14.12.2010

Gembira

14.12.2010 [ 8.20 am] ; Mendung; Putrajaya

Semalam aku mendapat surat penetapan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, [KKM] berkenaan dengan tawaran kursus Kejururawatan yang aku pohon entah pada tahun bila. Bergetar tangan bila mendapat surat tu, antara gembira dan sedih. Sambil aku terfikir ke mana kah arah tuju hidup aku selepas ini. Banyak kemungkinan yang akan aku dapat jika aku mengambil / tidak mengambil peluang ini. Jika aku tidak pergi, aku akan tersekat dalam suasana seperti ini buat selamanya. Sampai bila pun aku tidak akan dapat menyara hidup kedua ibu bapa ku. Jika aku pergi, aku akan mungkin kehilangan sesuatu yang selama ini amat aku sayang dan hargai, aku mungkin akan kehilangan masa lapang. Aku akan kehilangan masa masa yang aku habiskan untuk bermain game atau mengupdate blog aku. Aku mungkin akan hilang kebebasan masa untuk curi-curi keluar dan ponteng kerja. Semua itu takkan ada. Dan paling penting, jika aku pergi, aku takkan boleh bergayut dalam talian lagi. Huhuhu.



Orang kata, kenapa nak tinggalkan hidup yang selesa? soalEntah, sejak aku ingat, dari umur yang kecik, mummy memang dah ajar aku, bila besar nanti jadi doktor, Boleh tolong orang sakit. Semasa mendiang nenek aku sakit, aku nak jadi doktor pakar jantung, takde lah mummy susah susah cari duit untuk merawat nenek. Tapi, tak kesampaian bila nenek meninggalkan aku buat selamanya pada 13.02.2004 (Jumaat; 9.45pm). Masa tu, aku dapat tawaran biasiswa dari BKP (Biasiswa Kecil Persekutuan) yang memerlukan mummy balik ke rumah, dan tidak sempat bersama dengan nenek di saat akhirnya. Selepas kejadian itu, aku kuburkan niat nak jadi doktor pakar jantung, aku tukar bidang, nak jadi doktor psikologi (tapi doktor jugak). Dan bermulalah kehidupan aku sebagai kaunselor tidak bertauliah dalam sekolah. Hahaha. Sampai sekarang, keinginan itu masih ada.






 

Sharing Is Caring

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors