Lelaki yang ditolak

1 comments

26.02.2011 [4.43pm]; Cerah ; Port Dickson

Lelaki dambaan wanita? Opss.. silap, wanita pilihan lelaki semestinya. Mungkin ada di antara lelaki yang diluar sana inginkan wanita yang :

1. yang pandai masak
2. yang pandai kemas rumah
3. yang pandai hias diri
4. pandai jaga anak anak

Kalau perempuan pula :

1. nak yang berharta
2. ada rupa
3. yang romantis
4. yang pandai memujuk
5. yang ada segalanya.

Adakah kita berada di golongan itu? Pernah kah kita terfikir untuk memilih suami yang boleh menjadi imam. Tak yah la cerita pasal tok imam masjid. Cukuplah sekadar mengimamkan solat di rumah.Pernahkah terfikir untuk mencari lelaki yang hanya menyintai kita? 

Aku? Aku pernah terfikir untuk mencari lelaki yang berkerja dengan kerajaan. Bagiku, pekerja kerajaan ni masa depan terjamin. Status kewangan kukuh. Kononnya lah. Tapi, kebanyakkan pekerja kerajaan ni lagi miskin dari pekerja swasta. Itu terpulang pada individu itu sendiri untuk mengatur kedudukan kewangannya. Tambahan pula, pekerja kerajaan ni sangat senang berhutang. Malah, baru 2 3 bulan bekerja, 'pemberi dan peminta duit' ni akan datang sendiri mencari mereka. Dengan madah yang penuh berhelah.Aku pernah dapat lelaki dari golongan ini, tapi aku tolak.

Aku pernah minta lelaki yang menyayangi aku dan keluarga aku. Aku dapat, dan memang tidak dinafikan keluarga aku sangat menyenanginya. Aku tolak juga akhirnya. Tak tahu lah kenapa. Aku jemu. Mungkin memang salah aku. Entahlah. Selepas itu, aku minta lelaki yang memperkenalkan aku kepada semua ahli keluarganya, dan aku dapat. Aku minta sebegitu kerana lelaki yang terdahulu tidak pernah memperkenalkan aku kepada keluarganya. Tapi, aku tolak juga. Aku tidak tahan dengan panas barannya. 
Dan akhirnya, aku minta lelaki yang beriman, yang menyayangi aku dan keluarga ku, yang setia hanya kepada aku, yang menerima segala kekurangan aku. Aku dapat. Allah Maha Pengasih. Tapi, bukan aku tolak. Cuma belum sempat aku menyulam kasih. Aku terjerumus ke dalam masalah yang aku cari. Akirnya aku tersedar, aku terlalu banyak meminta. Tapi aku tidak pernah bersyukur, aku tidak pernah cuba untuk menjaga benda yang aku dapat. Dan, aku memutuskan aku ingin menjaga apa yang aku dapat dengan baik. Ingin mengubah cara penampilan dan sikap aku. Tapi, aku ditolak. Hahaha.. nak buat macam mana.Itu pembalasan dunia. Perlukah aku merungut? Entah lah. Terima je la.. dah nasib badan. Wakakaka. 

Cuma kadang kala, aku terlupa. Aku sering kali bertanya. Apakah taubat dan solatku tak diterima? Tiada jawapan. Dan aku tidak mampu meneka jawapannya.Adakah aku masih berani untuk meminta? Entah. Mungkin ya. Dan jika ya.. aku tetap inginkan lelaki yang beriman, yang menerima segala kekurangan ku, yang menyayangi aku dan keluargaku, yang hanya menyintai aku sepenuhnya dan yang paling utama, aku juga turut menyintai lelaki itu. Kalau boleh,aku tidak mahu bercinta dengan suami orang. Hahaha.. Ok lah.. adios.


















Continue Reading... Labels:


Stress - Langkah - langkah untuk mengatasi

0 comments

Apakah itu STRESS?


Stress boleh dikategorikan sebagai satu ketakutan. Atau dengan kata lain, sterss adalah tekanan atau kerisauan disebabkan oleh masalah dalam kehidupan seseorang ataupun suatu keadaan yang tidak boleh dielakkan dalam kehidupan seharian.

Stress juga penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan.

JENIS -JENIS STRESS.


Stres dibahagikan kepada dua jenis iaitu EUSTRESS dan DISTRESS.

EUSTRESS - dilihat sebagai stress yang baik dan mendatangkan manfaat kepada daya motivasi, kesihatan dan aktiviti fizikal.

DISTRESS - stress negatif yang boleh mengancam kesihatan fizikal dan mental. Ia berpunca daripada ketidakseimbangan di antara tuntutan tekanan dengan sumber yang mengatasinya.

FAKTOR FAKTOR STRESS.

Fizikal

- beban kerja ( jika terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dalam amasa terdekat sehingga tidak tahu yang mana satu perlu disiapkan terlebih dahulu.)
- keadaan sesak
- suasana bising
- persekitaan tempat tinggal yang tidak sempurna
- bencana alam

Psikologikal

- tindakbalas terhadap keadaan yang mengancam kesejahteraan emosi
- mangsa rogol
- masalah kewangan
- hilang upaya
- hilang harta benda
- peristiwa sedih
- klien yang didiagnosis dengan kanser
- pergaduhan
- perkahwinan
- melahirkan bayi

Kerohanian

- contohnya - mendapat sakit yang boleh membawa maut mengakibatkan dia menyalahkan Tuhan.

TANDA - TANDA STRESS

Dari segi luaran
- sakit kepala, unreality
- Sakit pada leher, bahu dan belakang
- Berdebar , nafas tercungap
- Kejang, sembelit, perubahan berat badan
- berpeluh

Dari segi dalaman
- kerap lupa
-sukar beri tumpuan
- sukar proses maklumat
- idea mengkritik diri
- buntu
- keliru
- Preoccupied idea (melayang)

Dari segi emosi
- kerap meradang / marah
- anxieti / bimbang
- panik
- sedih
- murung
- rasa bersalah

PENGURUSAN STRESS


Pengurusan stress merujuk kepada sumber keupayaan diri untuk melawan punca tekanan.

Antaranya ialah :

- mengubah apa yang mampu diubah dan menerima apa yang kita tidak boleh ubah.
- mengimbangi di antara waktu kerja dan rehat serta bersantai.
- meluahkan perasaan yang bercelaru dengan seseorang yang boleh dipercayai dan dihormati.
- bersifat positif
- pengurusan masa yang baik.
- mengamalkan teknik relaksasi (mendengar muzik yang digemari, membentuk imej yang menarik dalam mind anda, bernafas dalam dll.)
- Aromaterapi
- mengamalkan cara hidup yang sihat.

Jika cara cara di atas tidak dapat mengatasi STRESS anda. Anda haruslah berjumpa doktor dan kaunselor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.


p/s : Jangan memikirkan untuk mati, kerana kita adalah di antara jutaan SPERMA yang berjaya suatu ketika dahulu. Fikirkan orang lain yang lebih bermasalah daripada kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal.



Continue Reading... Labels:


Pemisah dua jiwa

0 comments

26.02.2011 [Cerah] ; 4.50 pm ; Port Dickson

Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan sehingga aku tidak tahu di mana harus aku bermula. Oh.. pertama sekali aku terasa begitu penat sepanjang minggu ini. Sebabnya? Aku gatal gatal menyibukkan diri dengan game. LoL. Setelah hampir 6 tahun aku meninggalkan kehidupan yang aktif, kembali semula bermain, membuatkan semua urat dan otot aku terkejut. Hahahaha.. Main game apa agaknya aku sampai seksa begini. Alaa... FUTSAL. Jangan tak percaya, orang sekecik dan sependek aku ni menjadi GOL KEEPER. Wakakakaka... Sepanjang minggu ni diadakan pemilihan dan aku belum pasti sama ada aku terpilih atau tidak. Dan aku malas untuk memikirkan nya, bila ada pergolakkan dalaman dalam team angkara dari 'pendatang haram'. Maybe sifat pendatang haram memang begitu. Datang sesuka hati selepas itu menghuru hura kan kehidupan orang lain.

Selepas itu, aku sibuk menyiapkan proposal untuk kelab, sampai tengah malam lah aku berada di dalam makmal. Hurmm... bukan makmal bedah. Makmal komputer. Dengan tidak cukup tidur dan kesakitan yang amat sangat, memang aku rasa tidak larat sangat sangat. Exam mungkin dimulakan Isnin ini. Insyallah. Doakan yang terbaik untuk aku. Itu yang nyata kenapa aku nampak penat.

23/02/2011 - Sekali lagi emosi diuji. Teringin sangat aku balik ke tempat asal. Sakit. Aku bukan sakit kerana tindakan, tapi sakit dengan kata-kata. Dan, dek kerana kesakitan itu, terselit sedikit penyesalan kenapa aku harus meneruskan kehidupan. Malam, mak called. Seolah olah tahu yang aku sedang berdepan dengan bala. Tapi, bukannya ingin memahami, bahkan menambahkan beban perasaan aku. Dan sehingga kini aku tidak pernah called atau sms mak. Aku merajuk! Aku benar-benar merajuk. Aku cuma inginkan mereka mendengar, dan kadang kala fikirkan lah apa yang aku katakan. Bukan semua kata kata yang aku ucapkan tidak matang. Mungkin orang sedang berkata, ah.. persekitaran aku terlalu ramai kawan kawan.

Ya, benar. Memang ramai kawan kawan. Aku mula mempercayai mereka. Tapi ada kes di mana aku mengetahui mereka bukan rakan yang bagus. Kawan kawan zaman sekarang, adalah kawan kawan yang boleh dibeli dengan duit. Aku bukan anak orang kaya yang mampu membeli manusia.Akhirnya aku selesa bersendirian. Walaupun sejak akhir ini, ada beberapa orang cuba mendekati aku, aku tidak mahu. Aku semakin takut untuk disakiti dan menyakiti. Aku bukan seorang rakan yang baik, tapi aku tahu, aku mampu menjadi rakan yang dirindui. Dan, secara tidak langsung, aku kembali dengan dunia aku. BERANGAN. Berangan agar aku mempunyai seorang rakan yang setia bersama aku. Tak semua orang tahu, kenapa dan mengapa aku jadi sampai seteruk ini. Argh.. tak perlu nak tahu.

Well.. itu cerita sedih dan marah bersama kecewa. Jangan ingat aku seorang yang sentiasa dalam kesakitan, uniform aku dah sampai. Tetapi disebabkan seluar tetiba je mengecut bila sampai di kolej menyebabkan aku tidak dapat menayangkannya kepada kamu semua. LoL. Akhirnya, tercapai juga hajat aku untuk memakai seragam berwarna putih. Hehehehe..bimbang pun ada jugak. Aku bukan reti jaga barang berwarna putih ni. Kang ada lah tompok tompok taik unta dalam pakaian aku.

Entahlah, apa akan jadi dengan kehidupan aku selepas ini. Aku tidak lagi peduli. Buat apa berusaha untuk masa depan yang tidak nyata. Adios.
Continue Reading... Labels:


Lirik Lagu - Dunia - Bunkface with MP3 download -

2 comments

Dunia - Bunkface Lirik

Gelisah tak bermaya
Manipulasi antara kita
Dan bencana yang melanda
Generasiku menjadi mangsa
Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku

Korus
Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia kuasa sementara
Komunikasi tiada makna

Dan tindak balas ego yang ku terima
Tiada perasaan kecewa
Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku

Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia kita
Lalalalala oh oh oh oh
oh oh oh oh

Ulang korus




Continue Reading... Labels: ,


Blogger Tricks - Share Button -

0 comments

Salam sejahtera semua. Mungkin ramai yang telah mengetahui fungsi ' Button Share' dalam dimelayukan sebagai butang kongsi. Erm.. cam tak betul je.. Apa apapun, mari kita cuba.

Step 1. Pergi ke Dashboard, klik 'Design' > Page Elements > Edit HTML

Step 2. Tambahkan kod di bawah , di mana saja anda inginkan ia kelihatan.

<b:include data='post' name='shareButtons'/>

Biasanya, jika dalam normal Templates, anda boleh meletakkan kod di atas selepas kod di bawah ini.

<p class='post-footer-line post-footer-line-1'>

Jika anda tidak menjumpai kod tersebut, cari kod di bawah.


<p><data:post.body/></p>

Kemudian tambahkan kod ini dibawah line kod yang anda cari.

<p><data:post.body/></p>
<div style='clear:both; padding: 10px 10px 10px 10px;'> <b:include data='post' name='shareButtons'/> </div>


Selamat mencuba.

Continue Reading... Labels:


Bisik bisik

0 comments

20.02.2011 [Cerah] ; 01.32 pm ; Port Dickson

Hari yang memenatkan. Kalau boleh aku hendak tidur sepanjang hari tapi, memandangkan aku 'tersegan' ngan budak budak dalam rumah, aku gagahkan jua untuk bangun. ALangkah bagus nye jika kali ini aku berada di rumah sendiri. Sudah pastinya aku bergolek hingga tak sedar diri. Wakakaka..

Banyak benda yang nak aku kongsi, tapi kadang kadang aku memikirkan privasi aku dan orang orang di sekeliling aku. Maka aku diamkan. Tapi kadang kadang, gatal tangan untuk menulis. Lebih lebih lagi bila tiada orang yang sudi untuk mendengar luahan kata kata hati aku. Cewah.

Setakat ini, aku seronok belajar, cuma kadang kadang aku tertidur dalam kelas. Itu biasa. Wakakaka. Apa lagi yang aku belajar ya.. Nanti lah aku kongsikan.

Selamat untuk semuanya.. - Timne off -

Continue Reading... Labels:


Air mata

Geram ni
0 comments

13.02.2011 [06.00 pm] ; Cerah ; Port Dickson

Air mata itu biasa dalam kehidupan. Dan tiada sesiapa yang menyukainya. Waima orang yang mengeluarkan air mata atau orang yang melihat air mata. Air mata mempamerkan banyak emosi, sama ada gembira, marah, ataupun sedih. Yang nyata, air mata seringkali ada ketika terluka. Lelaki dan wanita sama saja, ada masa mengeluarkan air mata. Orang kata, air mata penghapus dosa. Yakah? Allahua'alam. Aku tak berani komen.Aku tak sedar sejak bila aku menjadi seorang manusia yang mudah mengeluarkan air mata. Aku menjadi sangat sensitif, apa jua emosi, air mata pasti ada. Aku benci keadaan yang sebegitu.

Aku bukannya tidak sedar, sememangnya dari dahulu aku ni kekurangan kasih sayang, merempat menagih simpati, ada yang kasihan. Ada yang sekadar mengambil kesempatan. Biarlah, adat manusia memang begitu. Aku cuba untuk hidup sendiri. Melakukan perkara sendiri. Tapi aku tetap dibayangi kasih sayang yang aku inginkan. Sakit. Aku cuba untuk melepaskan orang yang aku sayang secara perlahan lahan, semakin aku ingin lakukan, semakin ia menghantui lantas menyakiti hati.

Aku bukan lah seorang manusia yang baik dalam serba serbi. Aku cuma insan biasa yang berteleku di sudut dunia. Kadang kala aku ingin mereka mereka di luar sana melihat ke arah ku. Tapi, yang ada hanya jelingan sinis yang melukakan hati. Kesetiaan yang ada tidak cukup untuk membuktikan kasih sayang. Aku keliru dalam dunia yang aku cipta.

Dengan menyatakan sedih mungkin tidak cukup untuk orang lain memahami kita. Aku tak minta pun. Cuma terfikir, apakah janji aku ketika di alam roh dahulu? Dan apakah terampun dosa dosa sehingga aku merasa begitu sukar untuk bernafas dalam dunia pinjaman Allah. Sakit!


Continue Reading... Labels: ,


POA - Usia kehamilan

Gembira
0 comments

POA adalah usia kehamilan ibu. Ia boleh dikira apabila kita mengetahui tarikh hari pertama bulan terakhir [LNMP] atau Jangkamasa kelahiran [EDD].

Contoh :
LNMP : 12.2.2010
Tarikh lawatan : 5.5.2010

Feb : 28 (-12) = 16
Mac : 31
Apr : 30
May : 5

Total : 16 + 31 + 30 + 5 = 82

82/7 = 11/52 + 5/7

POA = 11/52 + 5/7 atau 11 minggu 5 hari.


Continue Reading... Labels: ,


Kemarau musim tengkujuh

nanges nanges buruk
1 comments

13.02.2011 [11.29 am] ; Cerah ; Port Dickson

Hurmm.. Bagaimana ingin aku memulakan ayat? Hati mula gelisah. Kadang kala terasa sakitnya, tapi aku tidak mampu mengadu pada sesiapa. Apakan daya, demi cita - cita, segalanya terpaksa aku korbankan. Ah., jangan mengeluh. Ini lah kehidupan yang aku inginkan. Kembali ke alam persekolahan, menebus kembali harapan yang tidak mampu aku tunaikan. Tapi.. banyak kali aku merasa, aku kah trouble maker dalam setiap perkara?

Lalu, aku berlalu pergi. Perlahan dan tidak disedari. Andai benar pun, aku hilang,takkan ada yang perasan. Kehadiran aku tidak pernah dipinta. Hidup keseorangan bukanlah sesuatu yang teruk. Mungkin lebih senang. Mungkin. Tapi kenapa hati masih degil untuk mengharapkan keajaipan berlaku.

Aku bukan lah seorang manusia yang sempurna. Aku ingin juga diterima seada nya, tapi, bila aku tidak mampu berkata kata, hanya di sini saja tempat meluahkan kata. Jangan sampai kata kata yang tertera di sini di salah erti. Jangan sesekali mentafsir dari sudut pandangan peribadi. Aku tahu kita masing masing ada pandangan tersendiri. Cuma, aku berharap, agar ada yang memahami.

Aku rindukan teman. Seorang teman yang dulunya menerima aku seadanya. Bergurau senda, tertawa bersama. Bila aku merajuk dia yang memujuk. Aku sangat terasa kehilangan. Aku bukan seorang manusia yang senang menerima kehadiran orang asing dalam hidup. Bila aku rasa serasi, aku ingin bersama dengan nya sampai bila bila. Namun, aku faham, setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Wei.. aku rindu ba ama kamu Hera.... Aku nang sik boleh hidup kedak tok.. Bila ko maok datang sitok kah?

Huk huk.. [ kesat air mate jap ].. Nak balik and masuk kolej balik. Jumpa lagi di minggu yang akan datang. Insyallah.

Assalamualaikum wbt

Continue Reading... Labels: , ,


Bagaimana menjangka EDD [ Tarikh Kelahiran bayi]

Gembira
5 comments

Salam semua,

Teringin berkongsi pengetahuan yang aku pelajari sepanjang aku berada di sini. Tempat dirahsiakan.. hak hak hak.. kang ada lak yang cari aku kang.:p

EDD adalah jangkamasa kelahiran bayi dalam bahasa mudahnya.

Firstly, kita kena tahu bilakah tarikh hari pertama bulan terakhir kita period.

Contoh : 12.02.2010

Tambahkan 7 pada hari dan tambah 9 pada bulan

12   02  2010
+7   +9
---------
19   11   2010

Jadi EDD atau jangkamasa kelahiran bayi adalah pada 19.11.2010.

Selamat mencuba :)


Continue Reading... Labels: , ,


Masuk kandang kambing mengembek

0 comments

23.01.2011 [2.47pm] ; Hujan Panas ; Port Dickson

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak. Itu lah yang sepatutnya aku lakukan sekarang. Sikap terlalu concern dengan keadaan sekeliling membuatkan aku makan hati sendiri. Uwaaaa... Sedihnya hidup bila tahu diri sendiri jauh dari family.

Tapi ada seronoknya. Ada pahit manisnya, dan sekarang ni aku tengah kelaparan. Wakakaka.. Adios.



Continue Reading... Labels:


Kolej Jururawat Masyarakat PD adalah penjara?

Gembira
1 comments

08.1.2010 [ 4.29 pm ] ; Cerah ; Port Dickson

Hoh..Baru Dapat keluar. Sejak dari hari pendaftaran, baru sekarang ni aku dapat kelaur. Itu pun, macam budak sekolah rendah. Mampus aku. Nak update status pun rasa nye semakin tak sempat. Rasa nak menangis bila tinggalkan dunia maya ni.

Adeh.. nak kena blah la.. KJMPD memang best. Tapi peraturan nya agak ketat. Jangan salah anggap. Itu semua memang diharuskan demi melahirkan JM yang lebih berdisiplin. So.. berusaha lah untuk menjadi yang terbaik. :)


Continue Reading... Labels: ,


29.12.2010 [Menghitung Hari]

2 comments

29.12.2010 [8.05pm]; Cerah; Puchong

Menghitung hari, detik demi detik. Menanti saat aku bergelar seorang pelajar. Kisah sedih dan kegembiraan yang cuba untuk aku ungkaikan. Tapi entah kenapa, tetiba aku menjadi sangat takut. Takut aku akan kehilangan. Takut kehilangan orang orang yang kau sayang.

Dalam masa yang sama aku sedih, sedih kerana menyusahkan kedua orang tuaku. Tapi apa kan daya. Aku tak mampu untuk membuat apa apa sekarang.



Continue Reading... Labels:


24.12.2010 [ Journey To Land oF HornBiLL ]

LOL Smiley
2 comments

24.12.2010 [10.49 am] ; Cerah ; Putrajaya

Petang nanti adalah saat yang aku tunggu kan. Membawa bersama tetamu istimewa yang mummy nantikan. Setelah siap packing barang. Agak sedih kerana ini adalah hari aku yang terakhir berada di pejabat. Sedih bila melihat meja aku kosong. [ Tabung anak kucing aku dah masuk dalam kotak ]. Tapi dalam masa yang sama aku sangat teruja. Teruja bila mummy merancang pelbagai aktiviti untuk aku dan tetamu aku.

Sudah semestinya, aku teringin nak mandi laut. Hoh yeah! Laut China Selatan seolah olah melambai ke arah aku. hehehe. Perasaan aku semakin melonjak. Teringat segala kenangan yang aku lukis di kampung halaman. Alangkah indah sesuatu itu jika dikenang balik.


Mungkin aku akan off sehingga 27.12.2010 [Isnin]. Membayangkan betapa gembiranya aku. Selamat tinggal Tanah Malaya. Welcome Bumi Kenyalang. Aku datang dengan seribu senyuman.



Continue Reading... Labels: ,


7 Kesilapan Pengantin Baru

5 comments

1. Jangan Berhutang
Memang tidak seronok membincangkan masalah kewangan sebelum perkahwinan, namun kenyataannya pada tahun tahun pertama perkahwinan banyak keperluan yang anda perlukan, contoh keperluan membeli rumah. Ingat! Wang amat penting, jadi bincangkan seawal mungkin sebelum dan seawal perkahwinan.
Alasan :
  • Masalah kewangan yang tidak boleh diselesaikan boleh menimbulkan duri dalam kehidupan berumahtangga.
  • Hutang terlalu banyak.
  • Tidak tahu bagaimana mengatasi masalah hutang piutang.
Perlu dilakukan :
  • Selesaikan masalah hutang menguruskan perkahwinan secepat mungkin. Jika tidak ia akan menyebabkan anda terus dan menambahkan hutang yang ada.
  • Demi kebaikan bersama, bersifat terbuka mengenai hutang masing masing kerana anda harus ingat tidak lama lagi anda akan berkahwin.
  • Buat perancangan kewangan yang matang demi masa depan bersama.
2. Melupakan teman teman
Anda luar akan teman teman? Ada tiga sebab kenapa anda tidak memperdulikan mereka
Alasan :
  • Anda mempunyai pasangan (seseorang yang selalu ada di saat anda memerlukan)
  • Tidak seorang pun yang faham masalah perkahwinan.
  • Mengisi masa lapang bersama pasangan lebih mudah dibandingkan dengan teman teman.

Perlu dilakukan :
  • Jelaskan kepada mereka seawal mungkin bahawa mereka adalah sebahagian daripada hidup anda.
  • Undang atau jemput teman-teman datang ke rumah atau berjalan bersama mereka (berjalan tidak semestinya bersama pasangan saja)
  • Luangkan sedikit masa untuk bersama mereka, walaupun anda sibuk.
3. Jarang melakukan hubungan intim
Seks, merupakan salah satu asas untuk mencipta perkahwinan yang bahagia.
Alasan :
  • Terlalu sibuk.
  • Anda tidak percaya pada diri sendiri.
  • Anda merasa tidak perlu.
Perlu dilakukan :
  • Lakukan hubungan intim walaupun ada yang tidak menginginkannya, bila sudah biasa anda akan terbiasa menikmatinya. Jadualkan bila anda berdua akan melakukan hubungan intim.
  • Bincang masalah seks yang anda hadapi dan atasi masalah dengan segera.
4. Tidak menjaga penampilan diri
Ramai para isteri tidak menjaga penampilan diri kerana telah berkahwin. Kebanyakkan para isteri berfikiran tidak perlu menjaga diri kerana suami menjadi hak milik mereka.
Alasan :
  • Tiada motivasi.
  • Sibuk dengan urusan rumah tangga dan kerja di pejabat (jika bekerja).
  • Akibat terlalu sibuk, ada yang tidak menjaga permakanan, kesihatan dan kecantikkan.
Perlu dilakukan :
  • Buat jadual untuk bersenam, jika boleh buat senaman dengan pasangan, tahukah anda kegiatan apa yang membakar kalori dengan banyak? Jawapannya adalah aktiviti SEKS!
  • Anda mungkin perlukan pakaian yang agak seksi sebagai motivasi dalam penampilan.
  • Saling memberi dorongan dan jangan mengkritik pasangan.
5. Tidak memperdulikan mentua
Hasil kajian membuktikan, ramai pasangan mempunyai masalah dengan mentua, Percayalah, hal ini akan bertambah teruk dengan kehadiran cahaya mata atau masalah lain yang timbul dalam hal berumahtangga.
Alasan :
  • Ini adalah tempoh penyesuaian diri kepada ibu bapa untuk melepaskan anak berumahtangga.
  • Begitu juga dengan anda, oleh itu jangan memburukkan lagi keadaan.
  • Ia bukan mudah, tetapi anda perlu tahu, anda bukan hidup berdua dengan pasangan, sebaiknya anda perlu belajar toleransi.
Perlu dilakukan :
  • Buat perancangan khusus seperti tetapkan hari cuti untuk mengunjungi ibu bapa atau mentua.
  • Elakkan memburuk-burukkan keluarga masing masing.
  • Sentiasa memberi sokongan kepada pasangan anda.
6. Bertengkar
Perselihan faham sememangnya tidak boleh dihindari, sebaiknya selesaikan dengan cara baik dan seboleh-bolehnya lakukan sebelum tidur masalah sudah diselesaikan.
Alasan :
  • Pasangan mempercayai anda, tetapi anda menyalahgunakan kepercayaannya.
  • Anda mudah naik angin kerana tahu bagaimana cara menenangkan pasangan anda. Jadi anda menggunakan cara ini.
  • Anda tidak bimbang dia akan marah jika anda memberitahu kesalahan anda kepada nya di kemudian hari.
Perlu dilakukan :
  • Bincang, tapi dengan hati yang terbuka dan memilih masa yang sesuai untuk berbincang tanpa sebarang rasa dendam.
  • Bila anda benar benar marah, sebaiknya tinggalkan dia seketika untuk menenangkan diri sendiri bagi mengelakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku.
  • Berusaha memperbaiki, minta maaf dan nikmati hubungan intim bersama.
7. Teruja dengan kehadiran cahaya mata
Pasangan baru berkahwin sering beranggapan kehadiran cahaya mata akan membuatkan hubungan mereka sehingga ada suami cemburu dengan bayinya sendiri.
Alasan :
  • Rakan rakan dan sanak saudara seusia anda sudah mempunyai cahaya mata.
  • Membayangkan bayi menangis tengah malam menginginkan susu dan basah.
  • Anda berjimat, membeli rumah, ia bermakna anda perlu merancang semula perbelanjaan rumahtangga.
Perlu dilakukan :
  • Tumpukan perhatian kepada hubungan anda berdua, nikmati peluang bersama.
  • Anda tidak perlu bangun awal pagi untuk menukar lampin atau menyusui bayi.
  • Tingkatkan kewangan, fikirkan waktu yang sesuat untuk membuat perancangan.





Continue Reading... Labels:


Kenangan dari Pangkor

Gembira
0 comments

Seribu kenangan pahit manis yang aku ukir di Pantai Bogak, Pangkor. Kenangan yang akan ku bawa sampai bila bila. Kenangan terhadap insan insan yang bakal aku tinggalkan.

p/s : klik gambar untuk mendapatkan hasil yang lebih baik :)


Hentian Rawang- makan tengahari
Sesi menggedikkan diri - Rawang R&R

Ferri menuju ke destinasi


Dalam ferri - (bot express)

menunggu ketibaan yang dinanti


Makan pada malam pertama di pangkor

Pembahagian kumpulan


Pilihan hati

mandi laut


sesi bergumbira - main air

Sarawakian - seriously







Cik Asrin yang comel








Continue Reading... Labels: ,


22.12.2010 [Darah Tinggi]

kritikal
2 comments

22.12.2010 [2.45 pm] ; Cerah ; Putrajaya

Defini Darah Tinggi -

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.[1] Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

- Kredit untuk Wikipedia di atas maklumat dan definisi.

Baru sebentar tadi, salah seorang kakak opis aku terpaksa dihantar pulang ke pejabat kerana tekanan darah tinggi melambung naik. (kot) . Kesian juga la aku tengok, masalahnya aku tak pernah berhadapan dengan situasi yang seperti itu, jadi aku terkebil kebil. Memang jenis manusia yang kurang prihatin. Huhuhu. Stress sangat kot, yeala, semasa kat Pangkor asyik bertekak je. Wakakaka.

Bukan le nak membuka pekung di dada, dah hakikatnya macam tu, cuba lah dibawa enjoy segala aktivti, sudah tentu ia nya sangat menyeronokkan. ihikhik



Continue Reading... Labels: ,


Pemandu bas Nadi Putra, Putrajaya kurang ajar!

Bole bla la Geram ni
1 comments

Panas! Geram! Sakit hati! Segalanyalah. Ceritanya begini, aku berada di lorong paling kanan, bersedia untuk membelok simpang ke kanan untuk balik ke puchong. Entah dari mana, si pemandu Nadi Putra yang sangat BERTAMADUN cuba mencelah aku. Ape, dia ingat dia tu Perodua Kancil ke apa. Betapa benggangnya aku. Kalau aku berada jauh di belakang, aku tak kisah, ni dia 'lipat' aku macamlah kenderaan dia tu yang paling kecik kat dunia ini. Aku follow terus bas tu, aku lipat jugak. (tak nak kalah). Huhu.. aku berhenti di hadapan bas, aku tak kisah dia nak langgar aku ke, ape nak jadi, jadi lah.

Berdecit bunyik brek bas. Padan muke, Aku keluar, tanpa salam, aku terus 'fire' bas tu, meletup dengan pemandu nya sekali, aku tak puas hati, aku keluarkan kuku tajam ala ala wolfverine. Aku 'zing zing'kan, terputus dua bas itu. Tak cukup dengan itu, aku keluarkan spiderweb aku, aku sangkutkan bas yang kurang ajar itu dalam spiderweb yang aku buat. Aku blah sambil kepuasan.

Itu sekadar ilusi aku sepanjang aku bunyikan hon terhadap bas itu. Nasib baik aku tak langgar divider lagi. Satu kes yang terdahulu, tayar kereta aku yang comel lote pecah dek kerana mengelakkan pemandu bas NADI PUTRA. Geramnya aku!




Continue Reading... Labels: , ,


Goodbye 2010 , Welcome 2011

Thumbs Up
0 comments

Sedar tak sedar, dunia semakin berlari meninggalkan kita. Bukan dunia, tapi masa. *oppsie. Terasa baru semalam aku merajuk dalam melewati 31.12.2009, terasa baru semalam aku membaca post seseorang yang ditujukan khas buat aku di dalam blog dia. Entah hidup atau tidak blog dia tu. Terasa baru semalam aku buat onar di malam 31.12.2009. Protes kononnya, dek kerana protes itu lah, membuat aku dan dia terpisah buat selamanya. Huhuhu. Tanpa aku sedari, hari ini, tinggal 9 hari lagi untuk melangkah ke tahun seterusnya. Tahun 2010, mewarnakan hidup aku yang sedia penuh dengan warna warni, 2010 menyaksikan aku hidup sendirian, aku buat keputusan sendiri. Aku jatuh bangun sendiri, dan 2010 menyaksikan hidup aku yang terlampau berhati hati. 2010 juga melihat, aku yang hampir memalukan diri sendiri, kesannya masih ada hingga sekarang. 2010, sahabat yang menerima aku seadanya Heralisa pergi meninggalkan aku. Kembali ke Borneo dengan segulung ijazah. Munkin sedang berbahagia bersama keluarga tercinta. Cemburunya aku setiap kali dia post tentang keluarganya, sahabat handai nya di sana. 2010, aku mula menjarakkan diri dari dunia realiti, aku cipta dunia fantasi. Saban hari, aku berangan - aku mahu jadi kaya. Aku mahu bahagiakan orang tua, aku mahu family baru ku ceria. Tapi bila masanya? Aku tak tahu. 2010, aku mula tidak percayakan sesiapa. Aku serik. Walaupun kadang kala aku tercerita siapa aku pada orang lain. Biarlah mereka menganggap aku ni seorang yang teruk, aku tak kisah. Dek kerana sikap itu, aku semakin keseorangan. Dan, aku hanya ada seorang kawan, dan dialah segalanya buat aku. Padanya, aku sandarkan harapan, impan, angan angan, walaupun aku tahu dia tak mampu. 2010, banyak menumpahkan air mata ku, tapi banyak juga memberi senyuman untukku. 2010, mengajar aku untuk tidak melawan, mendengar cakap, lebih bertanggungjawap, bijak mengendalikan perasaan. Dan, 2010, yang paling aku hargai, dia datang memberi aku peluang dalam mencapai cita cita yang hampir aku kuburkan.

2010

Januari - 10 - hari lahir aku. Tak ingat sama ada aku celebrate ke tak. Rasanya, ramai yang tak tahu hari jadi aku jatuh pada tarikh tersebut.

Januari - 16 - Seminggu selepas aku dan seseorang menyepi diri, aku melamar seorang lelaki. Huhuhu.. Ayat aku pada dia lebih kurang la camni " Awak, saya penat lah hidup macam ni. Kita nikah nak x? (Awak mesti tolak punye sedih ). Orang malang itu ingat aku main main. Dia ketawakan aku, tapi aku kata aku serius. Aku tak main main. Memang saat itu aku perlukan seseorang menemani hidup aku. Cumanya, aku manusia yang tak reti nak bersyukur.

Februari 3.02.2010 - 11.02.2010 - Kursus induksi umum di IKWAS, Kluang, Johor. Aku memandu seorang diri dari putrajaya ke sana tanpa peneman. Dan paling penting, tanpa LESEN. Heh heh heh.

Mei - Bercuti di Sarawak, bersama mummy tersayang. Mendapat berita yang kurang menyenangkan.

Jun - 23 - Tarikh keramat dalam hidup aku. Aku dapat satu lagi family. Yang selama ini aku cari cari. Walaupun secara tidak sengaja tapi aku amat menghargainya. Aku tidak mahu menjadi manusia yang tidak reti bersyukur.

Disember - 17 - Kali pertama aku menghadiahkan seseorang hadiah sempena hari jadinya. Menggigil tubuh badan aku. Hinggakan bercakap pun aku terketar ketar. Yang penting, aku takut dia tidak menerima pemberian yang tidak seberapa itu. Tapi, alhamdullilah, dia terima seadanya

Seterusnya, liku liku hidup dalam memahami orang lain. Susah. Aku jenis manusia yang boleh mendekati orang lain, kali ini sangat memberi cabaran kepada aku. Akhirnya, aku tahu, mereka amat bermakna dalam hidup aku. Mereka tidak tahu, tak perlu aku beritahu pun sebenarnya.

2011 - Aku harap, kedatangan tahun ini akan lebih dirahmati oleh Allah SWT. Aku doakan orang orang yang pernah melintas kehidupan aku yang lampau menemui sinar kebahagiaan mereka. Aku maafkan orang orang yang pernah menyakiti, mengkhianati, memungkiri dan aku jua pohon seribu keampunan di atas segala salah silap, sama ada sengaja atau tidak. Perilaku yang tidak sopan. Terutamanya pada kakak kakak kat opis, tempat aku melepaskan geram. senyumkenyit Aku doakan agar kedua ibu bapa ku mendapat hidayah sebelum ajal menjemput pulang. Aku doakan panjangkan umur kedua ibu bapa ku, sehingga aku mampu menebus segala susah payah mereka membesarkan aku.


Continue Reading... Labels: ,


Letakan pilihan menyimpan dan butang 'share' dalam setiap post anda! [Put a multiple option save and share button under all your blog posts]

Gembira
2 comments

Blog tricks
kali ini adalah AddToAny.

AddToAny ini menyimpan / butang 'share' telah menjadi sangat popular di kalangan bloggers.Ia tidak terlalu invasif pada gaya blog anda, mengambil sedikit ruangan merangkumi semua pilihan untuk meningkatkan pengunjung kembali ke blog anda dan memberikan pilihan bookmarksosial kepada pembaca blog anda.

Kita akan menyimpan tetapan tersebut ke dalam blog anda dengan 4 langkah mudah : -

1. Klik Dashboard > Design > Edit HTML. [Klik expand widgets template]

2. Cari kod di bawah ini. [ tekan ctrl + F dengan serentak untuk fungsi mencari]

</data:post.body>

3. Paste kod berikut di bawah </data:post.body>

<a class="a2a_dd" href="http://www.addtoany.com/share_save?linkname=&linkurl=URL Blog anda"><img src="http://static.addtoany.com/buttons/share_save_171_16.png" width="171" height="16" border="0" alt="Share/Bookmark"/></a><script type="text/javascript">a2a_linkname=document.title;a2a_linkurl="URL blog anda";</script><script type="text/javascript" src="http://static.addtoany.com/menu/page.js"></script>

Pastikan anda menukar tulisan berwarna merah dengan url blog anda sendiri.

4. Simpan tetapan anda dan refesh untuk melihat hasilnya. Selamat mencuba.



Continue Reading... Labels: , ,


21.12.2010 [ Camar yang merindu ]

nanges buruk
2 comments

Dari kejauhan, sang camar merenung.
Rindu pada pasir yang berkilauan..
Rindu pada alunan ombak..
Rindu pada deruan angin..

21.12.2010 [8.17 am] ; Mendung ; Putrajaya

Aku masih lagi kepenatana. Entah kenapa hati terasa tiba tiba sayu. Ingin menangis, tanpa aku ketahui apa sebabnya. Hari untuk melangkah pergi semakin mendekati aku, kadang kadang membuatkan aku termimpi yang bukan bukan. Aku mula melihat ruangan pejabat dari sudut yang berbeza, mungkin selepas ini, ruangan pejabat yang aku benci inilah yang akan aku rindui. Jatuh bangun terlentang tertiarap, semuanya bermula dari pejabat ini.

Walaupun aku sememangnya tidak berpuas hati dengan perangai sesetengah orang yang tak faham dek bahasa. Tapi, apa kan daya, manusia jenis itu, memang akan ada di mana mana. Memang tidak mampu untuk diselamatkan lagi. Jadi, biarlah luncai dengan labunya.

Aku mula terasa sayang nak tinggalkan meja di pejabat ku. Mula terasa sayang untuk melangkahkan kaki. Tapi, ibarat kata sesetengah orang, nak dapatkan sesuatu, kita kena korbankan sesuatu. Terasa sangat sebak, lebih lebih lagi terpaksa tinggalkan family. Siapa lah yang nak berkemas (walaupun aku tahu, aku tak lah sekemas mana), mesti family tak makan kat rumah lagi. Dan, tiba tiba ruang ingatan mengimbas kenangan lampau, di saat family members berkumpul makan bersama. Itulah satu satu nya moment yang aku hendak ulang kembali, dan sentiasa ulang.

Continue Reading... Labels: ,


20.12.2010 [sekembalinya dari pangkor]

1 comments

20.12.2010 [1.00pm]; Mendung; Putrajaya

Penat. Itu saja yang mampu aku katakan. Dengan segala aktiviti yang aku buat sepanjang hujung minggu, memang membuatkan aku rasa nyawa di hujung tanduk. Aku nak tidur. Tambah tambah, hari ni pulak 'makcik' datang bertandang. Lagilah menambahkan beban kepenatan aku.

Bercerita tentang Pangkor :

Hari Pertama

Perjalanan pertama di mulakan dengan kelajuan maksima dari pemandu yang kita orang import dari Institut Perakaunan Negara (IPN). Terima kasih Cik Daud & Cik Jamalullail sebab kami selamat pergi dan selamat sampai. Makan tengah hari di R&R Rawang. Bercerita tentang pemergian aku tak lama lagi. Terasa sayu pulak hati, walaupun aku tidak lah serapat mana pun dengan kawan sepejabat, kecuali kak Shad dan kak ina. Kumpulan kitaorang yang paling awal sampai. Takde keja nak singgah singgah. N then, aku 'tersebilik' dengan staff yang aku tak pernah kenal, maklumlah bila tak kenal, aku cepat mengasingkan diri. Aku blah, layan mandi kolam. Hahaha. Sesi ice breaking, aku ceritakan, bahawa aku seorang blogger, dan dengan selambernye mulut aku kate, kalau tak tahu apa itu blog, tanya kat Pakcik Google. Wakakaka. Sikap dan sifat sebenar aku mula terserlah bila mana aku tidak berhadapan dengan komputer.

Hari Kedua

Aku sepasukan dengan orang orang yang berlagak macam boss, membuatkan aku terasa sangat bosan. Aku mula buat muka toya, banyak bertekak,. Itu perkara biasa. Entahlah, tak semua orang perfect. Itu aku terima, tapi bila orang tak boleh terima aku. Apalagi, aku mengamuk lah. Ingat hebat sangat ke? Mati masuk dalam tanah jugak. Takdenye masuk batu bata. Huhuhu.
Continue Reading... Labels:


Pulau Pangkor - The way to Begin

Gembira LOL Smiley
3 comments

17.12.2010 [8.31am] ; Cerah ; Putrajaya

Dalam proses menyiapkan diri untuk pergi berkursus, mungkin sesi yang terakhir untuk aku bersama Kementerian Kewangan dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Selepas ini, mungkin aku akan beralih angin ke Kementerian Kesihatan Malaysia. Walaupun agak kecewa, kerana aku tidak dapat membawa laptop, maka tergendala la kerja kerja aku. Kerja? Bukan kerja pejabat yang aku maksudkan. Sudah semestinya gambar gambar yang aku edit melalui Photoshop Cs5 aku, blogger tips aku. Everything la.

Kecewa kerana tidak dapat ikut ke Kuantan. Huhuhu.. Nak nanges golek golek, tapi dek kerana orang 'itu' kate pergi Pangkor lagi penting. Dengan berat hati nye, aku pon pergi. Cemburu bila nengok status Facebook somebody tu. Ade ade je ********** [ yang lain ayat tu, biarlah aku sambung dalam hati] Huhuhu.

Pemergian kali ini dengan harapan, akan ada lah satu lagi cerita yang aku boleh share dengan semua orang. peace


Continue Reading... Labels: , ,


Bagaimana untuk hamil

Haaaaa Yeala Tu
2 comments

Tiba tiba aku didatangi idea setelah aku tersesat dalam mencari sesuatu melalui Seacrh Engine. Cara cara untuk memudahkan kehamilan bagi pasangan yang menginginkan anak.

  1. Waktu Terbaik untuk melakukan sex
  2. Melakukan persetubuhan dalam masa subur isteri iaitu dalam masa 14 hari selepas haid (hari pertama haid). Masa subur bermaksud masa pengeluaran telur atau proses ovulasi. Perlu diingat bahawa, telur atau ovul ini hanya mampu hidup dalam tempoh 24 jam, berbanding dengan sperma lelaki yang hidup dari 48 jam hingga 72 jam. Anda juga boleh mendapat ovulation kit di farmasi yang berdekat bagi membantu dan memberansangkan waktu subur anda.

  3. Kadar kekerapan melakukan hubungan sexsual
  4. Tidak ada bukti saintifik bagi membuktikan kenyataan di atas. Ia bergantung kepada pasangan masing masing. Jika hubungan sexsual dilakukan pada waktu subur, ia mungkin hanya melakukan sex dengan sekali sudah memadai. Sebaliknya akan terjadi jika sexsual dilakukan di waktu lain selain waktu kesuburan.


  5. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda

    Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.

  6. Posisi Hubungan Seksual:-

    Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

  7. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-

  8. Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

  9. Buat Para Suami:-

    Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

  10. Amalkan permakanan yang sihat

  11. Selalu mengambil makanan yang berasaskan sayuran dan protein. Terutamanya buah buahan sperti epal hijau. Ia boleh menyubur dan menambahkan sperma.

Continue Reading... Labels: , , ,


Harapan Orang Tua

kecewa nanges
2 comments

Mummy called. Bercerita tentang sesuatu yang membuat dia menangis. Sehingga aku pun tidak dapat menahan sebak. Beberapa hari lepas, ayah minta aku belikan dia kasut. Aku cakap, ok. Sekali dia mintak yang harga ratus ratus, telan air liur jugak aku. Insyallah kalau boleh. Pastu, datang pulak surat dari KKM yang boleh aku katakan menghancurkan semua angan angan ayah aku tadi tu. Tapi, aku tak sampai hati nak bagitau kat dia. Aku dah banyak kali kecewakan dia, sakitkan hati dia. Kebetulan mummy called, aku gtau kat mummy aku perlukan duit yang banyak untuk menampung perbelanjaan aku ke KKM nanti.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi, mummy ngan adik bawa ayah pergi pekan. Adik suruh ayah pakai seluar baru dia, dia tak nak. Dia kata dia nak tunggu anak dia sampai, bawa kasut baru dia, barulah dia pakai seluar tu. Aduh. Luruh hati aku. Bagaimana aku hendak pulang dengan tangan kosong jika setinggi itu harapan dia. Memang patut pun dia minta semua itu, kerana apa jua permintaan aku, dia tunaikan semampu yang mungkin. Oleh kerana mummy tahu, aku bermungkinan besar tidak membeli kasut tu, mummy bawa ayah pergi beli kasut, ayah mati mati tak mahu. Dia nak aku juga belikan. Akhirnya, mummy tipu ayah, mummy kata aku kirimkan duit untuk beli kasut tu di sana, takut kalau aku beli di sini tanpa kehadiran ayah tak muat pula nanti. Baru lah ayah bersetuju. Menangis mummy. Pastu, mummy cerita, ayah nak cari kerja, nanti ada la tolong aku cari duit belanja bila aku dalam tempoh latihan aku. Sekali lagi aku terkedu. Selama ini, aku tidak pernah melihat kebaikan kedua orang tua aku. Yang aku tahu, mereka suka mengongkong kehidupan aku, suka membebel tak tentu pasal, segala yang negatiflah. Tapi, di saat aku susah, mereka lah yang akan menyokong aku. Selama ini, aku nampak kawan kawan aku yang baik. Kawan kawan yang baik, yang mana ada niat tertentu dalam hidup mereka terhadap aku, kawan kawan yang baik, yang mana meninggalkan aku di saat aku kesusahan, bahkan sanggup menghalau aku dari rumah. Kawan kawan yang baik, yang mana sanggup menipu aku untuk kepentingan diri sendiri. Kawan kawan yang baik, yang mana sanggup menikam aku dari belakang. Dan semuanya salah aku sendiri kerana aku percaya mereka adalah kawan kawan yang baik. xpasti


Continue Reading... Labels: , ,


 

Sharing Is Caring

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors