Ikan Masam Manis

confiusla


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan ( cadangan : ikan bawal, Kerapu) - dilumurkan dengan telur putih dan tepung jagung
  • 5 ulas bawang putih - dikisar halus
  • 1 inci halia - dikisar halus
  • 10 tangkai cili kering - dikisar halus
  • 1 labu bawang besar - dipotong 6
  • 2 biji buah tomato - dipotong dadu
  • capsicum (cili trafik light) - dipotong dadu
  • nenas - dipotong kecil atau dadu
  • Lobak Merah - dipotong memanjang
  • timun - dibuang isinya dan dipotong dadu
  • daun bawang - dihiris panjang
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • beberapa titik minyak bijan
  • 1 kiub stok ayam
  • sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
  • 300ml air
  • garam dan serbuk lada sulah secukupnya
cara - cara :
  1. Goreng ikan sehingga garing.
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak.
  4. Tumiskan bawang putih, halia dan cili kisar sehingga garing.
  5. Selepas itu masukkan stok ayam, sos tiram, sos tomato, minyak bijan, semua sayuran dan bawang besar.
  6. Kacau rata dan tumiskan sebentar.
  7. Kemudian barulah dimasukkan air dan rasa.
  8. Tambahkan garam jika perlu dan serbuk lada sulah.
  9. Pekatkan kuah dengan bancuhan air tepung jagung.
  10. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang.
  11. Tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
  12. Hidangkan dengan nasi dan lauk yang lain.


0 Responses to "Ikan Masam Manis"
Comment with our Yahoo! Smiley :
  • :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

    Post a Comment

     

    Sharing Is Caring

    Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors