20.12.2010 [sekembalinya dari pangkor]


20.12.2010 [1.00pm]; Mendung; Putrajaya

Penat. Itu saja yang mampu aku katakan. Dengan segala aktiviti yang aku buat sepanjang hujung minggu, memang membuatkan aku rasa nyawa di hujung tanduk. Aku nak tidur. Tambah tambah, hari ni pulak 'makcik' datang bertandang. Lagilah menambahkan beban kepenatan aku.

Bercerita tentang Pangkor :

Hari Pertama

Perjalanan pertama di mulakan dengan kelajuan maksima dari pemandu yang kita orang import dari Institut Perakaunan Negara (IPN). Terima kasih Cik Daud & Cik Jamalullail sebab kami selamat pergi dan selamat sampai. Makan tengah hari di R&R Rawang. Bercerita tentang pemergian aku tak lama lagi. Terasa sayu pulak hati, walaupun aku tidak lah serapat mana pun dengan kawan sepejabat, kecuali kak Shad dan kak ina. Kumpulan kitaorang yang paling awal sampai. Takde keja nak singgah singgah. N then, aku 'tersebilik' dengan staff yang aku tak pernah kenal, maklumlah bila tak kenal, aku cepat mengasingkan diri. Aku blah, layan mandi kolam. Hahaha. Sesi ice breaking, aku ceritakan, bahawa aku seorang blogger, dan dengan selambernye mulut aku kate, kalau tak tahu apa itu blog, tanya kat Pakcik Google. Wakakaka. Sikap dan sifat sebenar aku mula terserlah bila mana aku tidak berhadapan dengan komputer.

Hari Kedua

Aku sepasukan dengan orang orang yang berlagak macam boss, membuatkan aku terasa sangat bosan. Aku mula buat muka toya, banyak bertekak,. Itu perkara biasa. Entahlah, tak semua orang perfect. Itu aku terima, tapi bila orang tak boleh terima aku. Apalagi, aku mengamuk lah. Ingat hebat sangat ke? Mati masuk dalam tanah jugak. Takdenye masuk batu bata. Huhuhu.


 

Sharing Is Caring

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors