22.12.2010 [Darah Tinggi]

kritikal

22.12.2010 [2.45 pm] ; Cerah ; Putrajaya

Defini Darah Tinggi -

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.[1] Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

- Kredit untuk Wikipedia di atas maklumat dan definisi.

Baru sebentar tadi, salah seorang kakak opis aku terpaksa dihantar pulang ke pejabat kerana tekanan darah tinggi melambung naik. (kot) . Kesian juga la aku tengok, masalahnya aku tak pernah berhadapan dengan situasi yang seperti itu, jadi aku terkebil kebil. Memang jenis manusia yang kurang prihatin. Huhuhu. Stress sangat kot, yeala, semasa kat Pangkor asyik bertekak je. Wakakaka.

Bukan le nak membuka pekung di dada, dah hakikatnya macam tu, cuba lah dibawa enjoy segala aktivti, sudah tentu ia nya sangat menyeronokkan. ihikhik





 

Sharing Is Caring

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors