ( jika terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dalam amasa terdekat sehingga tidak tahu yang mana satu perlu disiapkan terlebih dahulu.)
- keadaan sesak
- suasana bising
- persekitaan tempat tinggal yang tidak sempurna
- bencana alam

Psikologikal

- tindakbalas terhadap keadaan yang mengancam kesejahteraan emosi
- mangsa rogol
- masalah kewangan
- hilang upaya
- hilang harta benda
- peristiwa sedih
- klien yang didiagnosis dengan kanser
- pergaduhan
- perkahwinan
- melahirkan bayi

Kerohanian

- contohnya - mendapat sakit yang boleh membawa maut mengakibatkan dia menyalahkan Tuhan.

TANDA - TANDA STRESS

Dari segi luaran
- sakit kepala, unreality
- Sakit pada leher, bahu dan belakang
- Berdebar , nafas tercungap
- Kejang, sembelit, perubahan berat badan
- berpeluh

Dari segi dalaman
- kerap lupa
-sukar beri tumpuan
- sukar proses maklumat
- idea mengkritik diri
- buntu
- keliru
- Preoccupied idea (melayang)

Dari segi emosi
- kerap meradang / marah
- anxieti / bimbang
- panik
- sedih
- murung
- rasa bersalah

PENGURUSAN STRESS


Pengurusan stress merujuk kepada sumber keupayaan diri untuk melawan punca tekanan.

Antaranya ialah :

- mengubah apa yang mampu diubah dan menerima apa yang kita tidak boleh ubah.
- mengimbangi di antara waktu kerja dan rehat serta bersantai.
- meluahkan perasaan yang bercelaru dengan seseorang yang boleh dipercayai dan dihormati.
- bersifat positif
- pengurusan masa yang baik.
- mengamalkan teknik relaksasi (mendengar muzik yang digemari, membentuk imej yang menarik dalam mind anda, bernafas dalam dll.)
- Aromaterapi
- mengamalkan cara hidup yang sihat.

Jika cara cara di atas tidak dapat mengatasi STRESS anda. Anda haruslah berjumpa doktor dan kaunselor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.


p/s : Jangan memikirkan untuk mati, kerana kita adalah di antara jutaan SPERMA yang berjaya suatu ketika dahulu. Fikirkan orang lain yang lebih bermasalah daripada kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal.



Continue Reading... Labels:


Pemisah dua jiwa

0 comments

26.02.2011 [Cerah] ; 4.50 pm ; Port Dickson

Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan sehingga aku tidak tahu di mana harus aku bermula. Oh.. pertama sekali aku terasa begitu penat sepanjang minggu ini. Sebabnya? Aku gatal gatal menyibukkan diri dengan game. LoL. Setelah hampir 6 tahun aku meninggalkan kehidupan yang aktif, kembali semula bermain, membuatkan semua urat dan otot aku terkejut. Hahahaha.. Main game apa agaknya aku sampai seksa begini. Alaa... FUTSAL. Jangan tak percaya, orang sekecik dan sependek aku ni menjadi GOL KEEPER. Wakakakaka... Sepanjang minggu ni diadakan pemilihan dan aku belum pasti sama ada aku terpilih atau tidak. Dan aku malas untuk memikirkan nya, bila ada pergolakkan dalaman dalam team angkara dari 'pendatang haram'. Maybe sifat pendatang haram memang begitu. Datang sesuka hati selepas itu menghuru hura kan kehidupan orang lain.

Selepas itu, aku sibuk menyiapkan proposal untuk kelab, sampai tengah malam lah aku berada di dalam makmal. Hurmm... bukan makmal bedah. Makmal komputer. Dengan tidak cukup tidur dan kesakitan yang amat sangat, memang aku rasa tidak larat sangat sangat. Exam mungkin dimulakan Isnin ini. Insyallah. Doakan yang terbaik untuk aku. Itu yang nyata kenapa aku nampak penat.

23/02/2011 - Sekali lagi emosi diuji. Teringin sangat aku balik ke tempat asal. Sakit. Aku bukan sakit kerana tindakan, tapi sakit dengan kata-kata. Dan, dek kerana kesakitan itu, terselit sedikit penyesalan kenapa aku harus meneruskan kehidupan. Malam, mak called. Seolah olah tahu yang aku sedang berdepan dengan bala. Tapi, bukannya ingin memahami, bahkan menambahkan beban perasaan aku. Dan sehingga kini aku tidak pernah called atau sms mak. Aku merajuk! Aku benar-benar merajuk. Aku cuma inginkan mereka mendengar, dan kadang kala fikirkan lah apa yang aku katakan. Bukan semua kata kata yang aku ucapkan tidak matang. Mungkin orang sedang berkata, ah.. persekitaran aku terlalu ramai kawan kawan.

Ya, benar. Memang ramai kawan kawan. Aku mula mempercayai mereka. Tapi ada kes di mana aku mengetahui mereka bukan rakan yang bagus. Kawan kawan zaman sekarang, adalah kawan kawan yang boleh dibeli dengan duit. Aku bukan anak orang kaya yang mampu membeli manusia.Akhirnya aku selesa bersendirian. Walaupun sejak akhir ini, ada beberapa orang cuba mendekati aku, aku tidak mahu. Aku semakin takut untuk disakiti dan menyakiti. Aku bukan seorang rakan yang baik, tapi aku tahu, aku mampu menjadi rakan yang dirindui. Dan, secara tidak langsung, aku kembali dengan dunia aku. BERANGAN. Berangan agar aku mempunyai seorang rakan yang setia bersama aku. Tak semua orang tahu, kenapa dan mengapa aku jadi sampai seteruk ini. Argh.. tak perlu nak tahu.

Well.. itu cerita sedih dan marah bersama kecewa. Jangan ingat aku seorang yang sentiasa dalam kesakitan, uniform aku dah sampai. Tetapi disebabkan seluar tetiba je mengecut bila sampai di kolej menyebabkan aku tidak dapat menayangkannya kepada kamu semua. LoL. Akhirnya, tercapai juga hajat aku untuk memakai seragam berwarna putih. Hehehehe..bimbang pun ada jugak. Aku bukan reti jaga barang berwarna putih ni. Kang ada lah tompok tompok taik unta dalam pakaian aku.

Entahlah, apa akan jadi dengan kehidupan aku selepas ini. Aku tidak lagi peduli. Buat apa berusaha untuk masa depan yang tidak nyata. Adios.
Continue Reading... Labels:


Lirik Lagu - Dunia - Bunkface with MP3 download -

2 comments

Dunia - Bunkface Lirik

Gelisah tak bermaya
Manipulasi antara kita
Dan bencana yang melanda
Generasiku menjadi mangsa
Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku

Korus
Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia kuasa sementara
Komunikasi tiada makna

Dan tindak balas ego yang ku terima
Tiada perasaan kecewa
Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku

Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia kita
Lalalalala oh oh oh oh
oh oh oh oh

Ulang korus




Continue Reading... Labels: ,


Blogger Tricks - Share Button -

0 comments

Salam sejahtera semua. Mungkin ramai yang telah mengetahui fungsi ' Button Share' dalam dimelayukan sebagai butang kongsi. Erm.. cam tak betul je.. Apa apapun, mari kita cuba.

Step 1. Pergi ke Dashboard, klik 'Design' > Page Elements > Edit HTML

Step 2. Tambahkan kod di bawah , di mana saja anda inginkan ia kelihatan.

<b:include data='post' name='shareButtons'/>

Biasanya, jika dalam normal Templates, anda boleh meletakkan kod di atas selepas kod di bawah ini.

<p class='post-footer-line post-footer-line-1'>

Jika anda tidak menjumpai kod tersebut, cari kod di bawah.


<p><data:post.body/></p>

Kemudian tambahkan kod ini dibawah line kod yang anda cari.

<p><data:post.body/></p>
<div style='clear:both; padding: 10px 10px 10px 10px;'> <b:include data='post' name='shareButtons'/> </div>


Selamat mencuba.

Continue Reading... Labels:


Bisik bisik

0 comments

20.02.2011 [Cerah] ; 01.32 pm ; Port Dickson

Hari yang memenatkan. Kalau boleh aku hendak tidur sepanjang hari tapi, memandangkan aku 'tersegan' ngan budak budak dalam rumah, aku gagahkan jua untuk bangun. ALangkah bagus nye jika kali ini aku berada di rumah sendiri. Sudah pastinya aku bergolek hingga tak sedar diri. Wakakaka..

Banyak benda yang nak aku kongsi, tapi kadang kadang aku memikirkan privasi aku dan orang orang di sekeliling aku. Maka aku diamkan. Tapi kadang kadang, gatal tangan untuk menulis. Lebih lebih lagi bila tiada orang yang sudi untuk mendengar luahan kata kata hati aku. Cewah.

Setakat ini, aku seronok belajar, cuma kadang kadang aku tertidur dalam kelas. Itu biasa. Wakakaka. Apa lagi yang aku belajar ya.. Nanti lah aku kongsikan.

Selamat untuk semuanya.. - Timne off -

Continue Reading... Labels:


Air mata

Geram ni
0 comments

13.02.2011 [06.00 pm] ; Cerah ; Port Dickson

Air mata itu biasa dalam kehidupan. Dan tiada sesiapa yang menyukainya. Waima orang yang mengeluarkan air mata atau orang yang melihat air mata. Air mata mempamerkan banyak emosi, sama ada gembira, marah, ataupun sedih. Yang nyata, air mata seringkali ada ketika terluka. Lelaki dan wanita sama saja, ada masa mengeluarkan air mata. Orang kata, air mata penghapus dosa. Yakah? Allahua'alam. Aku tak berani komen.Aku tak sedar sejak bila aku menjadi seorang manusia yang mudah mengeluarkan air mata. Aku menjadi sangat sensitif, apa jua emosi, air mata pasti ada. Aku benci keadaan yang sebegitu.

Aku bukannya tidak sedar, sememangnya dari dahulu aku ni kekurangan kasih sayang, merempat menagih simpati, ada yang kasihan. Ada yang sekadar mengambil kesempatan. Biarlah, adat manusia memang begitu. Aku cuba untuk hidup sendiri. Melakukan perkara sendiri. Tapi aku tetap dibayangi kasih sayang yang aku inginkan. Sakit. Aku cuba untuk melepaskan orang yang aku sayang secara perlahan lahan, semakin aku ingin lakukan, semakin ia menghantui lantas menyakiti hati.

Aku bukan lah seorang manusia yang baik dalam serba serbi. Aku cuma insan biasa yang berteleku di sudut dunia. Kadang kala aku ingin mereka mereka di luar sana melihat ke arah ku. Tapi, yang ada hanya jelingan sinis yang melukakan hati. Kesetiaan yang ada tidak cukup untuk membuktikan kasih sayang. Aku keliru dalam dunia yang aku cipta.

Dengan menyatakan sedih mungkin tidak cukup untuk orang lain memahami kita. Aku tak minta pun. Cuma terfikir, apakah janji aku ketika di alam roh dahulu? Dan apakah terampun dosa dosa sehingga aku merasa begitu sukar untuk bernafas dalam dunia pinjaman Allah. Sakit!


Continue Reading... Labels: ,


POA - Usia kehamilan

Gembira
0 comments

POA adalah usia kehamilan ibu. Ia boleh dikira apabila kita mengetahui tarikh hari pertama bulan terakhir [LNMP] atau Jangkamasa kelahiran [EDD].

Contoh :
LNMP : 12.2.2010
Tarikh lawatan : 5.5.2010

Feb : 28 (-12) = 16
Mac : 31
Apr : 30
May : 5

Total : 16 + 31 + 30 + 5 = 82

82/7 = 11/52 + 5/7

POA = 11/52 + 5/7 atau 11 minggu 5 hari.


Continue Reading... Labels: ,


Kemarau musim tengkujuh

nanges nanges buruk
1 comments

13.02.2011 [11.29 am] ; Cerah ; Port Dickson

Hurmm.. Bagaimana ingin aku memulakan ayat? Hati mula gelisah. Kadang kala terasa sakitnya, tapi aku tidak mampu mengadu pada sesiapa. Apakan daya, demi cita - cita, segalanya terpaksa aku korbankan. Ah., jangan mengeluh. Ini lah kehidupan yang aku inginkan. Kembali ke alam persekolahan, menebus kembali harapan yang tidak mampu aku tunaikan. Tapi.. banyak kali aku merasa, aku kah trouble maker dalam setiap perkara?

Lalu, aku berlalu pergi. Perlahan dan tidak disedari. Andai benar pun, aku hilang,takkan ada yang perasan. Kehadiran aku tidak pernah dipinta. Hidup keseorangan bukanlah sesuatu yang teruk. Mungkin lebih senang. Mungkin. Tapi kenapa hati masih degil untuk mengharapkan keajaipan berlaku.

Aku bukan lah seorang manusia yang sempurna. Aku ingin juga diterima seada nya, tapi, bila aku tidak mampu berkata kata, hanya di sini saja tempat meluahkan kata. Jangan sampai kata kata yang tertera di sini di salah erti. Jangan sesekali mentafsir dari sudut pandangan peribadi. Aku tahu kita masing masing ada pandangan tersendiri. Cuma, aku berharap, agar ada yang memahami.

Aku rindukan teman. Seorang teman yang dulunya menerima aku seadanya. Bergurau senda, tertawa bersama. Bila aku merajuk dia yang memujuk. Aku sangat terasa kehilangan. Aku bukan seorang manusia yang senang menerima kehadiran orang asing dalam hidup. Bila aku rasa serasi, aku ingin bersama dengan nya sampai bila bila. Namun, aku faham, setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Wei.. aku rindu ba ama kamu Hera.... Aku nang sik boleh hidup kedak tok.. Bila ko maok datang sitok kah?

Huk huk.. [ kesat air mate jap ].. Nak balik and masuk kolej balik. Jumpa lagi di minggu yang akan datang. Insyallah.

Assalamualaikum wbt

Continue Reading... Labels: , ,


Bagaimana menjangka EDD [ Tarikh Kelahiran bayi]

Gembira
5 comments

Salam semua,

Teringin berkongsi pengetahuan yang aku pelajari sepanjang aku berada di sini. Tempat dirahsiakan.. hak hak hak.. kang ada lak yang cari aku kang.:p

EDD adalah jangkamasa kelahiran bayi dalam bahasa mudahnya.

Firstly, kita kena tahu bilakah tarikh hari pertama bulan terakhir kita period.

Contoh : 12.02.2010

Tambahkan 7 pada hari dan tambah 9 pada bulan

12   02  2010
+7   +9
---------
19   11   2010

Jadi EDD atau jangkamasa kelahiran bayi adalah pada 19.11.2010.

Selamat mencuba :)


Continue Reading... Labels: , ,


 

Sharing Is Caring

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors