Bahasa Jiwa Bangsa




#BahasaJiwaBangsa
#DitemuBuahKetegalLanggu_DitemuBangsaKetegalJaku
#iniKaranganpanjang
#lebih200patahPerkataan


Alkisah minggu lepas yang x sempat aku update..

Masuk ward peads, (sesi praktikal), sekali tu aku terdengar satu slang yang sangat biasa, yang sangat aku rindu. Bahasa Iban! Aku cari, dan aku sedar, ada seorang pesakit cilik kami adalah bangsa aku sendiri. Teruja nya aku umpama seperti korang duduk luar negara, memang korang boleh bertutur omputih, tapi bila jumpa orang yang boleh berbahasa melayu, korang akan faham perasaan itu bagaimana. 

Aku seperti biasa, menyibukkan diri ke arah kumpulan itu. Ada bapa bapa dan mak mak.. 

Aku : orang sarawak kah? (saja tanya untuk dabel konfirm)
Dorang : Ya..
Aku : Iban?
Dorang : Ya..
Aku : Ari ni penatai kita? (Asal dari mana) itu dia, keluar terus bahasa iban aku.. dorang semua pandang terkejut, budak bertudung, duduk malaya, bercakap bahasa dalam slanga yang nak kata baku tak baku lagi dah, nak kata kolompo pon x kolompo jugak.. 
Ayah ayah : Bah, iban d pia (kamu iban kah?)
Aku : Auk (ya). Kita org ni? (Kamu org mana?)
Ayah ayah : masing masing jawap kampung masing masing.

Dan aku pulak mengusik anak anak yang dorg ni bawa sekali. And, u know what.. tetiba mak tu cakap apa dengan aku bila aku tanya budak tu umur berapa?

Mak : Berapa tahun umur kamu? Cakaplah kat kakak.. 

Aku be like ๐Ÿคจ

Mak bercakap bahasa melayu dengan aku! Dem.. terkejut beruk aku.. aku rasa beruk pon tak terkejut macam aku.. Aku sengih, dan terus blah.. Bukan aku tidak boleh terima dia bercakap bahasa melayu, tapi.. aku merasakan satu kerugian di situ.. bila kamu sendiri membuang bahasa ibunda kamu.. 

Mak iban, bapak iban, anak iban tapi sedih anak tidak tahu bercakap bahasa iban disebabkan kamu serapkan budaya yang asalnya bukan milik kamu.

Aku, sampai hari ni masih teringat betapa malu nya, bila aku lupa bagaimana menyebut loceng dalam bahasa iban.. kejadian beberapa tahun lepas, aku balik ke bumi kenyalang dan shopping dengan mami. Aku cakap dengan mami aku nak beli loceng. Terkedu orang tua tu, x faham loceng tu apa. Sampaikan aku terpaksa buat bunyi loceng baru dia faham. 

"ko kami iban, Gerunung nya anak..² (Kami iban panggil "Gerunung" tu wahai anak) .. 

Dan, betapa aku segan bila aku bertanya dengan adik aku Edward Thauries, maksud berhati hati dalam bahasa iban.. 

Aku hidup dalam persekitaran dan masyarakat Iban aku selama 20 tahun, Islam pada umur yang ke 21, berjumpa dan berkahwin dengan orang melayu umur yang ke 22 dan 8 tahun hidup di sekelilingnya aku bercakap hanya berbahasa melayu. Iban aku ke laut, melayu aku pon boleh tahan jahanamnya.. macam mana pon aku cuba untuk copy slang orang malaya, aku tidak mampu sorokkan bahawa aku iban sungai rajang... yang mana huruf R bertukar jadi H ๐Ÿ˜„

Urang = uhang
lori = luhi
parai = pahai

hahaha.. 




0 Responses to "Bahasa Jiwa Bangsa"
Comment with our Yahoo! Smiley :
  • :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

    Post a Comment

     

    Sharing Is Caring

    Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors