Kasih Sang Ibu

kecewa nanges nanges buruk LOL Smiley

Aku mungkin bukan seorang anak yang baik. Jauh sekali menjadi anak yang taat. Dengan kemasukan aku ke dalam agama Islam, aku seolah olah mengkhianati mummy yang selama ini sangat memanjakan aku. Belum lagi dengan perangai aku yang tidak serupa manusia. Huhu.. Dulu la.. Sekarang tak lagi - Insyallah - Balik bercuti bulan 12 ni, aku memberitahu mummy bahawa aku membawa tetamu istimewa. Aku ingat mummy hanya seperti biasa. Sebagaimana dia menyambut kepulangan aku. Tapi, ada sesuatu diluar dugaan aku, petang tadi [09.12.2010] dia called dan memberitahu aku bahawa dia telah membeli pinggan mangkuk baru, periuk baru semua peralatan memasak baru. Dia mahu suasana dapur di rumah itu serba serbi halal. Ya Allah. Berikanlah hidayah kepada ahli keluarga ku sebelum mereka kembali menyahut seruanMu. Mungkin air mata aku sudah pun tiada ( kering), aku tidak mampu untuk menangis walhal dalam hati terasa begitu sebak. Bagaimana harus aku menghadapi harapannya pada tahun hadapan? Akan ada lagi kah peluang dia untuk bertemu dengan tetamu istimewa itu pada masa yang akan datang. Atau, ini lah kali pertama dan terakhir tetamu itu menjejakkan kaki, menjengahkan muka? Ya Allah, aku redha dengan segala yang Engkau takdirkan.


Buat apa nak sedih sedih. Hidup bukan lama pun. Entah entah, esok lusa Dia panggil pulang. Cukupkah amal aku untuk persembahkan kepadaNya? Seriau pulak bila fikir. Bilalah aku hendak berubah. Menjadi seorang perempuan yang lemah lembut mungkin tidak, tapi aku tidak mahu sekasar seperti sebelumnya. Hikss.. [Mode : Gedik]


0 Responses to "Kasih Sang Ibu"
Comment with our Yahoo! Smiley :
  • :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

    Post a Comment

     

    Sharing Is Caring

    Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors