Bukan Salah Ibu Mengandung

nanges

Jumaat, kawan sepejabat sibuk bercerita tentang kisah seorang ibu yang ditinggalkan di bawah terik matahari, sementara anaknya sedang menjamu selera di dalam cafe berhawa dingin. Ceritanya begini : Mak tersebut menemani anaknya untuk melapor diri di pejabat dan kejadian itu berlaku pada waktu makan tengahari. Aku kesian juga dengan ibu malang itu. Tapi, tiba tiba terdetik di hati aku. Bersalahkah anak dia? Entah. Aku tak da idea. Bagi aku, ada kemungkinan besar didikan yang diberikan pada anak itu kurang betul. Mana mungkin anak yang dididik makan secara berasingan akan teringat untuk membawa ibu bapanya makan sekali. Mana mungkin anak yang meninggi suara, tapi ibu bapa berdiam diri akan menghormati ibu bapanya. Aku melihat dari pengalaman, ibu bapa zaman sekarang terlalu lembut hati, anak meninggi suara, mereka diam. soal. Kalau zaman aku dahulu, aku hentak kaki je mak dah marah. Huhuhu. Bingit telinga dengar mak membebel selepas itu.bising. Bila aku memberitahu sebegitu, kawan kawan (kakak kakak) kat opis melenting. Jangan salahkan ibu. Aku diam. Dalam hati aku berkata, aku bukan menyalahkan ibu, tapi itu mungkin hakikatnya bukan?




0 Responses to "Bukan Salah Ibu Mengandung"
Comment with our Yahoo! Smiley :
  • :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

    Post a Comment

     

    Sharing Is Caring

    Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors