Mummy called. Bercerita tentang sesuatu yang membuat dia menangis. Sehingga aku pun tidak dapat menahan sebak. Beberapa hari lepas, ayah minta aku belikan dia kasut. Aku cakap, ok. Sekali dia mintak yang harga ratus ratus, telan air liur jugak aku. Insyallah kalau boleh. Pastu, datang pulak surat dari KKM yang boleh aku katakan menghancurkan semua angan angan ayah aku tadi tu. Tapi, aku tak sampai hati nak bagitau kat dia. Aku dah banyak kali kecewakan dia, sakitkan hati dia. Kebetulan mummy called, aku gtau kat mummy aku perlukan duit yang banyak untuk menampung perbelanjaan aku ke KKM nanti.
Nak dijadikan cerita, pagi tadi, mummy ngan adik bawa ayah pergi pekan. Adik suruh ayah pakai seluar baru dia, dia tak nak. Dia kata dia nak tunggu anak dia sampai, bawa kasut baru dia, barulah dia pakai seluar tu. Aduh. Luruh hati aku. Bagaimana aku hendak pulang dengan tangan kosong jika setinggi itu harapan dia. Memang patut pun dia minta semua itu, kerana apa jua permintaan aku, dia tunaikan semampu yang mungkin. Oleh kerana mummy tahu, aku bermungkinan besar tidak membeli kasut tu, mummy bawa ayah pergi beli kasut, ayah mati mati tak mahu. Dia nak aku juga belikan. Akhirnya, mummy tipu ayah, mummy kata aku kirimkan duit untuk beli kasut tu di sana, takut kalau aku beli di sini tanpa kehadiran ayah tak muat pula nanti. Baru lah ayah bersetuju. Menangis mummy. Pastu, mummy cerita, ayah nak cari kerja, nanti ada la tolong aku cari duit belanja bila aku dalam tempoh latihan aku. Sekali lagi aku terkedu. Selama ini, aku tidak pernah melihat kebaikan kedua orang tua aku. Yang aku tahu, mereka suka mengongkong kehidupan aku, suka membebel tak tentu pasal, segala yang negatiflah. Tapi, di saat aku susah, mereka lah yang akan menyokong aku. Selama ini, aku nampak kawan kawan aku yang baik. Kawan kawan yang baik, yang mana ada niat tertentu dalam hidup mereka terhadap aku, kawan kawan yang baik, yang mana meninggalkan aku di saat aku kesusahan, bahkan sanggup menghalau aku dari rumah. Kawan kawan yang baik, yang mana sanggup menipu aku untuk kepentingan diri sendiri. Kawan kawan yang baik, yang mana sanggup menikam aku dari belakang. Dan semuanya salah aku sendiri kerana aku percaya mereka adalah kawan kawan yang baik.

iya..ku ziarah jugak blog mu...
ekekeke...
KKM tu di mana?
December 16, 2010 at 4:58 PM
KKM tu stand for kementerian Kesihatan malaysia.. aku called ko ba tadi.. tapi network bz...
December 16, 2010 at 5:47 PM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment