Goodbye 2010 , Welcome 2011

Thumbs Up

Sedar tak sedar, dunia semakin berlari meninggalkan kita. Bukan dunia, tapi masa. *oppsie. Terasa baru semalam aku merajuk dalam melewati 31.12.2009, terasa baru semalam aku membaca post seseorang yang ditujukan khas buat aku di dalam blog dia. Entah hidup atau tidak blog dia tu. Terasa baru semalam aku buat onar di malam 31.12.2009. Protes kononnya, dek kerana protes itu lah, membuat aku dan dia terpisah buat selamanya. Huhuhu. Tanpa aku sedari, hari ini, tinggal 9 hari lagi untuk melangkah ke tahun seterusnya. Tahun 2010, mewarnakan hidup aku yang sedia penuh dengan warna warni, 2010 menyaksikan aku hidup sendirian, aku buat keputusan sendiri. Aku jatuh bangun sendiri, dan 2010 menyaksikan hidup aku yang terlampau berhati hati. 2010 juga melihat, aku yang hampir memalukan diri sendiri, kesannya masih ada hingga sekarang. 2010, sahabat yang menerima aku seadanya Heralisa pergi meninggalkan aku. Kembali ke Borneo dengan segulung ijazah. Munkin sedang berbahagia bersama keluarga tercinta. Cemburunya aku setiap kali dia post tentang keluarganya, sahabat handai nya di sana. 2010, aku mula menjarakkan diri dari dunia realiti, aku cipta dunia fantasi. Saban hari, aku berangan - aku mahu jadi kaya. Aku mahu bahagiakan orang tua, aku mahu family baru ku ceria. Tapi bila masanya? Aku tak tahu. 2010, aku mula tidak percayakan sesiapa. Aku serik. Walaupun kadang kala aku tercerita siapa aku pada orang lain. Biarlah mereka menganggap aku ni seorang yang teruk, aku tak kisah. Dek kerana sikap itu, aku semakin keseorangan. Dan, aku hanya ada seorang kawan, dan dialah segalanya buat aku. Padanya, aku sandarkan harapan, impan, angan angan, walaupun aku tahu dia tak mampu. 2010, banyak menumpahkan air mata ku, tapi banyak juga memberi senyuman untukku. 2010, mengajar aku untuk tidak melawan, mendengar cakap, lebih bertanggungjawap, bijak mengendalikan perasaan. Dan, 2010, yang paling aku hargai, dia datang memberi aku peluang dalam mencapai cita cita yang hampir aku kuburkan.

2010

Januari - 10 - hari lahir aku. Tak ingat sama ada aku celebrate ke tak. Rasanya, ramai yang tak tahu hari jadi aku jatuh pada tarikh tersebut.

Januari - 16 - Seminggu selepas aku dan seseorang menyepi diri, aku melamar seorang lelaki. Huhuhu.. Ayat aku pada dia lebih kurang la camni " Awak, saya penat lah hidup macam ni. Kita nikah nak x? (Awak mesti tolak punye sedih ). Orang malang itu ingat aku main main. Dia ketawakan aku, tapi aku kata aku serius. Aku tak main main. Memang saat itu aku perlukan seseorang menemani hidup aku. Cumanya, aku manusia yang tak reti nak bersyukur.

Februari 3.02.2010 - 11.02.2010 - Kursus induksi umum di IKWAS, Kluang, Johor. Aku memandu seorang diri dari putrajaya ke sana tanpa peneman. Dan paling penting, tanpa LESEN. Heh heh heh.

Mei - Bercuti di Sarawak, bersama mummy tersayang. Mendapat berita yang kurang menyenangkan.

Jun - 23 - Tarikh keramat dalam hidup aku. Aku dapat satu lagi family. Yang selama ini aku cari cari. Walaupun secara tidak sengaja tapi aku amat menghargainya. Aku tidak mahu menjadi manusia yang tidak reti bersyukur.

Disember - 17 - Kali pertama aku menghadiahkan seseorang hadiah sempena hari jadinya. Menggigil tubuh badan aku. Hinggakan bercakap pun aku terketar ketar. Yang penting, aku takut dia tidak menerima pemberian yang tidak seberapa itu. Tapi, alhamdullilah, dia terima seadanya

Seterusnya, liku liku hidup dalam memahami orang lain. Susah. Aku jenis manusia yang boleh mendekati orang lain, kali ini sangat memberi cabaran kepada aku. Akhirnya, aku tahu, mereka amat bermakna dalam hidup aku. Mereka tidak tahu, tak perlu aku beritahu pun sebenarnya.

2011 - Aku harap, kedatangan tahun ini akan lebih dirahmati oleh Allah SWT. Aku doakan orang orang yang pernah melintas kehidupan aku yang lampau menemui sinar kebahagiaan mereka. Aku maafkan orang orang yang pernah menyakiti, mengkhianati, memungkiri dan aku jua pohon seribu keampunan di atas segala salah silap, sama ada sengaja atau tidak. Perilaku yang tidak sopan. Terutamanya pada kakak kakak kat opis, tempat aku melepaskan geram. senyumkenyit Aku doakan agar kedua ibu bapa ku mendapat hidayah sebelum ajal menjemput pulang. Aku doakan panjangkan umur kedua ibu bapa ku, sehingga aku mampu menebus segala susah payah mereka membesarkan aku.




0 Responses to "Goodbye 2010 , Welcome 2011"
Comment with our Yahoo! Smiley :
  • :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

    Post a Comment

     

    Sharing Is Caring

    Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors