- Waktu Terbaik untuk melakukan sex
- Kadar kekerapan melakukan hubungan sexsual
- Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.
- Posisi Hubungan Seksual:-
Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.
Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-
Buat Para Suami:-
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.
- Amalkan permakanan yang sihat
Melakukan persetubuhan dalam masa subur isteri iaitu dalam masa 14 hari selepas haid (hari pertama haid). Masa subur bermaksud masa pengeluaran telur atau proses ovulasi. Perlu diingat bahawa, telur atau ovul ini hanya mampu hidup dalam tempoh 24 jam, berbanding dengan sperma lelaki yang hidup dari 48 jam hingga 72 jam. Anda juga boleh mendapat ovulation kit di farmasi yang berdekat bagi membantu dan memberansangkan waktu subur anda.
Tidak ada bukti saintifik bagi membuktikan kenyataan di atas. Ia bergantung kepada pasangan masing masing. Jika hubungan sexsual dilakukan pada waktu subur, ia mungkin hanya melakukan sex dengan sekali sudah memadai. Sebaliknya akan terjadi jika sexsual dilakukan di waktu lain selain waktu kesuburan.
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.
Selalu mengambil makanan yang berasaskan sayuran dan protein. Terutamanya buah buahan sperti epal hijau. Ia boleh menyubur dan menambahkan sperma.

pakcik anak dah tujuh...enam panglima, last sekali baru dapat serikandi (baru lima bulan)... tak ado apo petuo pakcik pakai...dari nombor 1 hingga yang last ni, pakcik dok kena eksiden jer... hehehe... pakcik nak bagi nasihat sikit, jgn berhenti berusaha... hehehehe... jgn pulak korang nak kojar pakcik pulak...
December 17, 2010 at 8:42 PM
hahahaha.. Ok la tu.. asyik eksiden jew :p
December 20, 2010 at 9:27 AM
Post a Comment