08.12.2010

Geram ni

08.12.2010 [7.42am] ; Mendung ; Putrajaya

Grrr... Aku tengah bengang ngan seorang pemandu proton satria buruk pagi tadi. Nak dijadikan cerita, di saat aku berangan nak jadi kaya dalam perjalanan dari rumah ke pejabat, ada seorang hamba Allah tu, tetiba melintas di depan aku. Dengan penuh keselambaan dia terus masuk simpang di sebelah kiri, padahal aku berada di lorong tengah sebuah lebuhraya. Bayangkan betapa kurang ajar nye dia. Kalau tahu dah nak masuk simpang, apa salahnya memandu di lorong kiri. Bukan mati pon. Ceh. Dan setelah itu, boleh pulak dia berhenti di hadapan traffic light yang berwarna merah. Dalam hati aku berkata "Laju laju ko bawak keta, di hadapan lampu merah berhenti jugak ko. Aku ingat ko terror sangat." Aku juga salah seorang pemandu yang sering menggunakan lorong paling kanan dengan kelajuan minima 110km/h. Tapi aku tau batas aku bila aku nak masuk mana mana tempat kan, kecuali aku tak tau, atau aku terleka. Jadi, mamat / minah (pemandu zaman sekarang susah nak beza laki ke pompuan) tadi tu aku takrifkan sebagai tak tahu jalan atau apa apa sahaja yang menyenangkan hati.


Itu kisah sebelum pergi kerja. Bila dah sampai opis. Macam biasa, aku buka laman Rogue Vampires, Travian sy4, Torn City dan Harian Metro. Itu rutin setiap kali aku sampai di pejabat. Indahkan. Hahaha. Selepas siap semua kerja tak rasmi, aku melepak dalam cafe bersama Kak Mai dan Kak Tim. Borak borak (dalam erti kata lain mengumpat). Hari ini (pada masa ini) sepatutnya aku berada dalam dewan untuk menghadiri perhimpunan, tetapi memandangkan aku sudah berhadapan dengan komputer, lupakan saja lah niat baik aku untuk memunculkan diri dalam dewan. Kalau aku pergi pun bukannya aku buat apa, tidur lagi ada.


0 Responses to "08.12.2010"
Comment with our Yahoo! Smiley :
  • :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

    Post a Comment

     

    Sharing Is Caring

    Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors