Kembali lagi dengan pelbagai jiwa. Aku merindu. Oh ya, setelah menghilangkan diri selama bertahun, kini aku kembali dengan bergelar sebagai pelatih sekali lagi. Rezeki aku. Tinggalkan anak yang kini sudah dua. Merindu hanya Allah yang tahu. Lebih lebih lagi rindu aku pada Alya.
Aku korbankan jua hati, cinta dan sayang aku hanya kerana cita cita, hanya kerana kerjaya yang mengundang caci maki orang lain, kerjaya yang orang lain inginkan sempurna namun mereka tidak tahu apa yang aku lalui, apa harga yang harus aku beri. Dari Jururawat Masyarakat, (JM U19) untuk naik menjadi jururawat (U29), aku kena tinggalkan anak anak aku beribu batu, duduk bermalam seperti pelajar kolej yang langsung tiada komitmen.
Aku terpaksa berhadapan dengan pelbagai assignment, aku kena praktikal lagi di wad wad, dan, aku terpaksa balik 2 minggu sekali dengan cuti yang tiada. Banyak rasa aku ingin berhenti kerja, namun, aku memikirkan inilah rezeki yang bakal membesarkan anak anak aku disamping suami disisi. Kita tidak tahu siapa yang akan pergi dulu.. sekurang kurangnya aku tawakal dan bersedia untuk apa saja kemungkinan..
Hari ini, izinkan aku menangis merindukan cahaya mata.. hari ini, izinkan aku menangis merindukan gelak tawa, hari ini,izinkan aku menangis merindukan kaletah manja..
Anak anak, maafkanlah wanita ini.. Aku harap kamu lupakan semuanya..

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment